Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Showing posts with label lembu ayam. Show all posts
Showing posts with label lembu ayam. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

HARUSSANI VS NIK AJIS

HARUSSANI JAHIL SEJARAH.. - NIK AJIS

Agak kecewa saya membaca kenyataan Mufti Perak, Sohibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini 24 Februari 2013 di muka hadapan. Mengikut laporan tersebut, beliau menyatakan bahawa sikap PAS lebih teruk dari kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.

Saya mengira kenyataan ini sangat berat apatah lagi jika ia keluar dari mulut seorang mufti yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak berpihak dalam pertembungan parti-parti politik. Jika ia hanya satu manipulasi media, satu penafian perlu dibuat dengan segera. Tetapi melihat kepada rekod sebelum ini di mana belum pernah kedengaran sebarang penafian dibuat terhadap laporan akhbar mengenai kenyataannya, saya kira kenyataan itu benar-benar keluar dari mulut beliau.

Saya pohon kepada Mufti Perak, agar berhati-hati di dalam membuat ulasan. Hari ini maklumat boleh diakses dengan mudah, sebarang ulasan berkenaan kenyataan saya dan pemimpin PAS yang lain khususnya eloklah dirujuk kepada sumbernya yang sahih. Rakaman ucapan saya yang didakwa menyifatkan penerima bantuan sebagai 'haiwan' juga sudah disiarkan dengan meluas, mustahil pejabat mufti Perak berhalangan untuk mendapatkannya.

Adakah dalam rakaman tersebut saya menyifatkan penerima bantuan sebagai haiwan? Tentu sekali tidak. Bahkan saya selama ini menggalakkan rakyat Kelantan yang layak menerima bantuan untuk beramai-ramai mengambil bantuan yang diberikan. Ini kerana wang yang diberikan tentu sekali bukan wang UMNO/Barisan Nasional tetapi wang kerajaan dan milik rakyat. Namun mengambil kesempatan daripada majlis pembahagian bantuan seperti ini untuk menyampaikan dakyah ideologi kepartian ialah satu perbuatan yang terkutuk.

PAS juga dituduh berkerat rotan dengan UMNO. Kenyataan begini sebenarnya berpunca daripada jahil sejarah. Rujuklah sejarah politik negara, bukankah PAS pernah menyertai Barisan Nasional? Apabila PAS berada dalam Barisan Nasional, UMNO pula mengambil pendirian untuk menendang PAS keluar kerana 'cemburu buta'. Saya ingin ulangi, bukan PAS yang keluar daripada Barisan Nasional tetapi UMNO yang membuat ketetapan untuk menendang PAS keluar. Inilah yang termaktub di dalam ucapan Allahyarham Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977.

Justeru, Tan Sri Mufti Perak wajar berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Jika perkataan sebegini keluar dari mulut saya, agaknya berbulan-bulan ia akan diratib tanpa henti oleh media massa. Pesan saya kepada Tan Sri Mufti Perak, janganlah melampau-lampau sangat menunjukkan sokongan kepada UMNO/Barisan Nasional. Jika ditakdirkan nanti UMNO tersemban dalam pilihanraya, saya bimbang ada individu yang mencari makan dengan UMNO terkial-kial kelemasan mencari pelampung!


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kuala Lumpur.
13 Rabiul Akhir 1434H bersamaan 24 Februari 2013M

Friday, February 22, 2013

Duit BR1M itu Hak Rakyat dan Duit daripada Rakyat, Kita sebagai Penerima Sepatutnya Bersyukur. Nik Aziz perlu beri penjelasan dakwa ‘penerima BR1M haiwan’


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz perlu beri penjelasan dakwa ‘penerima BR1M haiwan’

