Bila MISMAH muncul dan membuat pengakuan, Fuckatan Harami sudah tepuk dahi. Lubang sudah pecah dan segala pembohongan, termasuklah yang dilakukan oleh portal berita yang dibiayai oleh Zionis, Malaysiakini terus tutup mulut.
Disebabkan malu kali ini lebih besar dan kekantoian Fuckatan Harami akan menjejaskan fokus mereka kepada isu daftar pemilih, satu lagi portal milik PKR, cuba spin issue. Kali ini, diorang SURUH warganegara baru tampil supaya dapat mengelak daripada kerakyatan mereka ditarik balik!
Korang tengok tu... siap mengancam lagi...
Hari tu kada KOD 71 adalah warga asing yang diberikan kerakyatan. Bila dibuktikan bahawa sebahagian besar daripada pemimpin PKR adalah pemilik kad pengenalan yang ada KOD 71, diorang spin kata bukan KOD 71 yang dipertikaikan, tetapi kerakyatan mudah.
Sekarang, bila MISMAH yang mereka pertikaikan, tampil dan membuat pengakuan yang dia bukannya warganegara mudah, PKR cuba buat ugutan untuk menarik balik kerakyatan.
Amboi! Mudah sangat nak tarik kerakyatan warganegara!
Kalau nak tarik, apasal tak suruh kerajaan tarik kerakyatan Zuraidah Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang? Apasal tak suruh kerajaan tarik kewarganegaraan Ketua Wanita PKR Perak?
Selepas malu sebab terkantoi, Nurul Izzah yang mewarisi perangai pembohong dan pembelit PAPA JAHATnya menggelarkan warganegara baru itu sebagai 'WARGANEGARA BARU BN' dan menggesa mereka untuk MELAPOR DIRI kepada Fuckatan Harami bagi mengelak digelar 'pengkhianat negara'. Dengan kata lain, MENGUGUT agar warganegara baru menyokong Fuckatan Harami pada pilihanraya akan datang. Konon-kononnya, kalau Fuckatan berjaya menawan Putrajaya, kewarganegaraan warganegara baru itu, tidak akan ditarik balik.
Dan sudah tentulah warganegara baru yang tahu betapa payah dan sukarnya untuk mereka mendapatkan kerakyatan negara ini selain masa yang panjang diperlukan untuk bergelar RAKYAT MALAYSIA, takut dan seterusnya mendaftar atau sanggup didaftarkan sebagai ahli Fuckatan Harami!
Politik bodoh Nurul Izzah!!!
Wahai Nurul Izzah bahlol!
Kau lupa nak tengok diri kau sendiri ke? Bukankah kau adalah PENGKHIANAT NEGARA yang cuba membocorkan rahsia ketenteraan Malaysia kepada media Indonesia? Bukankah sebelum warganegara baru itu dibicarakan, kau terlebih dahulu dibicara, disula dan dipamerkan di kepala simpang?
(PaLut - Pakatan Luar Tabi'e yang kini mula menghancurkan Islam didalam PAS)
Salam 2 all.
“Aku cuba berlari di kaki pelangi,mengukur jarak berbanding masa.Aku cuba gapai warna-warni,akhirnya akur ditipu fatamorgana.Begitulah realiti sisa umur di alam ini.Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai,menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari,satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,”
Begitulah sajak nukilan Ketua Dewan Pemuda PAS, Ustadz Nasrudin Hasan Tantawi yang disiarkan diblog beliau www.eperjuangan.com. Sajak yang menggambarkan kekecewaan yang mendalam, tertipu dengan mainan kalkatu politikus rakus yang mengejar nafsu serakah Putrajaya. Sajak yang menggambarkan kekecewaan seorang pemimpin yang meletak harapan tinggi untuk mengisi satu perjuangan, hanya untuk melihat ianya sekadar retorik bak miraj di padang pasir yang terik.
Sajak yang tertulis dalam keadaan PAs khususnya dan umat Islam amnya berhadapan dengan kegawatan serangan terhadap aqidah umat Islam dengan tercetusnya isu cubaan dakyah kristian di Gereja Methodist Damansara Utama. Gereja yang dipertahankan segelintir kaum Anwarinas di kepimpinan PAS yang sudah mabuk kuasa. Isu yang menyebabkan pejuang ikhlas saperti Dr. Hasan Ali menerima kecaman hebat hingga mahu dipecat.
Lalu bangkitlah pemuda berjiwa Islam ini membela sahabat yang dikecam. Ustadz Nasrudin dengan tegas menyatakan bahawa dalam hal aqidah, ia bukan barangan yang boleh dijual beli. Dengan penuh ketegasan, Ustad Nasrudin menyatakan:
“Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”.
Kenyataan ini menerima kecaman hebat bukan sahaja dari kaum kafirun rakan sekongkol PAS, malah kaum Anwarinas melontar peluru-peluru majnid menghenyak dan melanyak Ketua Pemuda parti Islam yang mahu membela dan mempertahankan Islam. Seolah-olah sekarang menjadi dosa besar untuk seseorang bercakap tentang perjuangan Islam didalam parti yang mengaku Islam!!!
Lau Ustadz Nasrudin melahirkan kekecewaan beliau dengan kata-kata:
“Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan,”.
Teman berasa cukup sedih melihat para pejuang Islam didalam parti yang mengaku Islam kelihatan terasing dan dipulaukan didalam kelompoknya sendiri. Semuanya gara-gara kerakusan gilakan kerusi oleh segelintir golongan yang terkena penyakit wahan - hubbud dunya wakarohiyatul maut!!! Terlalu cintakan dunia dan takut mati (kedudukan, kerusi dan jawatan).
Tetiba teman dapat melihat kebesaran ALLAH swt, dan kebenaran sabda Rasulullah saw yang menyebut; "Islam bermula sebagai gharib, dan ia akan berakhir sebagai gharib. Apa itu gharib ya Rasulullah. Jawab Baginda saw, "terasing dan dagang!".
Memang itulah hakikatnya hari ini. Memperjuangkan Islam adalah satu dosa besar dimata kaum Anwarinas yang menguasai PAS sekarang. Bercakap tentang memartabat dan menobatkan Islam adalah satu kejelikan yang tidak terampun bagi kaum Anwarinas. Membela aqidah umat dan mempertikai dakyah gereja adalah satu jenayah yang wajib dihukum pecat oleh kaum Anwarinas. Islam menjadi gharib didalam PAS, pejuang Islam menjadi Al-Gharib didalam PAS sekarang ini!
Pejuang ikhlas saperti Dr. Hasan Ali, Ustad Nasrudin Tantawi, Datuk Harun Taib, Dato' Harun Din dan beberapa orang lagi adalah batu penghalang kepada nafsu mereka bertakhta bersama rakan harbi dan cauvinis biaDAP. Cengkaman kaum Anwarinas didalam PAS begitu padat hinggakan segelintir para Ustad dan agamawan didalam kepimpinan PAS hanya mampu mempertahankan serban tetapi perjuangan dipersetan, mereka menjadi syaitan-syaitan bisu!
Kepada Ustad Nasrudin Tantawi, Dr. Hasan, Datuk Harun Taib dan lain-lain pejuang, janganlah kecewa. Sebaliknya bangkitlah menebus kembali maruah perjuangan Islam didalam PAS. Hidupkan semangat Badar, munculkan jiwa 'Umar ibnul Khattab, lahirkan kekuatan Bilal bin Rabbah, keluarkan pedang Khalid Al Walid, tebuslah semula PAs daripada cengkaman para toghut, bebaskan PAS daripada lacuran para wahan, hapuskan kaum Anwarinas didalam PAS.
