Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, February 29, 2020

Agong lantik Muhyiddin sebagai PM

Agong lantik Muhyiddin sebagai PM: Majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada pukul 10.30 pagi esok.



 



Agong lantik Muhyiddin sebagai PM

News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
Yang di-Pertuan Agong berkenaan melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang baru.
Perkara
itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad
Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Ahmad Fadil berkata, ia selepas Istana Negara menerima senarai calon perdana menteri daripada ketua-ketua parti politik.

Ia sebagai lanjutan proses temu duga Sultan Abdullah dengan semua anggota parlimen yang dibuat pada Selasa dan Rabu lalu.
"Setelah mendapat representasi daripada semua ketua parti politik
yang mewakili parti masing-masing, serta ahli Dewan Rakyat yang bebas,
pada hemat Seri Paduka Baginda, ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat
kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiaddin Bin
Md Yasin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh.

"Sehubungan itu, Seri
Paduka Baginda telah berkenan melantik Tan Sri Mahiaddn Md Yasin
(Muhyiddin) sebagai perdana menteri, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan
Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Ahmad Fadil berkata majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada pukul 10.30 pagi esok (1 Mac).

"Seri
Paduka Baginda bertitah bahawa proses pelantikan perdana menteri tidak
boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan
rakyat dan negara yang kita cintai bersama.

"Seri Paduka Baginda
bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan Baginda
menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir," katanya lagi.

Pelantikan
itu dibuat tidak lama selepas Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau
mempunyai sokongan anggota parlimen yang cukup untuk menubuhkan
kerajaan.
Ia selepas PH mengisytiharkan sokongan kepadanya. Sokongan Warisan menyusul tidak lama kemudian.
Muhyiddin berusaha menguasai Bersatu tetapi beberapa anggota Parlimen parti itu kekal menyokong Mahathir.

Agong lantik Muhyiddin Yassin PM ke-8

Agong lantik Muhyiddin Yassin PM ke-8: Yang di-Pertuan Agong berkenaan melantik Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri yang baru.Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan sebentar tadi.Ahmad Fadil berkata, ia selepas Istana Negara menerima senarai calon perdana menteri daripada ketua-ketua parti politik.Ia sebagai lanjutan proses temu duga Sultan Abdullah dengan semua anggota parlimen yang dibuat pada Selasa dan Rabu lalu.'Setelah mendapat representasi daripada semua ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing, serta ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat ialah Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh (P143)'Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda telah berkenan melantik Tan Sri Mahiaddn Md Yasin (Muhyiddin) sebagai perdana menteri, selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan,' katanya.Ahmad Fadil berkata majlis angkat sumpah akan diadakan di Istana Negara pada pukul 10.30 pagi esok (1 Mac).'Seri Paduka Baginda bertitah bahawa proses pelantikan perdana menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama.'Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ini adalah keputusan terbaik untuk semua dan Baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir,' katanya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...