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan tentang kenyataannya dalam sebuah akhbar semalam yang didakwa menganggap penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) umpama haiwan.
Gesaan tersebut disebabkan kenyataan beliau yang membawa pelbagai maksud dan telah mengelirukan rakyat yang menganggap perkara tersebut sepatutnya tidak dikeluarkan oleh seorang alim ulama seperti beliau.
Setiausaha Bekas-Bekas Polis dan Tentera Diraja (Veteran) Kelantan, Mohd Zain Che Musa berkata, sebagai seorang pemimpin yang baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah, perkara tersebut tidak sepatutnya keluar dari mulut Nik Aziz.
Beliau mengemukakan penjelasan berkenaan isu kenyataan Menteri Besar Kelantan itu yang didakwa menyamakan usaha murni pemberian BR1M sebagai memberi hampas kelapa dan padi kepada ayam dan kambing.
“Saya amat kesal dengan kenyataan beliau kerana seorang pemimpin seperti dia (Nik Aziz) tidak sepatutnya bercakap begitu dan menyamakan kita semua sebagai mana yang disebut kerana isu sekarang ialah penerima BR1M juga terdiri daripada semua golongan parti dalam negara kita, bukan orang yang mengundi Umno sahaja,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, Nik Aziz sepatutnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana membantu meringankan beban dengan pemberian wang tersebut dan bukan hanya bercakap kosong untuk menghangatkan lagi pemberian duit rakyat itu.
Beliau berkata, jika benar kenyataan Nik Aziz itu menganggap penerima BR1M sebagaimana yang dinyatakan, penyokong Pas sepatutnya memulangkan kembali duit yang diterima supaya mereka tidak tergolong dalam haiwan seperti penerima lain.
“Semua rakyat dapat, tidak kira mana-mana parti, jika penyokong Pas anggap apa yang Nik Aziz beritahu itu betul, yang mana pemberian duit adalah cara jahiliah, maka saya menyeru kepada semua penyokong Pas untuk memulangkan kembali duit tersebut.
“Duit itu hak rakyat, kita sebagai penerima sepatutnya bersyukur, saya berharap beliau akan tarik balik kenyataan tersebut ataupun memberi penjelasan kepada seluruh rakyat yang menerima BR1M kerana sebagai seorang ketua negeri, itu salah satu contoh yang tidak baik,” katanya.
Mohd Zain juga berkata, tindakan Nik Aziz juga dikatakan memperlihatkan perwatakan sombong dan angkuh kerana memperlekehkan pemberian kerajaan persekutuan kepada rakyat.

“Kepada semua penyokong Pas dan pengundi yang atas pagar, fikir perkara ini betul-betul, jangan mudah melatah, jangan terlalu taksub dengan apa yang dikatakan sehingga kita menyekat kepala dan minda untuk menerima perkara-perkara positif tentang negara kita sendiri,” katanya.
Sementara itu, pesara salah sebuah syarikat penjanaan elektrik, Yamin Razak, turut bersetuju dengan gesaan tersebut yang menganggap sebagai seorang pemimpin Islam, haiwan bukan contoh terbaik untuk dijadikan persamaan.
“Beliau pemimpin Islam, memperjuangkan Islam, tetapi cakap macam bukan orang Islam, dalam Islam sendiri melarang kita menyamakan manusia dengan sesuatu yang tidak sepatutnya.
“Sebagai seorang pemimpin, guna perkataan atau kenyataan yang mana rakyat boleh faham dan jelas dengan maksud yang hendak disampaikan, tidak perlu menggunakan istilah lain yang akan memesongkan lagi pemahaman orang terhadap apa yang ingin dinyatakan,” katanya.


Penceramah PAS Peras Wang BR1M Rakyat! . Lembu dan Ayam BR1M serahkan wang untuk tabung PAS..

"Nak tengok sejauh mana keikhlasan tuan-puan, hok (sesiapa) buleh pitih (duit) BR1M kito pakat bui (bagi) kok (kepada) PAS pulok"




Itulah yang diminta oleh seorang penceramah PAS ketika siri ceramah mereka yang dibuat di sekitar Pantai Cahaya Bulan, yang turut dihadiri oleh Mat Sabu. Dalam ceramah tersebut, penceramah tersebut meminta ahli PAS yang dapat duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menyumbang duit tersebut kepada tabung PAS yang dilancarkan oleh jentera PAS cawangan Semut Api.

Inilah kerja gila PAS, duit sumbangan yang kerajaan berikan untuk meringankan beban rakyat, tetapi orang PAS yang bodoh lagi bangang, setiap hari mereka melalak mengatakan barang naik, harga naik, cukai naik, air kepala takuk Mat Sabu naik serta pelbagai lagi fitnah untuk menggambarkan Barisan Nasional (BN) tidak memahami jerit-perih rakyat bawahan.

Tetapi apabila BN membantu rakyat dengan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) bertujuan meringankan beban rakyat, mereka pula yang menyusahkan rakyat!

Dalam diam-diam wang rakyat diperas untuk memenuhi tabung milo mereka atas nama jihad, (jihad kepala takuk Mat Sabu barangkali). Mula-mula samakan penerima BR1M dengan binatang, selepas itu 'binatang' ini pula dikerah untuk memenuhi tembolok mereka.

Sampai bila rakyat Kelantan hendak diperbodohkan?

Sampai bila rakyat Kelantan hendak 'diperlembukan'?

Dasar PAS, dasar apa?

Emang dasar...emang dasar...

PAS memang BAJINGAN!

