Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, August 7, 2011

Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee kata JAIS tiada hak buat pemeriksaan terhadap Gereja, Ini Jawapannya



Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin membidas Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee, untuk kembali ke ‘sekolah’ dan belajar semula mengenai Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Ahli Parlimen Bebas itu, Artikel 11 (4) sangat jelas untuk memberikan kuasa kepada Jabatan Agama Islam Selangor untuk bertindak memeriksa kesahihan maklumat bahawa wujud usaha menarik umat Islam untuk memeluk agama lain.

“Elok LCW (Lim Chee Wee) pergi sekolah balik & belajar Prlmbagaan. Art 11 (4) Prlmbagaan very clear (sangat jelas),” katanya melalui sistem pesanan ringkas (sms) hari ini.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee di portal berita Malaysian Insider yang menyatakan bahawa berdasarkan fakta-fakta insiden pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tiada asas untuk bertindak terhadap Gereja Methodist Damansara Utama.

Dalam hujah Chee Wee, melalui beberapa enakmen perundangan Selangor, beliau menjelaskan bahawa JAIS mempunyai bidang kuasa yang luas untuk bertindak terhadap masyarakat bukan Islam di negeri itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan menurut fakta-fakta yang wujud pada insiden tersebut, tiada asas untuk JAIS ‘menyerbu’ gereja yang terletak di Petaling Jaya itu.

Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan mengenai kebebasan beragama di Malaysia dan menyebut bahawa ‘Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam’.

Selain itu, beliau sempat bersinis kepada Majlis Peguam dengan menyatakan bahawa mereka perlu lebih banyak belajar dan menghormati Perlembagaan Persekutuan serta asas-asas keharmonian beragama dalam negara.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...