Semoga perjuangan mike semua dirahmati dan diberkati ALLAH!!!
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
12 Ramadhan 1432
12 Ogos 2011
SEMOGA PERJUANGAN KITA UMAT ISLAM TIDAK KIRA APA JUA KETURUNAN KITA SAMA ADA MELAYU, CINA , INDIA , IBAN , KADAZAN LAIN-LAIN LAGI. KITA LUPAKAN DAHULU PEGANGAN PILITIK KITA. AYOH KITA BERERAT TANGAN UNTUK MEMBANTU UMAT ISLAM LAIN DARIPADA DIMURTADKAN OLEH PIHAK GEREJA.
(Sijil Baptism Azlina Jailani oleh Church of Our Lady Fatima, Brickfield bukti jelas pembabitan gereja memurtadkan umat Islam di Malaysia)
Salam 2 all.
Teman melihat ada golongan yang cuba menafikan penglibatan pihak gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam khususnya bangsa Melayu didalam negara ini. Sehingga ada dikalangan pimpinan PAS sendiri mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah keristian dikalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03.08.20011 lepas. Dikala umat Islam sedang menjalani 'ibadah puasa, kita dihina sekali lagi dengan isu murtad!
Peristiwa yang sama berlaku pada tahun 1997, lebih tepat Ramadhan 1997. Dihari pertama umat Islam sedang berpuasa, segelintir kristian la'natullah telah menculik dan melarikan Aishah Bukhori sedang ayahanda Aishah, Tuan Haji Bukhori mengimamkan solat tarawih di Masjid Taman Rimba Terjun, Pontian. Dalam sekelip mata mereka berjaya membawa Aishah menyeberangi Selat Johor memasuki Singapura tanpa paspot, dan kemudian terus diterbangkan ke Australia sehelai sepinggang. Ini menimbulkan syak dikalangan umat Islam bahawa terdapat konspirasi terancang untuk menculik dan membawa Aishah Bukhori, macam mana seorang rakyat Malaysia beragama Islam boleh dibawa lari tanpa sebarang paspot?
Cuma bezanya pada masa itu, PAS menjadi juara kompang kampung mencanang kes murtadnya Aishah Bukhori. Teman yang menjadi peguam kes tersebut diarak kehulu kehilir berceramah diatas pentas PAS menceritakan kisah murtad Aishah Bukhori. Puluhan ribu poster ditampal oleh para mujahidin dan bakal syuhada PAS, atas pokok, tiang letrik, bus-stop dan macam-macam tempat. Ada penceramah PAS yang mengambil kesempatan menumpang semangkuk pentas bersama teman. Kalau tengok ceramah dema yop lagi ganas dan brutal dari teman. Siap rimbok meja, air liur bersepai-sepai terhambur dengan maki-hamun terhadap kristian, kafir, UMNO dan Kerajaan. Dan tak lupa derma jihad juga dikutip konon untuk perjuangan jihad menentang murtad. Mana pergi duit derma jihad tu jangan tanya teman yop; walaupun teman tengok ada antara mereka yang boleh bertukar kereta beli rumah hasil jual kaset ceramah teman!
Tapi hari ini, kaum yang rimbok meja bersembur airliur berjihad menentang murtad tu yop dah tukar qiblat. Hari ni dema rimbok meja marah kalau ada orang ganggu gereja yang nak murtadkan umat Islam. Pejuang tulin saperti Dr. Hasan Ali yang ikhlas mahu mencegah gejala murtad mereka tuduh sebagai agen UMNO yang dibayar oleh oleh PM untuk merosakkan ukhwah dan perpaduan PAS dengan biaDAP dan para kafir harbi la'natullah. Sampai tugas Dr. Hasan Ali sebagai Exco Agama dema nak hijack yop, dema nak JAIS jumpa dema terus tanpa melalui Dr. Hasan Ali, Exco yang jaga JAIS! Malah kaum Anwarinas ni siap nak pecat Dr. Hasan Ali lagi yop. Dulu dema maki-hamun UMNO kerana kononnya membiarkan gejala murtad, hari ini dema maki-hamun UMNO konon membayar Dr. Hasan Ali untuk mencegah murtad! Tak ke gila punya kerja namanya ni yop. Yang konsisten dalam perangai itu ialah maki-hamun! Yang penting kot mana pun UMNO dan PM mesti dimaki-hamun. Rasanya kaum Anwarinas ni kalau tak maki-hamun UMNO dan PM sehari dema boleh kena demam kura yop!
Berbalik kepada cerita gereja terlibat dalam gejala murtad, banyak bukti yang teman ada yop. Pertama kes Aishah Bukhori sendiri. Aishah semasa mengisytiharkan diri dia murtad kepada ayah dia Hj Bukhori melalui telefon pada 19.10.1997 sedang berada disebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan. Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya. Keluarga Aishah terpaksa balik hampa kerana tidak mampu berbuat apa-apa.
Kita jangan lupa peranan aktif yang dimainkan oleh Bar Council dalam isu murtad Aishah Bukhori. Malahan sebenarnya murtadnya Aishah Bukhori membabitkan penglibatan secara langsung seorang peguam kafir ahli Malaysian Bar iaitu Leornard Teoh Hooi Leong. Beliaulah orang yang membuat permohonan ke Mahkamah untuk perintah habeas corpus untuk membebaskan Aishah daripada jagaan keluarga beliau.
Dalam permohonan bertarikh 28.11.1997 itu, secara jelas Leornard Teoh menyebut pada perenggan 6, bahawa dia dilantik "untuk memberi nasihat kepada Aishah berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan elah menyediakan surat Akuan Sumpah untuk Aishah menolak dan meninggalkan agama Islam."
Pada perenggan 23 Leonard Teoh berkata bahawa "Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Dan Leornard mendakwa tindakan ibubapa, abang dan bapa saudara Aishah telah melanggar hak kebebasan Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".
Dan inilah Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan pernah menjadi Presidennya yang kemudiannya ditabal oleh PAS menjadi kalipah dalam himpunan haram 09.07.2011!!!
Begitu juga kita jangan lupa rekod pertama penglibatan gereja didalam kes murtad orang Melayu beragama Islam pada tahun 1987. Disebuah gereja di Petaling Jaya, seorang anak Melayu beragama Islam ditabalkan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sebagai paderi Melayu dibumi orang Islam ini. Jamaluddin Osman, mengikut rekod adalah anak Melayu pertama diisytihar sebagai paderi secara terbuka disebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau juga terlibat secara langsung dan aktif untuk memurtadkan anak-anak Melayu ke agama kristian.
Jamaluddin Osman, atau nama kristiannya Padre Joshua Jamaluddin, telah ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Negeri kerana kegiatannya cuba mengkristiankan anak-anak orang Islam dianggap mengancam keselamatan dalam negara. Namun sekali lagi Majlis Peguam dan beberapa NGO memainkan peranan aktif mencabar penahanan Jamaluddin Osman dibawah ISA. Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain daripada membebaskan Jamaluddin Osman kerana peruntukkan ISA tidak membenarkan seseorang ditahan kerana memurtadkan orang Islam.
Inilah dia Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan menjadi Presidennya, yang kemudian diangkat oleh PAS menajdi kalipah mereka dalam himpunan haram 09.07.2011!!!
