Saturday, July 27, 2013
PENYEBAR GAMBAR HASUTAN INI DIBELA SEBAGAI PEMBERI MAKLUMAT KE ??
Isu kantin SK Sri Pristina dah semakin mengarut bila banyak sangat campur tangan dan pandangan oleh politik bukan Melayu .
Pasal ia membabitkan bangsanya yang menyebarkan gambar kontroversi ini di media sosial hingga mencetus isu perkauman , Wanita GERAKAN melabelkan wanita yang tukang sebar ini sebagai ' pemberi maklumat "
Walhal menurut akta pemberi maklumat 2010 , hanya pendedahan di agensi penguakuatsaan sahaja diberi perlindungan bukannya di facebook .
GPB ingin bertanya kepada Wanita India parti loser GERAKAN ini , tolong tanya mengapa wanita ini tidak membuat aduan dengan mendedahkan sahaja gambar ini kepada sekolah & kementerian ??
Jika ada ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan cara pengurusan, sepatutnya terus berjumpa pengetua atau kementerian bagi membincangkan masalah berkenaan dan bukannya menyalurkannya melalui media sosial dan akhirnya akan dimanipulasi sehingga keadaan menjadi tidak terkawal," ujarnya.
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN
Mengapa perlu disebarkan di facebook hingga menimbulkan pelbagai tanggapan dan pandangan hingga mencetuskan isu perkauman ?
Wanita tukang sebar ini yang patut dikenakan tindakan oleh SKMM atau Akta hasutan ini kerana telah menyebarkan maklumat salah hingga menimbulkan suasana tidak tenteram dikalangan masyarakat.
Wanita Gerakan hari ini mengutuk tindakan individu yang menggangu seorang wanita yang dikatakan sebagai individu yang merakam gambar pelajar-pelajar bukan Islam makan di 'kantin sekolah', baru-baru ini.
Ketua Setiausahanya, Jayanthi Devi Balaguru berkata, beliau bimbang akan keselamatan wanita berkenaan kerana beliau turut menerima laporan yang mendakwa bahawa anak wanita itu turut dibuli ekoran kontroversi tu.
"Ini adalah satu penghinaan yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dalam usaha untuk meletakkan ibu dan kanak-kanak di bawah satu tekanan teruk.
“Mereka harus faham bahawa sebagai ibu bapa, ia adalah sedih melihat anak-anak mereka perlu mengambil makanan tengah hari mereka di dalam bilik mandi seperti yang berlaku dalam kes ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Jayanthi turut menggesa agar wanita itu diberi perlindungan dan juga anaknya.
“Kedua-dua ibu dan anak ini layak untuk mendapatkan perlindungan sewajarnya,” katanya.
Beliau juga meminta ulasan mengenai Akta Pemberi Maklumat 2010 yang hanya menawarkan perlindungan kepada pemberi maklumat jika hanya mereka membuat pendedahan kepada agensi penguat kuasa yang diberi kuasa dan tidak memberi apa-apa perlindungan kepada pemberi maklumat yang ‘mengadu ’kepada media.
“Jika diteliti mereka gagal untuk memenuhi syarat-syarat ini.
“Mereka amat lemah dan pasti memerlukan perlindungan undang-undang,” katanya.
SH
Label:
guru melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment