Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, December 21, 2013

Sunnah Wal Jamaah : Sokong Ustaz Zamihan Mat Zain @ Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Jangan buli saya, kata Zamihan kepada Shahidan, meneruskan perang mulut berhubung fahaman Wahabi. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013.
Perang mulut di antara Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain dan Datuk Seri Shahidan Kassim dalam isu fahaman Wahabi berterusan selepas pegawai kerajaan itu mengugut mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mencemar namanya.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba mencemarkan nama baik saya selaku penjawat awam,” kata Zamihan dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Zamihan, yang merupakan Penolong Setiausaha Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN, berkata sekiranya Shahidan ada masalah dengannya, beliau seharusnya berhubung dengan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bukan menyerangnya melalui media.

“Menteri bermentaliti rendah tidak perlu ada dalam kerajaan transformasi. Menteri sepatutnya mendokong aspirasi kerajaan. Bukannya bersifat membuli saya.

“Jika beliau tidak mahu berbincang secara ilmiah, jangan lagi menyerang saya secara tidak berhemah. Berhentilah dari mempertikaikan kredibiliti saya dalam menjalankan tugas sebagai penjawat awam,” kata Zamihan.

Shahidan yang merupakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sebelum ini menyelar Zamihan kerana turut melibatkan aliran Wahabi dalam serangan kerajaan terhadap umat Islam beraliran Syiah.

Bekas Menteri Besar Perlis itu mendakwa Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia tentang fahaman Wahabi, sambil berkata ramai ahli Umno marah dengan tindakan tersebut.

"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," kata Shahidan dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Zamihan membalas dakwaan itu dengan mengatakan beliau melakukan kerja berdasarkan arahan Ketua Setiausaha KDN dan Menteri Dalam Negeri, serta berdasarkan permintaan dari jabatan agama dan jabatan mufti negeri.

“Dalam isu teologi dan ideologi kita perlu berbincang. Berdebat mencari kebenaran. Soalnya, apabila tohmahan diajukan kepada saya berkaitan ideologi agama, maka berdebat merupakan salah satu cara mendapatkan kebenaran.

“Memang saya berpangkat rendah. Setelah hampir 9 tahun berkhidmat masih ditangga S 41. Beginilah nasib penjawat awam agama. Kelihatan ada ciri double standard berbanding perjawatan lain,” katanya, merujuk kenyataan Shahidan yang beliau tidak mahu membuang masa melayan pegawai rendah seperti Zamihan.

Bagi Shahidan, fahaman Wahabi tidak sesat. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Disember, 2013.
Semalam Zamihan mencabar Shahidan untuk berdebat mengenai isu Wahabi kerana berpendapat fahaman tersebut tidak sesuai di Malaysia.

Katanya, tiada keperluan menegakkan fahaman Wahabi kerana Shahidan sendiri pernah mengakui Wahabi umpama hantu dan tidak seharusnya berpegang kepada fahaman hantu.

Zamihan sebelum ini meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu untuk menafikan 10 bukti KDN yang mengaitkan beliau dengan fahaman itu, berikutan tuduhan Ahmad Zahid di perhimpunan agung Umno baru-baru ini.


 
Zamihan berkata KDN sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Mohamad, yang dikenali sebagai Mat Sabu, bagi mencari kebenaran berdasarkan pegangan Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di negara ini.

Zamihan bagaimanapun berkata 10 bukti itu hanyalah "gred B", dan mendakwa mempunyai bukti "gred A" yang belum didedahkan.

Antara 10 bukti yang disebut KDN termasuk sebuah rencana Mat Sabu yang melahirkan rasa terhadap pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Ruhullah Khomeini. – 21 Disember, 2013.

1 comment:

  1. Wahabiyah ni jenis menafsir Hadis dan Ayat secara satu satu, tak ada kaedah. Walau zahirnya mcm berilmu tinggi bakal mengulangi kekhilafan umat terdahulu yg telahpun diselesaikan oleh ulama' ulama' ASWAJA. Kerana itu ilmuan ilmuan wahabiyah ni sesama mrk pun sering berbeza pndgn dlm sesuatu isu. Zahirnya mcm bagus, ikut Sunnah dan Quran, tp dlm beberapa isu yg sukar kita fahami, bila tidak merujuk tafsiran ulama' ulama' terdahulu yg jauh lebih berilmu, tidak dpt tidak kita akan membuat tafsiran sendiri. Utk pegangan sendiri, terpulang, nanti jawab sendiri, tp bila disebarkan kpd org lain, akan mengelirukan dan mengundang perbalahan. Niat mendekatkan diri pd agama bagus tp jgn salah berguru. Selidiki dgn siapa kita nak berguru, salah pilih guru boleh tersesat jadinya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...