Kegiatan gereja yang terlibat secara langsung dalam kegiatan memurtadkan umat Islam di Malaysia paling jelas berlaku dalam kes murtadnya Azlina Jailani. Teman kemukakan bukti dokumen diatas, iaitu sijil membaptiskan (atau mengkristiankan) Azlina Jailani. Ini adalah dokumen Mahkamah, bukan rekaan. Pada masa itu, PAS terima dokumen ini sebagai bukti, dan antara yang terlibat secara langsung dengan teman membantah murtadnya Azlina Jailani. Tak tahulah sekarang, takut nanti Ustad Hadi mintak teman kemukakan 4 orang saksi. Ialah, semenjak berukhwah dengan biaDAP ni, serban pun boleh longgar yop!
Teman perturunkan apa yang disebut didalam sijil tersebut:
Certificate of Baptism:
This is to certify that AZLINA BT JAILANI (LINA) child of JAILANI BIN SHARIFF and his wife KALTHUM BIN OMAR born at Selangor date of Birth 08 January 1964 was baptized in CHURCH OF OUR LADY FATIMA-BRICKFIELDS KL on the 11 May in the year of our Lord 1998.
In the Name of the Father
and the Son
and of the Holy Spirit
Duty of Parents & GodparentsYou are responsible that this child be educated in the Faith, furthermore, it is your duty to bring up this child to live the Faith by observing God's Commandment as Christ taught us, namely loving God and your neighbor.Godparents are to help parents in their duty as Christian mothers and fathers.
Godfather: S.S. Santiago
Godmother: Rosy Doraisamy
Minister of Baptism: Joseph A. Pereira
Stamp of Church: Church of Our Lady Fatima,
Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, 50470 KL
Jelas daripada sijil diatas pembabitan secara langsung sebuah gereja, iaitu Church of our Lady Fatima di Brickfields dalam kes murtad seorang Melayu Muslim bernama Azlina Jailani. Dan kes Azlina Jailani, atau nama kristiannya Lina Joy (KP No: 640108-10-5038) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi (MTKL No: R2-24-30-2000), kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan (RS No: W-01-29-2001) dan akhirnya dibicarakan sehingga ke Mahkamah Persekutuan (RS No. 01-02-2006W). Akhirnya Mahkamah Persekutuan dengan beraninya membuat keputusan bahawa seseorang Islam itu tidak boleh murtad melainkan dengan, dan hanya jika diizinkan oleh, sebuah Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa. Maka mengamuk sakanlah kaum kaafirun dan yang sewaktu dengannya.
Kegagalan mereka dalam kes Azlina Jailani, diikuti pula dengan kes perebutan jenazah Mohamed Moorthy Abdullah, dan kes perebutan anak S. Shamala menyebabkan mereka bergabung bersatu tenaga beberapa NGO termasuk Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh, Suaram, Hakam, Sisters in Islam, AWAM, WAO, WCC, WDC dan beberapa lagi NGO mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dengan 17 tuntutan yang kesannya akan menjadikan murtad itu halal dan sah, serta Islam sebaris dengan agama lain dalam negara ini.
Strategi kafirun ahzab ini ditentang oleh umat Islam yang bersatu dibawah berpuluh NGO diketuai oleh PPI, Peguam Pembela Islam dan Pertubuhan Pembela Islam. Himpunan Sejuta Umat diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam. Kempen tandatangan Sejuta Umat dilancarkan dan alhamdulillah lebih sejuta tandatangan berjaya dikutip dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.
Kesatuan umat Islam itu menjadi kegerunan kepada kaum kaafirun ahzab ini, maka mereka juga mengatur strategi untuk memecah-belahkan umat Islam. Sejak tahun 2006, mereka melakukan tusukan jarum halus melaga-lagakan umat Islam. Akhirnya mereka berjaya mempergunakan himpunan haram Hindraf untuk mencetuskan gelombang pemecahan itu, bilamana Anwar Ibrahim mengambil sikap menyokong pertubuhan haram tersebut. Ini membawa kepada beberapa insiden selepas itu dan Anwar berjaya mempengaruhi beberapa orang pimpinan PAS untuk bersama beliau yang akhirnya membawa kepada munculnya kaum Anwarinas didalam PAS yang qiblat mereka adalah kepada Anwar Ibrahim, bukan kepimpinan Haji Hadi.
Dan pilihanraya 2008 menyaksikan buat pertama kalinya umat Islam berpecah. Perpecahan ini memberi ruang kepada kaum kafir melaui parti cauvinis dan rasis biaDAP untuk menjalankan peranan yang akhirnya umat Islam kehilangan cengkaman kuasa politik Melayu-Muslim. Kelesuan, kedayusan dan kebaculan umat makin menjadi-jadi. Ini terbukti bila berlaku beberapa insiden dan isu, yang kemuncaknya ialah tuntutan penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dalam bentuk triniti mendapat sokongan Anwar Ibrahim dan kaum Anwarinas, yang berhempas pulas menyokongnya. Dan kaum kafir khususnya parti cauvinis biaDAP tahu bahawa perpecahan umat Islam sudah parah, kerana ada dikalangan mereka bersedia menjual agama mereka, termasuk kalimah ALLAH demi untuk memenuhi impian rakus politikus kalkatus ke Putrajaya!
Mutakhir bila isu bible versi Bahasa Indonesia muncul, tanpa perlu puak kafir kristian bersusah payah, kaum Awarinas yang beriya-iya menyokong dan mendesak supaya kebenaran dan kebebasan diberi kepada kristian untuk mengimpot masuk bible dan risalah dan penerbitan dalam bahasa indonesia. Sehingga akhirnya kerajaan yang dipimpin oleh umat Islam terpaksa tunduk dan memberi kebenaran tersebut, kerana pihak kafir kristian dan sekutu mereka menyatakan kalau PAS dan PKR benarkan, kenapa UMNO nak halang pulak! Sehingga berita palsu dibawa ke peringkat Pope di Vatican bahawa kaum kristian dizalimi dan dianiaya serta di"persecute" oleh Kerajaan Islam Malaysia! Maka kaum kafir tahu bahawa cengkaman mereka keatas segelintir umat Islam sudah sempurna; hanya tinggal masa untu dilaksanakan agenda syaitan mereka menumbangkan kerajaan pemerintahan umat Islam dalam negara ini.
Kelesuan, kebaculan, dan kebisuan segelintir umat Islam terbukti bila isu murtad Nor Azman Beginda terbongkar baru-baru ini. Nor Azman Beginda, adalah saksi untuk Anwar Ibrahim dalam kes liwat Anwar . Beliau juga adalah calon PKR dalam PRN Negeri Sarawak. Kisah murtadnya Nor Azman terbongkar apabila timbul isu anaknya membawa sosej babi ke sekolah. Kalau murtadnya Aishah pada tahun 1997 menjadi isu besar sehingga ramai yang bertakbeer mahu berjihad, namun terbongkarnya isu murtad Azman dipandang sepi, malah ramai yang dahulunya mujahidin tiba-tiba menjadi syaitan PBB - pekak, bisu & buta.
Tiba-tiba, perancangan ALLAH pun bermula. Tanpa disangka-sangka, sedang umat Islam menjalani 'ibadah puasa tahun ini, tercetus isu Gereja Methodist Damansara Utama menjalankan kegiatan dakyah terhadap umat Islam pada hari ketiga Ramadhan. Kegiatan yang diselimuti dengan program bantuan kemanusiaan dan makan-makan, secara halus mereka memasukkan dakyah mereka. Tindakan JAIS melakukan siasatan terhadap kegiatan itu dihebohkan sebagai satu "serbuan keatas satu majlis muhibbah dan kemasyarakatan didalam sebuah gereja".