Wajah ayam & lembu...

Masa Sharifah Zohra "listen, listen listen" cakap sebelum ni yang haiwan pun ada masalah, korang tak percaya. Sekarang saksikanlah di bawah antara wajah-wajah 'haiwan' bersandarkan fatwa terbaru Nik Ajis...






KOTA BHARU 20 Feb. - Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Is lam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," katanya ketika berucap di hadapan lebih 1,000 rakyat Kelantan yang menyambut kepulangannya dari Mekah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini hari ini.

Kerajaan Pusat melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 2.0) tahun ini memperuntukkan kira-kira RM3 bilion untuk mengagihkan sebanyak RM500 kepada kira-kira 4.3 juta isi rumah manakala kira-kira 2.7 juta individu bujang berumur 21 tahun ke atas menerima sebanyak RM250.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz berkata, pilihan raya umum kali ini penting kepada Pas kerana bukan sekadar mahu membentuk kerajaan tetapi menukar kerajaan sekular kepada kerajaan Islam. - Utusan.
 
Nyanyuk dah demo nih...
Nota tapak kaki Tok Guru : SUK Sultan Kelantan tengah buat apa sekarang? Bakar fail? clear fail? jeng...jeng..jeng!


NIK AZIZ KEKAL JADI MENTERI BESAR KERANA LEMBU DAN AYAM YANG DIHINA.... SEMUA RAKYAT MALAYSIA DAPAT SUBSIDI.....

Kenyataan Nik Aziz Menghina Rakyat – PM 

MANUSIA TAK RETI BERSYUKUR

Banyak karo hok rakyat demo kosek....
Kenapa PAS nak kontrol pitih rakyat pulok ko?
hok rakyat jangan kosek...

 
Semalam pemimpin utama PAS menyamakan penerima BR1M umpama binatang seperti lembu, tetapi akhirnya beberapa rakan blogger dari Kelantan mendedahkan rakaman video ceramah PAS yang meminta pengikut mereka menyerahkan wang BR1M kepada tabung yang dilancarkan oleh PAS Cawangan Semut Api.

Sumber : Double Y & Tukar Kelate

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyamakan penerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan haiwan, sebagai menghina rakyat dan amat keterlaluan.

Beliau turut mempersoal kenyataan itu yang tidak konsisten memandangkan pakatan pembangkang terutamanya di Selangor turut menjanjikan beberapa perkara yang bersifat kewangan.

“Apa beza dengan janji dia (pakatan pembangkang) di Selangor. Elaun untuk ibu tunggal, bayaran elaun anak ke tadika, janji air percuma…itu kan pemberian kewangan juga? Apa beza dengan BR1M? Jadi takkanlah Nik Aziz nak kutuk bila kita buat dan bila pakatan buat dia tak kata apa-apa?.

“Itu pendirian tidak konsisten kalau itu (BR1M) dikira amalan tidak baik dan disama dengan haiwan…kenapa dia tak kata apa-apa bila pakatan janji…janji itu pula tidak ditunaikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan khas dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak dan Majlis Tertinggi komponen parti BN negeri di Kuching, Jumaat.

Najib mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang menyamakan usaha murni kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Mengulas lanjut, Najib berkata amalan memberi bantuan kepada rakyat sudah lama dilaksanakan kerajaan secara subsidi tidak langsung, manakala BR1M bersifat lebih fokus kepada kumpulan sasaran.

“Setiap tahun kerajaan belanja lebih kurang RM30 bilion untuk subsidi, kita beri dalam bentuk subsidi secara tidak langsung …orang tak layak seperti orang kaya pun terima dan berlakunya ketirisan seperti penyeludupan serta penjualan diesel di luar sempadan dan sebagainya.

“Jadi kita pilih beri subsidi diesel secara lebih fokus lagi, dan cara lebih fokus ini termasuk BR1M dimana kita tentukan mereka betul-betul layak mengikut tafsiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hanya mereka akan terima bantuan kewangan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan melihat BR1M bukan sahaja bantuan kepada rakyat, tetapi turut akan mempergiatkan kegiatan ekonomi di sesebuah kawasan.

“Bantuan kewangan ini akan cetus kegiatan ekonomi di kawasan tempatan, ia beri pekedai serta peruncit manfaat dan rakyat (penerima) sendiri punya kuasa untuk tentukan cara untuk belanjakan duit itu.

“Jadi ini tidak ada bezanya dengan amalan di sesetengah negara lain seperti Singapura dimana mereka kreditkan kepada akaun CPF untuk bantu rakyat, di Indonesia pun ada juga pemberian secara langsung kepada rakyat,” katanya.

- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...