Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, June 8, 2018

TERKINI MAJLIS IFTAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN DR MASZLEE MALIK SMK Putra...


 
Published on Jun 6, 2018

Majlis Iftar Kementerian Pendidikan Malaysia
SMK Putrajaya Presint 11(1)
6 Jun 2018
Bersama Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia

Sedutan Majlis Iftar KPM 2018 pada 6 Jun 2018~Bersama Menteri Pendidikan...


 
Published on Jun 6, 2018

Sedutan Majlis Iftar KPM 2018 pada 6 Jun 2018~Bersama Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik

Terbaik Mat Sabu Buka Puasa Atas Kapal Laut (KD MAHAWANGSA)


 
Published on Jun 7, 2018

Bila Mat Sabu masuk dapur KD Mahawangsa


 
Published on Jun 7, 2018
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dibawa menaiki Kapal KD Mahawangsa pada Khamis untuk Majlis Berbuka Puasa bersama warga TLDM.

Ini merupakan lawatan pertama beliau untuk melihat sendiri operasi TLDM dalam satu pelayaran bersama warga media di perairan Selat Melaka. Majlis ini turut dihadiri Panglima Tentera Laut, Tan Sri ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang mengiringi beliau menaiki helikopter Super Lynx mengujakan warga TLDM.

Beliau juga teruja apabila dibawa ke dapur KD Mahawangsa.

Sila layari http://www.astroawani.com

Manfaat rakyat lebih penting dari hukum pembangkang @ Bebanan Hutang untuk Rakyat.

Manfaat rakyat lebih penting dari hukum pembangkang: KATA MP | Saya gesa kerajaan dedahkan laporan impak ekonomi dan kajian kebolehlaksanaan projek.



Najib Razak  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

KATA MP | Satu laporan media
antarabangsa dua hari lalu menyebut, sejak memenangi PRU14, kerajaan
Pakatan Harapan telah mengarahkan kesemua poster dan papan tanda dengan
slogan ‘1Malaysia’ perlu diturunkan manakala perpustakaan kerajaan
diminta tidak meletakkan buku yang ada menyebut tentang saya.


Laporan ini turut menyebut bangunan Exchange 106 di Tun Razak
Exchange (TRX), yang lebih tinggi dari bangunan berkembar KLCC, terlepas
dari pembatalan berikutan pembinaannya semakin hampir siap.


Turut bernasib baik adalah projek infrastruktur awam yang
memanfaatkan berpuluh juta rakyat seperti sambungan LRT1 dan LRT2,
KLIA2, jambatan kedua Pulau Pinang, MRT1 & MRT2, puluhan UTC, RTC,
Lebuhraya Pan Borneo, Central Spine Road (CSR), projek yang sudah
disiapkan atau pada peringkat terakhir untuk siap. Jika tidak, kerajaan
Pakatan mungkin akan turut membatalkan projek-projek rakyat ini.


Saya tidak kisah jika kerajaan Pakatan Harapan berusaha untuk
memadamkan segala legasi ditinggalkan sepanjang sembilan tahun saya
sebagai perdana menteri. Namun, kerajaan perlu lebih telus dan lebih
bertimbang rasa apabila mereka mula membatalkan pelbagai projek atau
inisiatif yang dimulakan untuk manfaat rakyat dan negara, hanya kerana
mahu memadamkan legasi saya atau mempunyai persepsi, ia dimulakan oleh
saya, lantas ia perlu dihenti atau dipadamkan.


Dalam tempoh dua minggu, kerajaan Pakatan Harapan sudah membatalkan
projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura dan MRT3 di sebalik kajian
yang dilakukan mengambil masa bertahun-tahun yang menunjukkan manfaat
ekonomi melampaui kos pembinaannya. Projek MRT3 juga diperlukan bagi
memperlengkapkan jaringan bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam yang
lebih berintegrasi di Lembah Klang dan tanpanya, Lembah Klang akan terus
berdepan dengan peningkatan masalah kesesakan jalan raya.


Satu lagi projek yang mahu dibatalkan oleh perdana menteri dua hari
lalu ialah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sangat diperlukan
bagi pembangunan jajaran pantai timur Malaysia.


Biarpun Fasa 1 projek ini bagi Gombak hingga Kota Bahru sudah
melepasi status 20 peratus siap dan pembatalannya akan menyebabkan kos
RM22 bilion, kerajaan Pakatan Harapan tetap mahu membatalkannya atau
menangguhkan projek ini.


Saya juga difahamkan, pembayaran pembinaan bagi projek ECRL ini
adalah berdasarkan kepada pencapaian pembinaan dan bukan bersandarkan
kepada tempoh masa sebagaimana didakwa kerajaan Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, itu tidak menghentikan Pakatan Harapan untuk menggunakan
maklumat tidak betul itu sebagai alasan untuk membatalkan projek
bermanfaat kepada rakyat ini.


