Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, July 27, 2013

FAN PAGE MENYOKONG GURU BESAR SERI PRISTANA BERGERAK DENGAN PANTAS !!


Isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di Sekolah Kebangsaan Seri Pristina,Sungai Buloh,Selangor terus menjadi bahan hangat di alam maya walaupun pihak kerajaan berkata isu itu sudah selesai.Fanpage Kami Sokong Mohamad Nasir Mohd Nor Guru Besar SK Seri Pristana yang dibuat sejak Khamis lalu di Facebook sudah pun mencecah lebih 2,000 Likes dan ia dilihat terus berkembang. 

UNTUK SELANJUTNYA 
ini membuktikan petanda jelas bahawa isu ini belum reda dan apa pun guru besar,Mohamad Nasir tidak keseorangan lagi dalam menghadapi isu berkenaan.Secara umum,pengunjung dan peminat Fanpage berkenaan mempertahankan tindakan Mohamad Nasir dan menyalahkan sikap pihak tertentu yang meniupkan sentimen agama dan kaum dalam isu berkenaan.Mohamad Nasir,yang telah diarahkan bercuti oleh pihak Kementerian Pelajaran sebelum ini membuat laporan polis bahawa beliau diugut bunuh.Selain itu beliau juga meluahkan kekecewaan apabila tiada pemimpin UMNO yang ada keberanian untuk tampil mempertahankan tindakan beliau yang tidak pernah langsung dibuat berdasarkan diskriminasi kaum atau agama.
Sementara itu,akaun milik Guneswari Kelly yakni individu pertama yang memuat naik gambar-gambar beberapa pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah berkenaan telah ditutup.Tidak dapat dipastikan sama ia dibuat oleh pihak Facebook akibat terlalu banyak aduan negatif atau ditutup sendiri oleh pemilik akaun berkenaan.Sementara itu,Bernama melaporkan,polis menerima 18 laporan daripada ibu bapa,orang awam dan juga guru serta kakitangan sekolah yang tidak berpuas hati mengenai isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan itu.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh,Supt Junaidi Bujang berkata,kebanyakan laporan yang diterima menyatakan tindakan guru besar sekolah berkenaan yang telah menempatkan pelajar bukan Islam makan di dalam bilik persalinan sekolah itu,adalah salah. 
Ini termasuk dua laporan polis iaitu seorong daripada guru sekolah itu dan satu lagi daripada kerani sekolah,katanya kepada Bernama.Beliau berkata tiga laporan dibuat pada hari kejadian,10 laporan pada keesokan harinya,empat dibuat kelmarin dan satu semalam di Balai Polis Saujana Utama.Junaidi berkata laporan itu diklasifikasikan sebagai laporan intimidasi dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.Sebelum ini,akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.Dalam pada itu,Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang mempolitikkan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sebuah sekolah di Sungai Buloh. 
Naib Presidennya,Datuk Zulkifli Noordin berkata,sesetengah pihak mengambil kesempatan memfitnah Mohamad Nasir dengan mendakwanya bersikap rasis kerana menempatkan murid bukan Islam makan di dalam tandas. “Yang jelas perkara ini telah diputar belit dan disulami dengan pembohongan, sedangkan faktanya sekolah itu mempunyai kantin yang kecil dan hanya memuat 600 pelajar. “Keputusan (menggunakan bilik persalinan) itu dibuat hasil perbincangan bersama guru dan persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) dan guru besar sekadar melaksanakan keputusan itu,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penubuhan Majlis Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antara Kaum Malaysia (Mirac) di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...