awal minggu lalu,dunia gempar dengan insiden rusuhan di Singapura,ekoran
republik itu dikenali sebagai sebuah
negara yang aman dan mempunyai penduduk yang berdisiplin.Rusuhan itu
berlaku apabila kira-kira 400 pekerja Asia Selatan merusuh di Little
India selepas sebuah bas melanggar
mati seorang pekerja binaan warga India,menyaksikan 39 anggota polis dan
petugas keselamatan awam mengalami
kecederaan dan 25 kenderaan termasuk 16 kereta polis musnah.Kejadian itu
amat mengejutkan kerana Singapura dilihat sebagai sebuah negara yang
aman dan jarang mempunyai
masalah-masalah sosial yang menggemparkan.Rusuhan itu juga dianggap yang
terbesar dan terburuk di republik itu dalam tempoh 40 tahun.Selain
itu,republik ini merupakan sebuah negara yang maju dan tidak mempunyai
masalah ekonomi berbanding
negara lain di rantau ini,menyebabkan sukar untuk mempercayai insiden
rusuhan sebesar itu boleh berlaku di
Singapura.
Namun begitu,mungkin ramai yang tidak mengetahui sebelum ini,sebenarnya
terdapat tujuh rusuhan buruk dan
berdarah pernah berlaku di republik ini sejak 1854.Pada 1964,berlaku
rusuhan kaum melibatkan kaum Cina dan Melayu ketika sambutan Hari
Maulidur Rasul,kira-
kira setahun sebelum Singapura berpisah dari Malaysia.Insiden itu
berlalu apabila perarakan orang Islam dari Padang sehingga ke Geylang
melalui beberapa jalan iaitu
Andrew Street,Beach Road dan Arab Street diganggu oleh penduduk kaum
Cina menyebabkan tercetusnya rusuhan.Sebanyak 36 orang terbunuh dan 556
cedera dalam kejadian tersebut menyebabkan kerajaan Singapura terpaksa
mengisytiharkan darurat selama 11 hari untuk mengawal keadaan.Satu
jawatankuasa kemudian ditubuhkan terdiri daripada pelbagai komuniti dan
kaum untuk mengembalikan
keamanan dan keharmonian antara kaum Melayu dan Cina di kawasan
tersebut.
Rusuhan kaum kedua di Singapura berlaku pada 1969 ekoran tempias rusuhan
kaum yang berlaku di Malaysia pada
13 Mei tahun tersebut.
Ia dicetuskan apabila seorang penarik beca kaum Melayu ditemui mati
dibunuh selepas dipercayai diserang oleh
beberapa orang kaum Cina pada 3 September tahun itu.Ia merebak di
kawasan perumahan di Geylang,Joo Chiat dan Siglap dan sekali lagi
kerajaan Singapura terpaksa
melaksanakan perintah darurat dan keadaan kembali tenang beberapa hari
kemudian.Sebanyak 13 orang dilaporkan
terbunuh dan 106 cedera dalam insiden tersebut.Rusuhan pertama berlaku
di Singapura dilaporkan berlaku pada 5 Mei 1854 melibatkan pergaduhan
antara kaum
Cina Hokkien dan Cina Teochew.Rusuhan itu berlanjutan selama 10 hari
menyaksikan lebih 500 orang terbunuh.Tragedi itu dianggap sebagai satu
daripada konflik terburuk melibatkan masyarakat Cina di Singapura pada
kurun ke-19.
Hampir 100 tahun kemudian,pada 11 Disember 1950,sekali lagi rusuhan
berlaku di republik ini membabitkan isu
Islam.Rusuhan ini dianggap paling tragis apabila 18 orang terbunuh
apabila berlaku pertempuran antara penduduk
Islam dengan pihak polis dan tentera Britain.
Ia berpunca daripada bantahan penduduk Islam di Singapura terhadap
keputusan mahkamah yang memerintahkan
seorang wanita warga Belanda,Maria Hertogh atau lebih dikenali sebagai
Natrah dikembalikan kepada ibu bapa
kandungnya di Belanda, dan bapanya pula diberi hak menentukan agama anak
gadisnya itu.Dalam pertempuran itu sebanyak 173 yang lain turut cedera
dalam insiden yang turut dikenali sebagai Rusuhan
Natrah.Sebanyak tiga rusuhan lagi berlaku dalam tempoh tiga tahun
selepas itu dari 1953, dikenali sebagai Rusuhan Latihan
Khidmat Negara,Rusuhan Hock Lee Bus dan Rusuhan Sekolah Menengah
Cina.Rusuhan Latihan Khidmat Negara pada 13 Mei 1954 berlaku selepas
kira-kira 500 pelajar membantah undang-
undang Britain di Singapura yang menetapkan penduduk lelaki berusia
antara 18 dan 20 tahun perlu menjalani
program khidmat negara itu secara separuh masa.
Demonstrasi yang mereka adakan bertukar menjadi pertempuran apabila
polis cuba menyuraikan keadaan,
menyaksikan 26 orang cedera dan 48 lagi ditahan.
Rusuhan Hock Lee Bus pada 12 Mei 1955 pula tercetus selepas pekerja di
Singapura tidak bersetuju dengan waktu
kerja dan gaji yang rendah dan mereka bertindak menghalang perkhidmatan
bas beroperasi.
Seramai empat orang terbunuh dan 31 lagi cedera apabila polis bertindak
menggempur kumpulan perusuh itu.
Rusuhan Sekolah Menengah Cina,pula tercetus apabila Ketua Menteri ketika
itu, Lim Yew Hock mengharamkan dua
pertubuhan prokomunis,Persatuan Wanita Singapura (WSA) dan Persatuan
Muzik Cina Gong serta membubarkan
Kesatuan Pelajar Sekolah Menengah Cina Singapura (SCMSSU).Sebanyak 13
orang terbunuh dan lebih 100 lagi ditahan apabila bantahan yang diadakan
kumpulan pelajar bertukar
ganas dan merebak ke kawasan bandar raya.
No comments:
Post a Comment