Dengan menggunakan perkataan-perkataan yang bombastik dan menggemparkan, isu itu diputar sebagai satu tindakan mencampuri urusan gereja dan melanggar hak asasi manusia dan kebebasan beragama. Tekanan dikenakan terhadap Menteri Besar yang dengan bangangnya telah mengambil sikap apologetik dan menuntut maaf kepada kaum kafir ini walaupun belum mendapat lapuran penuh insiden tersebut. Dikalangan kaum Anwarinas muncul jaguh-jaguh kampung merimbuk meja memaki tindakan JAIS.
Alhamdulillah, ALLAH membuka hati YB Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Hasan Ali untuk bangkit mempertahankan tindakan JAIS dan membela maruah Islam. Tindakan berani Datuk Hasan Ali telah menukar habis spektrum isu ini. Pendedahan berani Datuk Hasan Ali bahawa memang terdapat bukti kegiatan mendakyahkan umat Islam oleh gereja Methodist tersebut mengejutkan umat Islam. Walaupun dimaki-hamun oleh kaum Anwarinas, walaupun Presiden yang besar serbannya tidak menyokongnya, walaupun diserang bertubi-tubi oleh kaum kafir, Datuk Hasan Ali langsung tidak gentar, malah mengeluarkan kenyataan tegas dan jelas: saya rela dipecat demi mempertahankan aqidah umat Islam!!!
Kenyataan itu disambut oleh umat Islam. Sokongan kepada Datuk Hasan Ali dan JAIS bertambah hari demi hari. Akaun facebook yang dibuka untuk membela Datuk Hasan Ali mencapai jumlah mengejutkan, sudah hampir 20,000 orang menyatakan sokongan terhadap Datuk Hasan Ali hanya dalam beberapa hari. Sokongan yang melangkaui batasan politik kepartian. Dan berita mengejutkan apabila Ketua Dewan Ulama' PAS, Ketua Pemuda PAS dan beberapa tokoh ulama' menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Hasan Ali. Insyallah Ramadhan ini akan membawa semangat Badar kepada umat Islam yang semakin lesu dan layu akibat mainan politiking melampau segelintir politikus kalkatus yang rakus ke Putrajaya.
Hari ini terbukti memang benar terdapat kegiatan cuba mendakyahkan umat Islam dalam acara di Gereja Methodist itu. Bukan itu sahaja, terkini terbongkar kisah rupanya gereja Methodist itu adalah gereja haram. Ianya tiada kelulusan daripada pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya, yang hanya meluluskan pembinaan sebuah pusat komuniti bukannya gereja. Kita mendesak supaya MBPJ dan Kerajaan Selangor mengambil tindakan segera menyita dan menutup gereja tersebut tanpa sebarang dolak dalik lagi!!! Teman semakin yakin janji ALLAH itu benar, dan ALLAH akan memenangkan umat Islam akhirnya!
Ingatlah, isu dakyah gereja Methodist ini bukan isu politik, bukan isu kepartian, bukan isu UMNO-PAS. Tetapi ini adalah isu umat Islam, dan umat Islam mesti bersatu. Ketepikan semua sentimen politik, buang semua assobiyah kepartian. Kita umat Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat. Marilah kita bersatu dibawah ukhwah Islam berdasarkan Al Quran & Sunnah!!!
Diatas rakusan melapah aqidah umat bangkit bersatu wadah semangat Badar mari diserlah sinar Ramadhan membawa barakah
Tiada Tuhan melainkan ALLAH Yang Satu, kami ikhlas beragama kepada ALLAH, walaupun kafir ahzab tidak menyukainya. ALLAH itu Benar, ALLAH akan mebantu kita menghancurkan kafir ahzab yang bersatu, dan meletakkan musuh-musuh Islam dibawah tapak kaki umat Islam. ALLAHUAKBAR WALILLAHHILHAMD!
MEMPERTAHANKAN AQIDAH ITU JIHAD!!!
MENCEGAH MURTAD ITU JUGA JIHAD!!!
Wallahua'alam & Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
11 Ramadhan 1432
11 Ogos 2011
(Ayoyo Zah, hang pun nak jadi saksi kah? Jam Omega dah jumpa?)
Salam 2 all.
Teman tersenyum melihat gelagat manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan akhir-akhir ini yang merapunya semakin menjadi-jadi. Mutakhir Mat CD memohon kepada Mahkamah untuk mengheret YAB Dato' Sri Najib dan YABhg Datin Sri Rosmah Mansor sebagai saksi beliau dalam kes pertuduhan beliau meliwat stafnya Saiful Bkhori Azlan.
Mungkin ramai yang akan terpinga-pinga kenapa Mat CD dan juaknya Karpal Singh nak memanggil PM sebagai saksi mereka kerana ramai yang tidak faham apa kaitan PM dengan liwatan Anwar terhadap Saiful. Bak kata seorang kawan, "dia yang sedap menyondol, PM nak kena pikul!".
Pertama kita perlu faham, bila seseorang Orang Kena Tuduh (OKT) saperti Anwar memanggil seseorang sebagai saksi beliau dalam pembelaan, itu bermakna ianya bertujuan untuk memberi keterangan menyokong pembelaan beliau. Adalah satu kebodohan dan kebangangan yang melampau jika seorang OKT memanggil seorang saksi yang bukan sahaja tidak akan menyokong pembelaan beliau, malah akan memberi keterangan menentang beliau. Melainkan dia mempunyai niat lain!
Apa pembelaan Anwar? Alibi - beliau mendakwa tidak ada ditempat kejadian. Pihak pendakwa mengemukakan bukti bahawa Anwar berada ditempat kejadian, malahan ujud kesan airmani dalam karung kunyit Saiful yang DNAnya disahkan milik Mat CD. Jadi Anwar berhadapan dengan satu masalah besar untuk menafikan dia tidak ada ditempat kejadian. Tambah pulak Mahkamah telahpun menyabitkan ujud kes prima facie Anwar meliwat stafnya Saiful. Bermakna jika Anwar tidak mendatangkan keterangan dan bukti dia memang tidak ada ditempat kejadian, hampir pasti Mahkamah akan menyabitkan kesalahan meliwat stafnya Saiful, dan disumbat kedalam Sg. Buloh!!!
Jadi apa relevannya Mat CD nak panggil PM sebagai saksi? Anwar tidak pernah kata pada masa kejadian dia sedang bermesyuarat, atau makan kuaci dengan PM. Atau pada masa kejadian Datin Sri Rosmah sedang masak nasi untuk dia dan Wan Azizah makan. Itu maksud pembelaan alibi. Maknanya dia tiada ditempat kejadian tetapi sebaliknya mendakwa sedang berada dengan PM dan Datin Sri Rosmah. Tapi itu bukan keterangan Anwar. Jadi PM dan Datin Sri Rosmah bukan saksi alibi Anwar. Oleh itu, apa tujuan dipanggil PM dan Datin Sri Rosmah? Tentu ada niat lain bukan!
