Dalam
satu temubual bersama Haris Hussain, arkitek pembelian Kapal Selam Scorpene,
Jasbir Singh Chahl buat pertama kalinya membuka mulut berkenaan perjanjian yang
kononya penuh kontroversi itu.
Di sini, Jasbir Singh Chahl, menyanggah tuduhan
Suaram sekaligus memadamkan kaitan antara mendiang Altantuya dan isu pembelian
kapal selam Scorpene.
Menyanggah
Cerita Dongeng.
Pada
tahun 1984, seorang ejen insuran dari Baltimore, Maryland, telah menerbitkan
sebuah buku novel fiksyen berkenaan seorang komander kapal selam Russia yang
ingin belot kepada negaranya dan memihak kepada Amerika Syarikat.
Cerita
tersebut memaparkan bahawa kapal selam Russia itu merupakan kapal nuklear
tercanggih pada zamannya.
“The
Hunt For Red October” judul cerita fiksyen tersebut adalah “kononnya”
diinspirasikan oleh kejadian sebenar yang berlaku pada tahun 1975 di atas kapal
pemusnah Russia Storozhevoy dan menjadi novel pertama Tom Clancy di peringkat
antarabangsa.
Presiden Ronald Reagan pada ketika itu menggelarkannya sebagai sebuah cerita dongeng yang hebat.
Di
Malaysia pula, kisah kapal selam juga merupakan dongengan yang sering
diputarkan oleh beberapa pihak.
Pada
tahun 2010, Suara Hak Asasi Manusia (Suaram) telah menfailkan tuduhan di
mahkamah Perancis, menyatakan bahawa firma perniagaan Perancis yang bernama
DCNS telah membayar RM452 juta sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan Malaysia
untuk mendapatkan satu kontrak.
Tuduhan ini telah menjadi salah satu rentetan
tuduhan melampau berkenaan isu Scorpene sehingga melibatkan beberapa pihak yang
pada logiknya tidak ada kene mengena dengan hal tersebut.
Bertahun
sudah berlalu dan satu jaringan teori konspirasi telah dianyam dan akhirnya
kaitan berkenaan perjanjian jual beli kapal selam itu dan Altantuya telah
dikaitkan hanya melalui teori
Oleh itu, jangan terkejut sekiranya cerita teori
konspirasi ini sealiran dengan mana-mana filem Hollywood.Ini kerana dek
penangan pemikir-pemikir tertentu berkenaan teori Altantuya dan Scorpene, maka
timbullah cerita berkenaan korupsi, penipuan, seks dan pembunuhan.
April
ini, satu laporan daripada media arus perdana Sepanyol dan Perancis telah
mempersoalkan tindakan taksub dan gila Suaram berkenaan kes tersebut, sehingga
media mereka menyifatkan sistem mahkamah Perancis telah dipermain-mainkan oleh
Suaram dan konco-konco mereka.
Jumaat lepas, Suaram telah mengadakan aktiviti
mengutip derma, lantas fitnah dan tuduhan baru pula dilemparkan kepada Kerajaan
Malaysia.
Selepas
beberapa bulan mencuba, akhbar New Straits Times telah berjaya mendapat satu
temubual dengan seorang individu yang menjadi penggerak kepada perjanjian
Scorpene ini.
Bukan mudah untuk mendapat peluang menemubual individu
tersebut.Temubual bersama Jasbir Singh Chahl ini diharap dapat membuka mata
seluruh rakyat Malaysia untuk mengetahui tentang kebenaran isu Scorpene.
Sebelum
perjumpaan ini dilakukan, Chahl telah menolak untuk membuat apa-apa kenyataan
berkenaan kes ini, beliau bimbang akan dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat dimana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.
Sepanjang ini, beliau telah berhubungan dengan pihak penguatkuasa Perancis dan para penyiasat dimana beliau mempunyai bukti untuk setiap kenyataan yang dikeluarkannya.
Semasa
berkunjung kerumah beliau, yang terletak ditengah-tengah Kuala Lumpur, lelaki
yang dibesarkan dengan pendidikan Inggeris ini terhenti seketika semasa
menyusun cawan-cawan teh yang berada di depannya dan berkata
“Saya berani bersumpah di bawah buku suci Guru Granth Sahib, yang saya tidak tahu dan tidak kenal perempuan tersebut, dan dia tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kami, saya tidak pernah melihat dia, dan dia tidak berada di Perancis pada masa itu, iaitu semasa kami sedang berusaha untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk Malaysia. Saya hanya tahu berkenaan beliau apabila surat khabar menyiarkan berita bahawa mayat beliau telah dijumpai”.
