Dalam diam-diam, Anwar rupanya telah menghantar surat kepada Speaker
Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang memohon agar gaji dan
elaun Ahli Parlimen dinaikkan. Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika menggulung
perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 dalam sidang Dewan Negara
petang tadi.
Anwar sudah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat bersetuju gaji Ahli Parlimen dinaikkan.
“Perdana Menteri sudah membentangkan cadangan itu (kenaikan gaji dan
elaun MP) dalam usaha menaiktaraf Ahli Parlimen kita setaraf dengan
ahli-ahli Parlimen negara lain di seluruh dunia. Usaha telah kita buat
tapi atas sebab politik ia dibantah oleh Ketua Pembangkang.
“Sekarang barulah Ketua Pembangkang hantar surat kepada Speaker
baru-baru ini mohon dinaikkan gaji. Barulah nampak ada sokongan padu
untuk naikkan gaji MP,” kata Shahidan.
Ketika pembentangan Bajet 2012 pada tahun lalu, Perdana Menteri
mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen
sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan
Bebas.
Namun usul tersebut terpaksa ditarik balik ekoran bantahan daripada
empat wakil rakyat pembangkang. Mereka yang dimaksudkan ialah Anwar
Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada ketika
itu berkata, penarikan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM30 juta
yang diumumkan Perdana Menteri itu.
“Pembangkang ‘buka mulut’ (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan
kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang
diperlukan oleh seorang wakil rakyat.
“Sebenarnya kenaikan gaji Ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu
banyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskan
mengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik, bayaran
pejabat serta gaji pemandu,” menurut Nazri.
Malah disebabkan bantahan tersebut, ramai di kalangan Ahli-ahli Parlimen
pembangkang dikatakan marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan
Anwar itu.
Menurut Ahli Parlimen PKR, selama ini mereka telah mengalami
perbelanjaan ‘defesit’ setiap bulan memandangkan gaji sebagai Ahli
Parlimen cuma RM6,500 sahaja dan dicampur lain-lain elaun termasuk
tuntutan jika Parlimen bersidang, mereka hanya perolehi tidak sampai
RM12,000 sebulan.
Lebih malang lagi, beberapa orang Ahli Parlimen PKR yang ditemui pada
ketika itu menjelaskan, mereka terpaksa mendermakan RM1,500 kepada parti
bagi kos operasi.
“Tolak sebanyak itu, berapa yang kami dapat. Anak isteri juga perlu
wang. Ini tak masuk bantuan kepada pengundi-pengundi dan aktiviti
setempat... Hadiri kenduri kahwin, ziarah kematian.”
Menurut seorang ahli parlimen PKR yang enggan dikenali itu, mengatakan
dia terpaksa ‘bersilat’ dengan isterinya selepas ternampak slip elaun
RM6,500.
“Isteri saya bising dan tidak percaya wakil rakyat dapat gaji banyak
itu. Dia tanya saya, macam mana saya boleh beri duit kepada mereka yang
datang meminta bantuan... nasib baik saya ada perniagaan sendiri, jika
tidak memang teruk. Perbelanjaan kami ‘defesit’ sebenarnya.”
Kesimpulannya ialah, walaupun pada ketika itu kerajaan hanya
mencadangkan kenaikan sekitar 10 peratus, namun atas sebab politik ia
terus ditentang berbanding kenaikan yang diluluskan oleh kerajaan
Selangor yang mencecah sehingga 373 peratus. Anwar juga pada hakikatnya
sedar gaji Ahli-ahli Parlimen di Malaysia adalah rendah berbanding
negara-negara jiran.
Namun disebabkan hasratnya ingin menjadi Perdana Menteri dan ingin
mengambil hati rakyat semua cadangan tersebut terus ditolak
mentah-mentah, tambahan pula pada ketika cadangan tersebut dilakukan,
Pilihanraya Umum ke-13 masih lagi menjadi teka-teki.
Benarlah apa yang dikatakan sebelum ini, Anwar adalah ‘Bapa Segala Retorik’.
Setelah puas menghentam Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim
yang dikatakan tidak peka dengan masalah dan rintihan rakyat berhubung
usul kenaikkan gaji mendadak yang dberikan kepada semua 56 Ahli Dewan
Undangan Negeri (Adun) yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.
Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15
kepada RM29,250 (106 peratus); anggota Exco kerajaan negeri dari
RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus); speaker Dun dari RM6,109.29
kepada RM22,500 (266 peratus); timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada
RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87
peratus).
Disebabkan itu, Khalid telah menjadi ‘mangsa belasahan’ Anwar dan
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang kononnya tidak bersetuju dengan
kenaikan tersebut. Pelbagai kritikan dan cemuhan dilemparkan oleh Anwar
bagi menggambarkan kononnya dia prihatin denga keluhan dan masalah
rakyat.
ARTIKAL TERDAHULU: KLIK SINI
No comments:
Post a Comment