Atau Anwar nak kata PM dan Datin Sri Rosmah yang sumbat airmani dia kedalam karung kunyit Saiful? Persoalan besarnya ialah, mana PM dan Datin Sri Rosmah dapat airmani Anwar? Dia poskan ke PM ke? Atau Wan Azizah bagi sampel kat Datin Sri Rosmah? Gila bukan? Jadi itu juga pun tidak menasabah? Jadi apa tujuan Anwar panggil PM dan Datin Sri Rosmah sebagai saksi pembelaan Anwar? Tentu ada niat lain bukan!
Teman kenal Anwar ni yop. Pada perbicaraan tahun 1998, kami merancang memanggil YAB Tun Mahathir, Tan Sri Megat Junid, dan ramai lagi Menteri, pimpinan kerajaan dan lain-lain sebagai saksi pembelaan Anwar. Apa tujuan nak panggil Tun M dan lain-lain tu? Untuk pembelaan alibi? Bukan, tapi ada sebab lain. Tunggulah nanti teman disapina ke Mahkamah, teman akan bongkarkan semua itu dalam keterangan. Ringkasnya bak saperti kata Anwar sendiri, "kita pulun mamak kutty ni dalam Mahkamah!".
Banyak lagilah yop perkara yang teman boleh sebut disini, yang rumusannya ialah tujuan memanggil YAB PM dan Datin Sri Rosmah bukan bertujuan untuk pembelaan alibi. Tetapi untuk tujuan lain. Tambah-tambah dengan si Karpal menjadi loyer. Karpal Pengerusi DAP yang UMNO menjadi musuh nombor wahid dia. Karpal yang pada 22.10.1997 boleh kata Anwar kaki liwat tetapi tetiba jadi loyer membela Anwar. Teman cukup yakin mereka mempunyai agenda "udang sebalik mee". Pada teman, Pendakwaraya patut mintak permohonan Anwar untuk panggil YAB PM dan Datin Sri Rosmah wajib dicampak ke Laut Mati, tempat kaum Lut kena benam!!
Yang peliknya, kenapa Anwar tidak berani panggil bini dia sendiri sebagai saksi? Panggillah Wan Azizah untuk bagi keterangan, mungkin Wan Azizah boleh datang dengan pakai jam Omega. Maklumlah dengar cerita ramai yang pernah mendapat hadiah jam mahal-mahal dari Mat CD ni. Teman cadangkan kepada Pendakwaraya supaya memanggil Wan Azizah beri keterangan jika Anwar tidak mahu memanggil "isteri tercinta" dia. Kita tengok macam mana Wan Azizah nak mengalibikan manusia yang dia tabal sebagai anugerah tuhan yop!!
Teman bertambah pelik kenapa saksi alibi saperti Haji Hasanuddin, Mohd. Sani dan lain-lain juga perlu diminta melalui Mahkamah. Mereka ini adalah kawan-kawan Anwar. Haji Hasanuddin adalah pemilik kondo tempat Saiful kena liwat. Sani pulak adalah pemandu Anwar sendiri. Persoalannya, mengapa Anwar perlu memohon Mahkamah supaya mereka ini, kawan-kawan dia sendiri, hadir dan datang beri keterangan untuk dia. Apakah mereka pun dah cabut dari Anwar? Memang pelik yop..pelik bin hairan bin ajaib bin majnun yang kawan-kawan dia sendiri kena dipanggil melalui Mahkamah!
Dan bertambah-tambah teman pelik kenapa teman sendiri dan rakan-rakan lain tidak dipanggil sebagai saksi? Contohnya:
1. Rahimi - beliau adalah pegawai khas di pejabat Anwar di Seksyen 16 Petaling Jaya semasa kejadian berlaku. Rahimi yang rekemen Saiful bekerja di pejabat Anwar. Rahimi telah membuat lapuran polis yang beliau disuruh membuat Surat Akuan Sumpah palsu untuk mengaitkan YAB PM dalam kes liwat tersebut. Mengapa Anwar tidak memanggil Rahimi sebagai saksi?
2. Rasid - juga seorang lagi pembantu Anwar. Rasid juga telah membuat lapuran polis beliau disuruh buat Surat Akuan Sumpah palsu berkaitan kes liwat terhadap Saiful ini. Kenapa Anwar tidak memanggil Rasid, rakan banduan penjara Sg. Buloh bersama dengan Anwar dahulu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Rasid sebagai saksi?
3. YB Senator Ezam Mohd. Nor - bekas Ketua Pemuda PKR, mantan panglima kanan Anwar. Saiful berjumpa dengan Ezam menceritakan bagaimana dia diliwat oleh Anwar. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Ezam sebagai saksi?
4. Wan Azizah - isteri Anwar dan Presiden pepatung PKR. Beliau boleh memberi keterangan apa jadi dengan Anwar pada hari kejadian, dan hari Saiful buat repot polis. Wan Azizah juga boleh ceritakan apa bukti beliau ada untuk buat kenyataan Anwar perlu menyorok di Kedutaan Turki kerana konon ada sniper assasin nak tembak Anwar. Mungkin Wan Azizah boleh perkuatkan keterangan sambil memakai jam Omega sekali! Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Wan Azizah sebagai saksi?
5. Anuar Saari - bekas pegawai khas Anwar. Beliau boleh berikan keterangan mengenai pengalaman "ngeri" yang beliau lalui bersama Anwar. Apa pengalaman "ngeri" itu teman tak boleh nak cerita yop, elok Anuar dedahkan bila dipanggil sebagai saksi dalam Mahkamah. Sure menggemparkan negara dan dunia kalau mendengar "pengalaman ngeri" Anuar Saari. Mengapa Anwar tidak mahu memanggil Anuar Saari sebagai saksi?
6. YB Wee Choo Keong - Ahli Parlimen Wangsa Maju, juga seorang loyer. Beliau boleh ceritakan bagaimana beliau dipanggil untuk menjadi saksi untuk surat akuan sumpah Rahimi, kebetulan pada masa itu YB Wee adalah Pesuruhjaya Sumpah. YB Wee boleh ceritakan mengenai surat Akuan Sumpah yang Rahimi dakwa palsu itu. Kebetulan YB Wee masih menyimpan salinan asal surat Akuan Sumpah itu yang disangka hilang oleh "sesetengah pihak". Tengok apa akan jadi kalau YB Wee datang ke Mahkamah beri keterangan dan mengemukakan surat Akuan Sumpah itu? Mengapa Anwar tidak mahu memanggil YB Wee sebagai saksi?
Teman juga mahu bertanya, mengapa Anwar tidak mahu panggil teman sebagai saksi? Teman bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke Mahkamah memberi keterangan. Dan bila dipanggil nanti, teman akan beritahu Mahkamah perkara berikut:
1. bagaimana keadaan Anwar apabila mendapat maklumat Saiful telah membuat lapuran polis yang dia diliwat Anwar. Apa rupa dia masa tu? Ramai yang tahu tu yop. Teman akan ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat lapuran polis itu. Teman tidak akan lupa tarikh 28.06.2008 itu, masih segar dalam ingatan teman;
2. Teman juga akan ceritakan apa berlaku dalam bilik hotel Quality Inn, Shah Alam malam 28.06.2008 itu selepas Saiful membuat lapuran polis itu. Bagaimana keadaan Anwar masa itu? Apa Wan Azizah buat malam tu?
3. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah apa yang dibincangkan malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu pada malam itu, siapa orang tertentu tu dan apa peranan YB Wee Choo Keong pada malam itu?
