GURU BESAR SEKOLAH PRISTANA TANYA, DIMANA PEMIMPIN UMNO BILA DIA TERKENA MACAM NI?
SABARLAH
WAHAI SAUDARA, INI LAH REALITI DAN KEADAAN SEBENAR DI MALAYSIA, SEBELUM
PRU DULU, KITA INGAT PERANGAI JEBON HANYA DIMILIKI OLEH PEMIMPIN PAS
DAN PKR, YANG PAS KAKI HANGGUK KEPALA, YANG PKR SEMUA KAKI LIBERAL
MINDED!
AKU PELIK KENAPA BILA UMNO BERKUASA DAN LEBIHAN KERUSI DARI 78 DULU DAN SEKARANG 88 KERUSI, MENANG BERGAYA TU, KIRA SEMUA PENGUNDI YANG MENGUNDI UMNO YAKIN DAN PASTI UMNOLAH PENJAGA TERBAIK MARUAH BANGSA MELAYU DAN ISLAM. AKU SENYUM BILA BN MEMERINTAH DENGAN GAYA SEORANG JAGUH!! MEREKA JADI ANGKUH!!
TETAPI BILA DAH BERKUASA, MASING-MASING DAH ADA JAWATAN MENTERI, MASING-MASING DAH ADA TANGGUNGJAWAB, BUKAN MAIN SOMBONG KORANG YE SAMPAI KES BESAR YANG MELIBATKAN AGAMA, SEMUANYA MAIN STYLE PLAY SAFE YANG NAK JAGA HAL DUNIAWI GILA-GILA, MASYAALLAH....
dek kerana kamu difitnah, kamu dicerca dicaci seko dari pemimpin melayu buat donno, sebab anggap itu salah kamu, so kamu tanggunglah sendiri, wahh, bukan main gila haram play safe, bukan main eksyen kata ahhh thats is not my problem!!
ikuti luahan cikgu besar yang teraniaya kerana fitnah dari mak pelajar tak bertamadun!!
LUAHAN HATI GURU BESAR ..
KUALA LUMPUR: "Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.
Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.
Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.
Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.
Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.
Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.
Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.
Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.
Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.
"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.
Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.
Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.
Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.
"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.
Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.
Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.
Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.
ps: terserlah pemimpin kita hanya jaga perut dan kantung tekak mereka sahaja!! huhu

Guru Besar Seri Pristana diugut bunuh
KUALA LUMPUR: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini, membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lalu. Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya."Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).
"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu semalam berkata isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.
Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.
"Sebelum ini, memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.
Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.
Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.
Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54 anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu.
Pada majlis sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - BERNAMA
Kalo situasi nye terbalik...pengetua bkn melayu..murid2 melayu..aku pasti pengetua tu akan dinobat sebagai pengetua berhati mulia. Phuii la.
ReplyDeletesabar la cgu..UMNO makin hari makin bengong...masing2 x dak teloq.dari Presiden spi lah org yg berjawatan rendah dalam parti..aku pun dah naik meluat..tunggulah tibanya saat kejatuhan...
ReplyDeletetak habis habis nak salahkan UMNO.sudah sudah lah tuu..
Deletebersatu lah org melayu sekelian..
sudah la cikgu, selangor kan pemerintahan PR. ntah ntah kau undi PR lepas tu salah kan umno tak tolong. boleh blah! cikgu bodoh. patut kau marah la MB khalid dan india yg kutuk kau tu kan org PKR.
ReplyDeletePencen Optional saja lah cikgu ! Buat apa pening-pening kepala. Niat cikgu memang baik tapi tak ada pihak atasan yang nak bela.Tengoklah nanti jika cikgu nak saman orang yang memfitnah cikgu,akan datang lah orang JPN pujuk cikgu jangan teruskan hasrat tersebut.Sedangkan masa cikgu dilanyak,dia orang pun tumpang sekaki lanyak cikgu,cari salah cikgu dengan pelbagai alasan.
ReplyDeleteINI SEMUA GARA-GARA CALON (MIC) YANG BARU DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN PEMALAS UNTUK MEMBUAT HOMEWORK SEBELUM MEMBERIKAN KENYATAAN/KOMEN KEPADA UMUM..... PANDAI CAKAP JE PUTAR BELIT........ MEMALUKAN KEMENTERIAN JE.......
ReplyDeleteAKHIRNYA ORANG YANG NAK MENOLONG UNTUK KESENANGAN ORANG RAMAI (ANAK MURID) YANG AKAN DIKENAKAN TINDAKAN...SEPERTI MENOLONG ANJING TERSEPIT.........s@@@@d PUNYA TIMB MENTERI....