Salah
satu daripada cerita dongeng yang telah dijaja dan diterima oleh sebahagian
rakyat Malaysia ialah cerita kononnya Altantuya adalah seorang penterjemah
kepada Abdul Razak Bagnda yang juga telah membantu Chahl untuk mendapatkan
projek tersebut.
Perbincangan
bermula pada tahun 2000 dan persetujuan telah berjaya dicapai pada tahun
2002.Jikalau benar Altantuya adalah penterjemah Razak Baginda, maka beliau
sepatutnya hadir dalam semua mesyuarat sejak tahun 2000.
Akan
tetapi, di dalam dokumen rasmi kerajaan Perancis yang telah diberikan kepada
New Straits Times, Polis Perancis telah menyatakan bahawa Altantuya tidak
pernah datang ke Perancis dari tahun 1999 hingga 2006.
Sedangkan sebahagian
perjumpaan berkenaan Scorpene telah diadakan di Perancis dan sebahagiannya di
Malaysia.
Semua
dokumen untuk perjanjian adalah dalam Bahasa Inggeris, “Ini bukanlah
sesuatu yang saya katakan, tetapi ianya adalah yang dikatakan oleh pihak berkuasa
Perancis, polis Perancis dan badan siasatan kehakiman Perancis .”
Mengikut
keterangan yang dibuat oleh Razak Baginda di dalam mahkamah, beliau hanya
berjumpa dengan Altantuya pada lewat tahun 2004.Perjanjian Scorpene telah
dirumuskan pada tahun 2002. Satu lagi tuduhan yang dibuat oleh pro-pembangkang
adalah disebabkan oleh pemahaman terhadap Gallic dan cara perlaksanaan syarikat
Perancis DCNS menjalankan perniagaan mereka di seluruh dunia.
Pihak
pro-pembangkang menyatakan kononya kerana DCNS adalah syarikat Perancis, maka
perjanjian yang diadakan mesti dilakukan dalam bahasa Perancis. Sedangkan di
dalam bidang perniagaan pertahanan, Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa
perantara.
Tambahan
dengan itu, pasukan Perancis diketuai oleh seorang lelaki Inggeris yang bernama
Martin Hill, yang juga fasih berbahasa Perancis.Sekiranya, pasukan mereka
memerlukan penterjemah, mereka tidak perlu menggunakan khidmat penterjemah
luar, dan pastinya bukan seorang Mongolia yang tidak diketahui asal usulnya.
Di dalam
satu kenyataan kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, bekas pengurus
pemasaran DCNS untuk Malaysia dan SIngapura pada ketika itu, Fredric Faura,
telah memberitahu para penyiasat bahawa tidak perlu untuk mendapatkan khidmat
penterjemah kerana rakyat Malaysia fasih berbahasa Inggeris.
“Anda
bertanya kepada saya mengapa blog-blog mengatakan bahawa budak perempuan ini
(Altantuya) ada kaitan dengan Razak Baginda. Anda perlu bertanya kepada penulis
blog-blog tersebut”.
Chahl
juga berpendapat bahawa mengapa tiada pihak yang mempersoalkan kredibiliti
pihak pembangkang yang telah memaparkan sekeping gambar palsu (yang mereka juga
akui sebagai palsu) kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Ini
semuanya, adalah masalah peribadi antara Razak Baginda dan Altantuya. Apa sahaja
isu antara Razak dan Altantuya tiada kaitan dengan perjanjian Scorpene. Adalah
malang untuk kita semua, hal yang berlaku antara mereka berdua dikaitkan dengan
perjanjian kapal selam tersebut. Razak Baginda merupakan satu-satunya perkara
yang mengaitkan kedua-dua isu tersebut. Walaupun pada asasnya hal Altantuya
adalah hal peribadi Razak dan bukannya orang lain”.
Siapakah
Jasbir Singh Chahl?
Jasbir
Singh Chahl telah memulakan kerjaya beliau di dalam bidang pertahanan, industri
minyak dan gas pada umur yang begitu muda. Semasa beliau berumur 20an beliau
telah bekerja di London bersama sebuah firma Timur Tengah yang pakar dalam
bidang pertahanan dan pembangunan.
Disana beliau diberikan tugas untuk
memastikan perjanjian yang bernilai jutaan dollar berjaya dimeterai.
Beliau
mempunyai hubungan yang baik dengan kontraktor dari Eropah dan di seluruh
dunia.Apabila beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 beliau amat dikenali
di arena korporat Malaysia.
Pada tahun 1996 hingga 1998, Chahl bekerja dengan
Thomson-CSF International (M) Sdn Bhd, France’s Thomson-CSF (sekarang Thales),
Offshore Patrol Vessels (OPV) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia, selain itu
beliau juga banyak terlibat di dalam projek berkenaan pertahanan Malaysia.