4. Teman juga akan menceritakan kepada Mahkamah bagaimana timbul kisah Anwar nak lari ke Turki, kemudiannya ditukar ke Kedutaan Turki, kemudiannya ditukar ke rumah Duta Besar Turki. Kenapa Anwar nak lari?
5. Teman juga nak beri keterangan bagaimana timbul cerita Anwar hendak ditembak mati oleh penempak "sniper" upahan. Siapa yang mencadangkan kisah itu? Dan apa sebab cerita itu didedahkan?
6. Teman juga nak ceritakan kepada Mahkamah bagaimana Anwar menceritakan kemungkinan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful, dan kemungkinan ada airmani lain bersama. Ya yop, Anwar awal-awal dah ceritakan yang kononnya polis akan bawa keterangan akan ada airmani dia didalam karung kunyit Saiful. Macam mana Anwar tahu? Kenapa Anwar ceritakan begitu? Apa tujuan dia ceritakan?
Eh yop, banyak yang teman boleh ceritakan yop. Dan semua itu relevan dengan kes liwat terhadap Saiful. Tunggulah bila Anwar & Karpal sapina teman, dan saksi-saksi lain yang teman sebut diatas. Tak sabar teman nak Mahkamah yop. Dah lama teman nunggu nak bagi keterangan ni, tapi dema tak panggil pun!!! Teman cabar Anwar & Karpal supaya panggil teman dan rakan-rakan lain diatas sebagai saksi dalam perbicaraan dia meliwat Saiful!!!
Jadi pokok pangkal kisahnya yop, kenapa kami saksi-saksi yang relevan ni langsung tidak dipanggil oleh Anwar, sedangkan kami yang tahu sedikit sebanyak, malah ada yang terlibat secara langsung. Kenapa YAB Dato' Sri Najib dan YABhg Datin Sri Rosmah yang langsung tak ada kena mengena dengan kes liwat ini hendak dipanggil sebagai saksi?
Teman berpendapat Pendakwaraya patut membantah pemanggilan YAB PM dan Datin Sri Rosmah sebagai saksi. Gunakan alasan yang teman bagi ni, kenapa kami yang relevan ni dia tak mau panggil sebagai saksi, tau-tau nak panggil YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah. Teman juga menasihatkan YAB PM dan YABhg Datin Sri Rosmah supaya jangan layan Mat CD yang tengah meroyan ni. Kalau sapina dikeluarkan, elok mohon dibatalkan sapina itu macam yang dibuat oleh Tun Mahathir pada tahun 1999. Teman cukup yakin Mat CD akan gunakan alasan ini untuk menangguhkan kes.
Oh ya, ramai yang tertanya-tanya kenapa Mat CD nak menangguhkan kes dia? Dia nak tunggu apa? Senang je jawapannya. Teman cukup yakin Anwar akan mencari jalan menangguhkan kes dia sehingga ke PRU 13. Sebab apa? Sebab dia berharap akan menang pilihanraya ke 13 dan jadi PM, dan lepas itu bolehlah semua kes dia ditutup; dan kalau boleh sumbat Saiful (dan juga Datuk Eskay) dan yang lain-lain dalam tahanan. Itulah yang dibuatnya terhadap Umi Hafilda & Azizan pada tahun 1997, sehingga menyalahgunakan pihak Cawangan Khas PDRM untuk menyumbat Umi & Azizan kedalam tahanan dan membuat surat Akuan Palsu untuk melepaskan Anwar. Itulah sebab YA Augustine Paul menyumbat Anwar ke penjara Sg. Buloh selama 6 tahun, kerana menyalahgunakan kuasa mengarahkan Cawangan Khas PDRM mendapatkan akuan Palsu daripada Umi & Azizan!
Oleh itu yop, teman nasihatkan supaya gunakanlah otak. Janganlah terima bulat-bulat apa yang Anwar kelentong. Jangan lupa dia pernah bohong dan tipu satu dunia pasal 16 Sept. Dia boleh buat macam-macam yop! Janganlah jadi macam kaum Anwarinas dan Koonyet:2, bila ditanya soalan kenapa tak tanya atau double-check, dia akan kata "ketuk kepala tanya lutut" (sebab otak dema letak kat lutut yop, itu pun kalau ada otak!). Tapi kita yang ada aqal ni senang saja, "tepok dada tanya iman masing-masing yop". Insyallah ALLAH akan berikan petunjuk dan hidayahnya, tambah-tambah bula puasa ni yop.
Adios amigos, grasias senor.
Wallahua'lam & wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
09 Ramadhan 1432
09 Ogos 2011
Apa sebenarnya yang berlaku ketika pemeriksaan JAIS dan polis ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?
Kisahnya mudah, JAIS dalam maklumat dalaman yang mengatakan ada aktiviti menyebarkan agama lain kepada penganut Islam, jadi sebagai penguatkuasa mereka menyiasat dan semuanya dibuat berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
Iaitu menggunakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) 1988.
Jadi apa yang berlaku?
Majlis tersebut dinamakan Thanksgiving Dinner atau kenduri kesyukuran dalam bahasa mudahnya.
Ada lebih kurang 100 orang dalam dewan ketika pemeriksaan dilakukan oleh 13 peguatkuasa JAIS dibantu 20 anggota polis.
Menurut Dr Dzulkhaini Husain, penguatkuasa JAIS dan polis menunggu di ruang legar lebih kurang 20 ke 25 minit sebelum dibenarkan melakukan pemeriksaan.
“Tidak benar ada serbu, sebab tidak ada pintu yang dipecahkan, atau sebarang bentuk keganasan, sebaliknya hanya pemeriksaan, dan hadirin diperiksa Kad Pengenalan masing-masing, dan orang Islam diambil butiran lanjut,”katanya.
Dari jumlah hadirin itu, terhadap tiga lelaki, sembilan perempuan dan lapan kanak-kanak yang beragama Islam.
Selain dari kehadiran penganut Islam, apa yang mencurigakan adalah tentatif program serta soalan berbentuk kuiz yang bertanya mengenai pengetahuan mengenai agama Islam.
Krew Agendadaily melihat sendiri tentatif dan kertas soalan yang dikatakan sebahagian bukti didakwa mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Tentatif tersebut menunjukkan program yang bermula dari jam 6.30 petang dan sepatutnya berakhir pada 9.55 malam.
Dari ucapan pembukaan, hidangan makan malam dan persembahan musik pada jam 7.15 malam yang menurut Dr Dzulkhaini “Pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa?”
Turut mencurigakan adalah, nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakhbar' dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu Sejahtera Malaysia.
“Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak?”
“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?” soal Dr Dr Dzulkhaini.
Dalam kertas kuiz yang diperolehi Agendadaily, soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al-Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.
Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam.
Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.
Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?
Sambil mempertahankan tindakan JAISs yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu turut diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.
"Apabila JAIS masuk ke dalam. Soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke tong sampah. Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Dengan itu apabila masuk tong, JAIS sita untuk dijadikan maklumat di mahkamah,” kata beliau.
Sementara itu Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah pula mendakwa terdapat pelekat yang tertera motto gereja "mengkristian seluruh umat di dunia".
"Gereja Methodist itu menggunakan formula tersebut dengan cari mereka yang perlu bantuan, tarik hati mereka, rapatkan diri dengan kumpulan sasaran dan mengkristiankan mereka secara halus," katanya beliau.
Beliau turut melahirkan kekesalannya terhadap laporan dua portal berita yang katanya memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.
“Mengatakan bahawa JAIS telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.
“Sebagaimana gambaran yang disampaikan termasuk kepada Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.
“Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza,” katanya.
KALAU dilihat pada bukti-bukti yang dikemukakan, memang terang lagi bersuluh ada yang tidak kena dengan program di sebuah gereja di Seksyen 13 Petaling Jaya malam Rabu minggu lepas.
Sampai ada yang berani buat rumusan, kalau tidak dibendung dengan segera, tidak mustahil tragedi Natrah yang berlaku puluhan tahun dulu berulang kembali.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (PIMPINAN), Fakurruddin Eshak jika insiden ini berterusan ia akan menaikkan semangat orang Melayu dahulu seperti yang berlaku pada Natrah.“Kita tidak mahu perkara tersebut berulang,” katanya ditemui di Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin. Kata-katanya disokong oleh Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain yang juga jurucakap kumpulan 45 NGO Islam yang menyokong tindakan JAIS mempertahankan kedaulatan Islam di Selangor. “Saya takut umpamanya jika tiada tindakan tegas banyak ‘Natrah’ yang akan berlaku…” yang menegaskan jika ada perkara yang mengugat Islam, “Kami akan kehadapan lagi,” Tragedi Natrah merujuk peristiwa rusuhan yang mengorbankan 18 orang dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British pada 12 Disember 1950 selepas mahkamah memutuskan seorang gadis Islam diserahkan semula kepada keluarga kandungnya dan diberi hak menentukan agama anaknya. Baik apa sebenarnya yang berlaku ketika pemeriksaan JAIS dan polis ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?
Kisanya mudah, JAIS dalam maklumat dalaman yang mengatakan ada aktiviti menyebarkan agama lain kepada penganut Islam, jadi sebagai penguatkuasa mereka menyiasat dan semuanya dibuat berdasarkan undang-undang yang sedia ada. Iaitu menggunakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) 1988. Jadi apa yang berlaku? Majlis tersebut dinamakan Thanksgiving Dinner atau kenduri kesyukuran dalam bahasa mudahnya. Ada lebih kurang 100 orang dalam dewan ketika pemeriksaan dilakukan oleh 13 peguatkuasa JAIS dibantu 20 anggota polis. Menurut Dr Dzulkhaini Husain, penguatkuasa JAIS dan polis menunggu di ruang legar lebih kurang 20 ke 25 minit sebelum dibenarkan melakukan pemeriksaan. “Tidak benar ada serbu, sebab tidak ada pintu yang dipecahkan, atau sebarang bentuk keganasan, sebaliknya hanya pemeriksaan, dan hadirin diperiksa Kad Pengenalan masing-masing, dan orang Islam diambil butiran lanjut,”katanya. Dari jumlah hadirin itu, terhadap tiga lelaki, sembilan perempuan dan lapan kanak-kanak yang beragama Islam. Selain dari kehadiran penganut Islam, apa yang mencurigakan adalah tentatif program serta soalan berbentuk kuiz yang bertanya mengenai pengetahuan mengenai agama Islam. Agendadaily melihat sendiri tentatif dan kertas soalan yang dikatakan sebahagian bukti didakwa mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Tentatif tersebut menunjukkan program yang bermula dari jam 6.30 petang dan sepatutnya berakhir pada 9.55 malam. Dari ucapan pembukaan, hidangan makan malam dan persembahan musik pada jam 7.15 malam yang menurut Dr Dzulkhaini “Pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa?” Turut mencurigakan adalah, nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakhbar' dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu Sejahtera Malaysia. “Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak?” “Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?” soal Dr Dr Dzulkhaini. Dalam kertas kuiz yang diperolehi Agendadaily, soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al-Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain. Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam. Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan. Antara soalan itu adalah 'Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad, Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan? Sambil mempertahankan tindakan JAISs yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu turut diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan. "Apabila JAIS masuk ke dalam. Soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke tong sampah. Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Dengan itu apabila masuk tong, JAIS sita untuk dijadikan maklumat di mahkamah,” kata beliau. Sementara itu Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah pula mendakwa terdapat pelekat yang tertera motto gereja "mengkristian seluruh umat di dunia". "Gereja Methodist itu menggunakan formula tersebut dengan cari mereka yang perlu bantuan, tarik hati mereka, rapatkan diri dengan kumpulan sasaran dan mengkristiankan mereka secara halus," katanya beliau. Beliau turut melahirkan kekesalannya terhadap laporan dua portal berita yang katanya memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana. “Mengatakan bahawa JAIS telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana. “Sebagaimana gambaran yang disampaikan termasuk kepada Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus. “Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza,” katanya.-8/8/2011
INI sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin. Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;
Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.
Apakah niat kita?
Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.
Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.
Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.
Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa.
Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik.
Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.
Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?
Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik.
Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.
Apa yang berlaku?
Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran.
Itu hak masing-masing.
Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang.
Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum.
Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.
Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam.
Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.
Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.
Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada.
Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam.
12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.
Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian.
Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?
Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)
Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.
Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?
Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?
Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.
Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad,
Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?
Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.
Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah?
Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.
Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.
Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.
Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan.
Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini.
Masjid dan surau pantaulah benda ini.
Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.
Soalan media: Bila jumpa JAIS?
Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…
Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?
Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.
Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.
Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah
Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.
JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.
Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.
Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS
Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.
Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.
Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.
Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.
Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.
Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.
Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.
Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.
Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.
Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.
Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.
Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.
Motto ini ada dalam gereja.
Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak
Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.
Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.
Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.
Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.
(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.
Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.
Penutup Dr Dzulkhaini Husain;
Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku?
Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi.-8/8/2011- OLEH HELME HANAFI
BERITA AWAL : 45 NGO Islam pertahankan JAIS...dakwa ada bukti tindakan berasas
KEMASKINI Gabungan 45 NGO Islam Selangor, Isnin mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas gereja Methodist Damansara Utama 3 Ogos lalu.
Menurut jurucakap gabungan NGO tersebut, Dr Dzulkhairi Husain, pihaknya mempunyai cukup bukti berlaku kegiatan meragukan di gereja berkenaan pada waktu itu dan pemeriksaan JAIS mempunyai asas.
"Kami telah memeriksa perkara ini dengan JAIS, selama beberapa hari dan membuat kesimpulan bahawa tindakan JAIS semata-mata untuk mempertahankan syiar Islam di negeri ini," kata beliau dalam satu sidang media di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam.
Mereka juga melahirkan kecewa dengan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang 'apologetik' dan tidak mempertahankan JAIS dalam isu ini.
"Kami minta kerajaan negeri Selangor tidak bertindak luar dari bidang kuasanya.
"MB seharusnya tidak berkompromi dengan status dan hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan MB tidak perlu berasa apologetik dan memohon maaf kepada penganut agama lain berkaitan isu ini, lebih-lebih lagi sebelum hasil kajian disempurnakan," katanya.
"MB seharusnya tidak membelakangkan peranan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kesucian agama Islam semata-mata kerana kepentingan politik," katanya.
Justeru, Dzulkhaini berkata Abdul Khalid tidak wajar menanamkan bibit-bibit kesangsian antara kaum dan tidak memberi ruang sewenang-wenangnya kepada pihak-pihak untuk memberikan kenyataan yang mengelirukan.
Sementara itu Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah pula mendakwa terdapat pelekat yang tertera motto gereja "mengkristian seluruh umat di dunia".
"Gereja Methodist itu menggunakan formula tersebut dengan cari mereka yang perlu bantuan, tarik hati mereka, rapatkan diri dengan kumpulan sasaran dan mengkristiankan mereka secara halus," dakwa beliau.
