|  | 
| Jangan buli saya, kata Zamihan kepada Shahidan, meneruskan perang mulut berhubung fahaman Wahabi. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013. | 
“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan nama baik saya selaku penjawat awam,” kata Zamihan dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Zamihan, yang merupakan Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, berkata sekiranya Shahidan ada masalah dengannya, beliau seharusnya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bukan menyerangnya melalui media.
“Menteri bermentaliti rendah tidak perlu ada dalam kerajaan transformasi. Menteri sepatutnya mendokong aspirasi kerajaan. Bukannya bersifat membuli saya.
“Jika beliau tidak mahu berbincang secara ilmiah, jangan lagi menyerang saya secara tidak berhemah. Berhentilah dari mempertikaikan kredibiliti saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam,” kata Zamihan.
Shahidan yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menyelar Zamihan kerana turut melibatkan aliran Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap umat Islam beraliran Syiah.
Bekas Menteri Besar Perlis itu mendakwa Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia tentang fahaman Wahabi, sambil berkata ramai ahli Umno marah dengan tindakan tersebut.
"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," kata Shahidan dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.
Zamihan membalas dakwaan itu dengan mengatakan beliau melakukan kerja berdasarkan arahan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri, serta berdasarkan permintaan dari jabatan agama dan jabatan mufti negeri.
“Dalam isu teologi dan ideologi kita perlu berbincang. Berdebat mencari kebenaran. Soalnya, apabila tohmahan diajukan kepada saya berkaitan ideologi agama, maka berdebat merupakan salah satu cara mendapatkan kebenaran.
“Memang saya berpangkat rendah. Setelah hampir 9 tahun berkhidmat masih ditangga S 41. Beginilah nasib penjawat awam agama. Kelihatan ada ciri double standard berbanding perjawatan lain,” katanya, merujuk kenyataan Shahidan yang beliau tidak mahu membuang masa melayan pegawai rendah seperti Zamihan.
|  | 
| Bagi Shahidan, fahaman Wahabi tidak sesat. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013. | 
Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.
Zamihan sebelum ini meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk menafikan 10 bukti KDN yang mengaitkan beliau dengan fahaman itu, berikutan tuduhan Ahmad Zahid di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.
Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.
Zamihan bagaimanapun berkata 10 bukti itu hanyalah "gred B", dan mendakwa mempunyai bukti "gred A" yang belum didedahkan.
Antara 10 bukti yang disebut KDN termasuk sebuah rencana Mat Sabu yang melahirkan rasa terhadap pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhullah Khomeini. – 21 Disember, 2013.
 

 

 
 
 
 


 
          
                





 
 

![DAKWAAN SOGOKAN WANG BERATUS JUTA DALAM KES PULAU BATU PUTEH, PAKATAN RAKYAT BUAT LAPORAN POLIS! 
SEBELUM INI MENTERI DALAM NEGERI, ZAHID HAMIDI BERKATA TIADA KERTAS SIASATAN DIBUKA KERANA TIADA LAPORAN POLIS DIBUAT. SEKARANG SUDAH ADA LAPORAN POLIS, BERANIKAH ZAHID HAMIDI ARAH POLIS BUKA KERTAS SIASATAN? 
MP Pakatan lapor polis salah laku Peguam Negara
KUALA LUMPUR 5 DIS: Satu laporan polis terhadap salah laku peguam negara, Tan Sri Ghani Patail dan Datuk Shafee Abdullah dibuat oleh ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat diterajui MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Beliau bersama ahli parlimen Rasah, Anthony Loke, G Manivannan (Kapar) Steven Sim (Bukit Mertajam) Teo Kok Seong (Rasah) dan Datuk Takiyuddin Hassan (Kota Bharu) membuat laporan di IPD Dang Wangi semalam.
Laporan dibuat bagi mendesat siasatan Polis terhadap pendedahan melalui surat akuan bersumpah bekas Pegawai Siasatan Jenayah, Datuk Md Zain Ibrahim yang dibuat pada 7 Oktober 2013.
"Surat Akuan tersebut mendedahkan beberapa perkara yang dilakukan dua individu yang jelas merupakan salah laku jenayah dan perlu tindakan polis dengan segera""Yang pertamanya ialah, Tan Sri Gani Patail terlibat dalam tindakan jenayah apabila beliau telah dengan sengaja memalsukan dokumen laporan perubatan bagi tujuan menutup insiden 'mata lebam' terhadap Anwar pada 20 September 1998.
"Kedua apabila beliau dengan sengaja tidak mengemukakan keterangan penting delam perbicaraan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Keadilan Antarabangs (ICJ) pada 2007 sehingga menyebabkan kehilangan pulau itu kepada Singapura."Beliau (Gani) juga telah menerima wang rasuah yang dimasukkan di dalam akaunnya di Hong Kong bagi tindakan beliau dalam kes Pulau Batu Puteh," kata Shamsul.
Tambahnya, peguam Shafee Abdullah juga telah melakukan kesalahan kerana menyembunyikan kesalahan Gani Patail. "Tan Sri Shafee walaupun mengetahui dan sedar kesalahan yang dilakukan Gani Patail, beliau gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa walaupun bertanggungjawab berbuat demikian."Kegagalan tersebut boleh menyabitkan beliau dibawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan," kata Shamsul. [KD]
--------------------
KITA TUNGGU ULASAN MENTERI DALAM NEGERI!!! ADA TELUR KE TAK ADA TELUR KITA TENGOK NANTI...
-admin power-](https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/p320x320/1488919_575911255822244_1249434588_n.jpg) 
  