Hubungan
beliau dan Thomson-CSF bertaut semula apabila syarikat tersebut memerlukan
kepakaran beliau dalam pembangunan strategik dan maklumat yang boleh digunakan
untuk kepentingan Kerajaan Malaysia di dalam beberapa projek pertahanan.
Semasa
perbincangan inilah, syarikat tersebut telah mengusulkan untuk memberi fokus
kepada penjualan kapal selam di Malaysia. Ini merupakan sesuatu yang syarikat
tersebut telah usahakan selama sedekad tetapi mereka tidak berjaya menyaksikan
apa-apa perkembangan.
Syarikat tersebut berpendapat bahawa masa yang
sesuai merupakan satu perkara yang penting untuk dipertimbangkan. Kesemua pihak
termasuk TLDM telah berbincang untuk menganalisa, menilai dan membangunkan
cadangan untuk membekalkan kapal selam kepada Malaysia, yang menjadi titik
tolak kepada pembelian kapal selam Scorpene.
‘Semuanya Telah Diaudit’
SATU
daripada isu utama di dalam perjanjian kapal selam Scorpene adalah berkaitan
dengan perkataan “komisyen”.
Khususnya,
115 juta Euro (RM452 juta) yang telah dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah
syarikat yang mengetuai logistik dan latihan pegawai-pegawai dan anggota
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Jasbir Singh Chahl mempunyai masalah besar dengan itu.....
“Jumlah
itu sebenarnya adalah untuk servis yuran pentadbiran, “ kata Chahl dengan nada
geram dan marah.
Para
pengkritik telah berjaya untuk menjadikannya hujah yang mudah untuk menunjukkan
contoh ketamakan tidak terbatas ; bahawa ia telah berjaya ke tahap yang
tertentu, dalam melukiskan gambar yang wang telah dibayar ke tangan
pegawai-pegawai kerajaan dan syarikat-syarikat sebagai pemudah cara. Perkara
ini membuatkan Chahl merasa jelek.
Untuk
makluman, Perimekar, iatu sebuah syarikat yang telah diaudit, dimiliki oleh KS
Ombak Laut Sdn Bhd, tabung pencen Tentera Laut, LTAT, dan syarikat
industri, Boustead dimana kedua-duanya juga telah diaudit.
Yuran
tersebut merangkumi pentadbiran projek dan servis-servis integrasi projek,
menyelaraskan penglibatan syarikat-syarikat Malaysia dalam program penyertaan
industri, termasuk di dalam penyediaan perkhidmatan semasa fasa pembinaan dan
memantau prestasi syarikat yang terlibat.
Ia juga membantu kontraktor utama
mematuhi semua undang-undang dan tatacara yang berhubungan dengan pemberian
kontrak tempatan, menyelaras dan memantau latihan anggota TLDM selaras dengan
kontrak utama dan selaras
dengan harapan kerajaan Malaysian dan TLDM. Ini juga termasuk menyediakan
laporan bulanan bagi semua perkara di atas.
Sebahagian
besar daripada yuran tersebut adalah untuk penyediaan penginapan dan semua
perkhidmatan yang diperlukan untuk latihan kakitang TLDM dan keluarga mereka di
Brest, Perancis, dan Sepanyol, untuk jangkamasa enam tahun, termasuklah premium
insurans kesihatan dan elaun harian minima 50 Euro setiap seorang.
Kos-kos lain
termasuklah kos perjalanan pulang ke Malaysia sebanyak tiga kali setahun.
Kesemua 145 anggota TLDM, termasuklah 49 pegawai dan tanggungan mereka
dirangkumi oleh yuran ini.
“Kita
telah difitnah untuk dilihat sebagai orang yang mengaut keuntungan, dan goyang
kaki, sedangkan pada hakikatnya, terdapat banyak kerja keras yang telah
dilakukan,” kata Chahl.
Untuk
makluman, keuntungan Perimekar selepas cukai adalah sebanyak RM105,111,191.
“Tawaran
komersial tersebut adalah menarik kerana keunggulan program penyertaan industri
yang telah kita hasilkan. Program jualbeli dan “offset” yang kami tawarkan
sebagai sebahagian daripada keseluruhan tawaran juga berpihak kepada kita.”
“Berdasarkan
kekuatan dan kelebihan komersial cadangan itu, kita tidak perlu untuk
melobi sesiapa untuk mempengaruhi proses penilaian komersial. Tidak ada sebab
untuk kami berbuat demikian."
“Scorpene
merupakan kapal selam tanpa nuklear terbaik yang telah negara kita
pilih".
No comments:
Post a Comment