Bagi Setiausaha Agung Persatuan Imam, Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (PIMPINAN), Fakurruddin Eshak pula mendesak agar premis (gereja) yang terlibat diambil tindakan agar perkara sedemikian tidak berlaku lagi.
"Jika insiden ini berterusan ia akan menaikkan semangat orang Melayu dahulu seperti yang berlaku pada Natrah. Jika ada undang-undang ia perlu diselesaikan dengan lebih baik," katanya.
Mereka sebelum itu menyerahkan memorandum lima muka surat kepada Sultan Selangor yang diterima oleh Setiausaha Sulitnya di Istana Bukit Kayangan.
Melalui memorandum tersebut mereka menuntut campurtangan Baginda Sultan dalam hal ini serta mendesak agar penganut agama lain mengelak usaha dakyah mereka terhadap penganut agama Islam dalam usaha memurtadkan orang Islam.
Antara NGO yang terlibat termasuklah Badan Kebajikan Wanita Selangor (BAKAWANIES), Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (PERSIDAM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Unit Muballighat JAIS dan lain-lain.
Kontroversi ini masih belum selesai sehingga Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali turut dipanggil memberi penjelasan lanjut berhubung tindakan JAIS kepada pimpinan tertinggi PAS semalam.
Hasan juga dilaporkan semalam berkata bahawa beliau rela dipecat ekoran pendiriannya yang mempertahankan tindakan JAIS tersebut.
Manakala Menteri Besar Selangor pula semalam mahu pihak media berhenti melaporkan pemeriksaan JAIS ke atas gereja terbabit. - 8\8\2011- OLEH HELME HANAFI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
From: othman mohamed
Date: Sun, 7 Aug 2011 15:06:16 +0800
To: ; ; ; ;
Cc:
Subject: BONEKA LAKNATTULLAH
Semasa Jadi MB Perak , Nizar Boneka DAP Tapi Tersingkir Dan Tersungkur Serta Terkenal Dengan Sembah Derhaka
Bercakap tentang Boneka Laknattullah ini, Ianya mula dikesan dinegeri Perak apabila Pakatan Haram ( PR ) dapat Memerintah selama 11 bulan Negeri Perak selepas PRU 12 yang mana MB yang dilantik ketika itu dari Parti Ajaran Sesat ( PAS ) maka hari demi hari istilah Boneka itu mula terlihat dengan jelas apabila tanah kampung baru ( Dipunyai Orang-Orang Cina ) diberi pajakan 999 tahun tetapi tanah kampung tersusun dan perkampungan yang didiami orang-orang melayu tidak diambil perhatian dan banyak lagi perkara-perkara yang bersangkutan dengan hak-hak orang melayu diabaikan oleh boneka ini hinggakan Boneka ini sanggup menderhaka kepada DYMM PADUKA SULAN PERAK dan rakyat mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketika itu dan memohon kepada Allah agar Allah menyelamatkan umat Islam dan Bangsa Melayu dinegeri Perak yang bertuah LAGI BERDAULAT ini, dengan izin dan kehendak yang Maha Berkuasa maka bertukarlah Pemerintahan Boneka ini kepada Pemerentah yang diterima Allah demi meyelamatkan Agama Islam Banggsa Melayu dan Negeri Perak khasnya juga Negara Malaysia amnya, maka lahirlah seoarang boneka DAP Laknattullah dari Parti Ajaran Sesat ( PAS ) itu cerita yang berlaku dinegeri perak.
Azizan Juga MB Kedah Merupakan Boneka Tetap DAP
Apa pula berlaku dinegeri Kedah Darul Aman tapi sekarang dah mula tak Aman, karana MB dari Parti Ajaran Sesat ini takut kehilangan sokongan Ahli Parti DAP Laknattullah sekali lagi pemimpin dinegeri Kedah terpaksa akur dengan kehendak DAP maka terpaksa menarik kembali arahan menutup pusat hiburan pada Bulan Puasa kerana nak jaga hati Ahli Parti DAP, mula nampak macam hebat arahan yang dibuat tetapi akhirnya terpaksa pula tunduk kepada tekanan maka lahirlah seorang lagi pemimpin Boneka dinegeri yang diperentah oleh Pakatan Haram ( PR ) rasanya kalau seluruh Malaysia ini diperIntah oleh Pakatan Haram nescaya semua kepimpinannya terpaksa menjadi Boneka kepada Parti DAP dan akan terus menerima arahan dari Parti DAP kerana sudah ada perjanjian saitan yang dibuat bersama parti PKR semasa mula-mula berbincang hendak mengadakan pakatan haram selepas PRU 12.
Khalid Boneka Kepada DAP Dan Gereja
Itu dua cerita terhebat berlaku didua negeri yang dikuasai pakatan haram ( PR ) ada satu lagi negeri yang lebeh teruk pemerentahannya kalau dulu EXCO yang bertanggong jawab tentang agama islam bertindak terhadap penjualan arak maka ditentang oieh pemimpin DAP LAKNATTULAH maka exco tersebut tidak boleh berbuat apa-apa hanya mengikut kehendak parti DAP, untuk pengetahuan exco tersebut dari parti ajaran sesat ( PAS ) dan kali ini pula satu perkara yang terhebat berlaku yaitu apabila pejabat agama menyerbu sebuah gereja yang mana dipercayai bertujuan memesongkan akidah umat islam manaboleh bersahur dirumah dan berbuka puasa digereja sedang untuk memasuki gereja itu tidak dibenarkan kecuali ada perkara perlu.Berbalik cerita tentang serbuan yang dibuat kali ini bukan lagi dihalang oleh pihak DAP Laknattulah tetapi tidak mendapat persetujuan dari seorang lagi boneka yang bernama abdul khalid Ibrahim laknattulah pula.
Nik Ajis dan Anaknya Juga Boneka DAP
Kepada EXCO yang berkenaan anda sebenarnya tidak akan mendapat sokongan dalam hal untuk menegakan hak Agama Islam kerana ada seorang lagi pecacai DAP Laknattulah yang sama Parti dengan anda juga tidak menyokong tindakan yang anda buat malah beliau membuat kenyataan bahawa apa yang anda lakukan bukan mewakili Parti Ajaran Sesat ( PAS) kononnya, Maka segala Agenda sulit Parti DAP LAKNATTULLAH TELAH BERJAYA dan jangan terkejut suatu hari nanti ada orang melayu yang beragama Islam akan berulang alek saban hari kegereja kerana mengambil barang-barang sumbangan yang disediakan pehak tertentu demi untuk menarik orang Melayu Islam untuk menyertai Agama yang mereka anuti, Abdul khalid ibrahim juga sekarang sudah menjadi seorang BONEKA kepada Parti DAP Laknattullah, Apa lagi Parti PAS dan PKR perjuangkan bersama DAP sudah jelas kelihatan sekarang bahwa DAP hanya memperalatkan PAKATAN RAKYAT demi kepentingan Politik kotor mereka dan kepada penyokong-penyokong pakatan haram ( PAS dan PKR ) kembali lah kejalan Perjuangan yang sebenar kerana diatas sokongan anda maka akan hancorlah nanti Agama Islam Bangsa Melayu dan Negara MALAYSIA yang disayangi. Jangan lupa peristiwa perjumpaan Paderi-Paderi diPulau Pinang baru-baru ini yang mana Agenda mereka untuk menukar Agama Rasmi Negara dari Agama Islam kepada Agama Kristian dan Perdana Menteri juga mesti yang Beragama Kristian.