Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, December 16, 2013

Skandal Rasuah, Seks dan Mengubah Wang Parti Islam Indonesia (PKS) Cetus Kemarahan.

Skandal  parti Islam Indonesia 
 DARI kiri; Luthfi Hasan Ishaaq, Ahmad Fathanah dan Vitalia Shesya
 
Penduduk marah kontroversi seks, rasuah pemimpin PKS

Jakarta: Hubungan seks di bilik hotel, penggubahan wang haram dan rasuah besar untuk mengimport daging mencemarkan imej parti Islam terbesar Indonesia, selain menjejaskan dengan lebih teruk populariti parti Muslim menjelang pilihan raya tahun depan. 

“Skandal berkenaan memburukkan semua parti Islam,” kata peninjau pendapat Lembaga Survei Nasional (LSN), Umar S Bakry.

Beberapa tahun lalu, seseorang itu pasti mengundi parti Islam, tetapi sekarang tidak lagi” Greg Fealy, Pakar Indonesia, Universiti Kebangsaan Australia

Paling menggemparkan ialah apabila mahkamah antirasuah minggu lalu menghukum penjara 16 tahun ke atas bekas presiden Parti Keadilan Sejahtera (PKS), Luthfi Hasan Ishaaq.

Tuduhan rasuah

Luthfi didapati bersalah merasuah dan menggubah wang selepas menerima rasuah daripada firma Indoguna Utama sebagai tukaran memaksa Kementerian Pertanian di bawah PKS meningkatkan kuota import daging.

Dua eksekutif syarikat itu yang pada awalnya dipenjarakan berhubung kes digelar ‘Beefgate’ oleh media tempatan menyebabkan liputan diberi secara besar-besaran terhadap kes berkenaan.
Luthfi yang meletak jawatan sebagai presiden PKS selepas skandal itu terbongkar, berkata beliau akan merayu keputusan bersalah ke atasnya.

Rosak imej bersih

Ketika siasatan dijalankan, penyiasat antirasuah mendapat maklumat lebih menggemparkan yang menjejaskan lagi imej bersih dan alim yang cuba disemai PKS.

Mereka merampas enam kereta daripada Luthfi dan pendakwa menuduh pemimpin berusia 52 tahun itu cuba menyembunyikan perkahwinannya dengan seorang daripada tiga isteri yang dikahwininya tahun lalu ketika dia masih remaja.

Tetapi, orang lebih diberi tumpuan dalam skandal itu adalah penasihat Luthfi, Ahmad Fathanah yang dipenjara 14 tahun pada November lalu.

Beliau memainkan peranan utama dalam kenaikan kuota import kepada Indoguna.
Penahanannya pada Januari lalu, menyebabkan skandal itu menjadi lebih dramatik selepas anggota antirasuah menahannya di sebuah hotel di Jakarta dengan seorang pelajar yang berkeadaan bogel.

Fathanah baru saja menerima rasuah dan pelajar itu kemudian mengakui mendapat bayaran untuk hubungan seks.

Fathanah didapati menggubah wang rasuah dengan memberi hadiah, termasuk kereta dan berlian kepada 45 wanita termasuk model lucah, Vitalia Shesya dan beberapa selebriti seperti Ayu Azhari mengikut laporan di Indonesia.

Cetus kemarahan rakyat

Tinjauan bebas beberapa bulan lalu menunjukkan parti itu belum dapat mencapai sokongan lapan peratus seperti diraihnya pada pengundian 2009 dan ramai yang berasa marah dengan PKS.

“Beberapa tahun lalu, seseorang itu pasti mengundi parti Islam, tetapi sekarang tidak lagi,” kata Greg Fealy, pakar Indonesia di Universi Kebangsaan Australia.

Kebanyakan pengundi memilih untuk menyokong parti yang ada rekod baik mentadbir negara. - AFP/AGENSI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...