Ahli
Parlimen Malaysia wajar mengusulkan agar perbuatan menghina lambang
kebangsaan Malaysia ditingkatkan sehingga RM 150,000 dan hukuman penjara
dipanjangkan juga seperti Indonesia. Undang-undang lapuk ini perlu
diperbaharui dan diberi konteks baru memandangkan bahaya dan ancaman
terhadap pembentukan negara bangsa dan semagat patriotisme.
Cadangan :
PDRM - mohon segera tahan atau panggil untuk siasatan semua individu
yang terlibat. Jabatan Peguam Negara - mohon segera dakwa mereka di
mahkamah dan segera drafkan cadangan untuk pinda Akta berkaitan. Menteri
Dalam Negeri dan Menteri yang Undang-undang - mohon segerakan tindakan.
Ahli Parlimen - mohon usulkan pindaan terhadap Akta ini, bukan sahaja
dari sudut peningkatan hukuman tetapi juga dari aspek konteks menghina
dan menggunakan lambang dan lagu kebangsaan ini secara tidak wajar.
Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%209/AKTA%20414%20-%20Akta%20Lambang%20dan%20Nama%20(Mencegah%20Penggunaan%20Tak%20Wajar)%201963.pdf
Denda RM 1000 sahaja untuk penggunaan dengan cara tidak wajar...
Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%204/Akta%20193.pdf
Denda RM 500 sahaja untuk pamer lambang pelik-pelik sebagai bendera kebangsaan...
National Anthem Act 1968
http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%208/Act%20390.pdf
- tidak hormat lagu Negaraku, hanya kena denda RM100... patutlah Namewee berani sangat!Baca BLOG KRO di bawah untuk hayatinya...
Cina Malaysia Dihukum Penjara 5 Tahun Hina Bendera Indonesia, Di Malaysia? Gerakan Tukar Bendera Pun Tak Apa!!!
Seorang
cina warga Malaysia, Broderick Chin ditahan oleh polis Indonesia kerana
menghina bendera Indonesia. Dia meminta seorang pekerjanya agar
menggantikan bendera Indonesia dengan seluar dalam merah miliknya,
ketika pekerjanya sibuk mencari bendera untuk dikibarkan sehari sebelum
Hari Kebangsaan Republik Indonesia. Cina Malaysia tersebut telah ditahan
oleh polis Indonesia dan bakal berdepan hukuman penjara 5 tahun atau
denda RP500 juta (RM148,000). Sahabat Blogger RBF, mempunyai butiran
yang terperinci. Baca di sini.
Ternyata
Indonesia amat tegas di dalam memberi penghormatan kepada bendera di
negara mereka. Malaysia pula bagaimana? Saban hari gerakan untuk menukar
Jalur Gemilang, bendera Malaysia begitu rancak dijalankan. Tiada
tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka. Mereka lepas bebas
menghina tanpa takut dikenakan sebarang tindakan undang-undang. Apakah
Kerajaan yang ada sekarang terlalu takut mengambil tindakan untuk kekal
popular?
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/08/cina-malaysia-dihukum-penjara-5-tahun.html#XS9Q36QdyhFjDROx.99