Kadang-kadang menyampah bila terbaca blog-blog yang sibuk memainkan isu
budak sekolah makan kat bilik persalinan. Padahal bukan isu besar mana
pun, Guru Besar dan pihak sekolah pun dah jelaskan yang bilik persalinan
tu dah dijadikan kantin sementara sebab kantin sekolah sedang diubah
suai.
Bukannya baru… sejak bulan Mac lagi. Pihak sekolah plak dah dapat
persetujuan PIBG pun sebelum mengambil keputusan nak gunakan bilik
persalinan tu sebagai kantin sementara. Jadi apa masalahnya?
Apa busuk sangat hati orang yang distribute gambar tu… Nampak sangat
berniat jahat kan. Masa budak Melayu makan dalam tu takde orang nak
kecoh pun.. Tapi bila dalam gambar tu muka budak bukan Islam yang
terpampang.. mula lah nak melompat. Diskriminasi konon..
Bertambah menyampah bila dapat tahu Guru Besar sekolah tu direhatkan
sementara siasatan dijalankan. Siasatan apa benda? Benda ni bukan isu
besar pun.
Kenapa Menteri Pendidikan biarkan isu kecik ni menular sampai jadi
besar. Sampai pihak-pihak yang tak bertanggungjawab boleh mainkan isu ni
hingga meniupkan api kemarahan bangsa lain terhadap kaum Melayu.
Wahai Pak Menteri tidak kah anda sedar bahawa orang Melayu pun tahu
marah. Sedarkah wahai Menteri.. kedudukan anda sekarang adalah atas undi
orang Melayu???? Jadi… bangunla… Bela orang Melayu sikit...
Tak payah nak jaga pungkok puak puak tu sangat. Benda takde isu… tapi
dek kelembapan anda bertindak membuatkan isu tu jadi besar. Bila guru
besar tu direhatkan ia telah menggambarkan imej yang tak baik untuk
beliau. Air muka orang Melayu jugak yang jatuh.
Beberapa bulan lepas ada kes Cikgu Cina maki budak Melayu bodoh.. takde
plak orang nak kecoh. Pak Menteri tak sibuk nak buat siasatan pun. Cikgu
tu tak direhatkan pun. Sebab apa? Sebab cikgu tu Cina? Sebab budak tu
Melayu??? Orang Melayu ni memang pemaaf. Tapi janganla sampai pijak
kepala.
Ingat.. jangan sampai orang Melayu menyesal bagi undi kat BN dan UMNO. Bangkit!!!!!!
No comments:
Post a Comment