Tidakkah siapa sedar yang tiga negeri yang bakal menerima manfaat
paling banyak daripada ECRL ini iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang,
adalah negeri yang bukan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.


Adakah ini satu kesinambungan daripada amalan menghukum negeri
pembangkang sebagaimana dilakukan Mahathir ketika menjadi perdana
menteri selama 22 tahun apabila Kelantan dinafikan kemudahan asas rakyat
seperti lebuhraya, jalan raya, bekalan air dan pembangunan
infrastruktur pembetungan?


Ketika pentadbiran saya...


Ketika saya sebagai perdana menteri, saya telah memastikan kesemua
negeri, tidak kira negeri di bawah pembangkang sekalipun, menerima
pembangunan infrastruktur asas untuk manfaat rakyat.


Sebab itu, kerajaan persekutuan pada ketika pentadbiran saya telah
menyalurkan berpuluh bilion ringgit bagi membantu penstrukturan bekalan
air di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.


Berikutan Kelantan agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding
negeri lain, saya juga telah memastikan Kelantan menerima lebih banyak
dana pembangunan bagi manfaat rakyat dan projek menaiktaraf lebuhraya,
bekalan air dan infrastruktur pembetungan. Lebuh raya CSR yang tidak
dikenakan tol yang sebahagian besarnya sudah dibuka kepada pengguna
adalah salah satu contoh.


Kerajaan Pakatan Harapan sudah diberi mandat untuk mentadbir, maka
adalah menjadi hak mereka untuk memadamkan legasi saya atau menghukum
negeri pembangkang dengan membatalkan projek bermanfaat untuk rakyat
namun saya menggesa kerajaan hari ini, jika mahu membuat pembatalan
projek bermanfaat kepada rakyat ini, ia perlu dilakukan melalui cara
yang telus dan penelitian yang terperinci dengan mendapatkan pendapat
rakyat.


Sekali lagi, saya menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mendedahkan
laporan impak ekonomi dan kajian kebolehlaksanaan bagi kesemua projek
manfaat rakyat ini untuk diakses rakyat.


Kerajaan tidak seharusnya membatalkan projek atas motif yang salah
atau memberi alasan sebagaimana mereka lakukan pada kenyataan mengenai
hutang negara yang tidak tepat, tetapi mereka juga perlu mengambil kira
pembangunan positif ekonomi, peluang pekerjaan yang akan hilang serta
manfaat buat rakyat yang akan disumbang projek ini untuk negara.



DATUK SERI NAJIB RAZAK adalah anggota parlimen Pekan dan bekas perdana menteri.


Rencana ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Menteri: Guru tidak perlu lagi buat audit, siapkan dokumen


 
Published on Jun 7, 2018

Guru tidak perlu lagi membuat siri audit yang sebelum ini membebankan mereka dengan pelbagai dokumen dan kertas kerja, kata Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Beliau berkata, arahan pemberhentian siri audit Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) itu berkuat kuasa serta merta dan guru kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tugas mengajar.

SKPMg2 dikendalikan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), merangkumi lima standard iaitu kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal pelajar, pembelajaran dan pemudahcara serta kemenjadian murid.

Ia pada asalnya diwujudkan dengan matlamat memastikan kelangsungan transformasi pendidikan negara selaras dengan keperluan pendidikan bertaraf global.

Namun Maszlee berkata audit yang memerlukan guru mengisi data dalam sistem itu telah menimbulkan salah faham dan kegelisahan di kalangan mereka.

"Sehubungan itu saya membuat keputusan untuk hentikan siri audit oleh JNJK ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) memohon agar kementerian membantu menyelesaikan itu yang dilihat membebankan guru.

NUTP berkata pihaknya menerima banyak rungutan daripada guru yang menyifatkan bebanan tugas mereka bertambah kerana perlu menyiapkan dokumen SKPMg2.

Thursday, June 7, 2018

TABUNG HARAPAN MALAYSIA | APA KATA DATO DR.DANIAL ᴴᴰ.


 
Tabung Harapan Malaysia ( THM ) telah di wujudkan.dengan tujuan untuk mengutip sumbangan wang daripada rakyat
untuk membantu pihak kerajaan menjelaskan hutang negara.
Apa kata Dato Dr. Danial Zaianl Abidin ?

SESI GELAK KETAWA MENTERI PERTAHANAN


 

JAKIM AKAN DIBUBARKAN , APA KATA DATO' DR. DANIAL TENTANGNYA ᴴᴰ.






 

Mufti Wilayah: JAKIM dikaji semula untuk kemas kini, bukan dibubar

Shakira Buang  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Langkah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengkaji semula
peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bukanlah bagi tujuan
membubarkannya.


Sebaliknya, Mufti Wilayah, Datuk Dr Zulkifli Mohamad menegaskan
langkah itu lebih kepada mengemaskini badan agama itu untuk jangka masa
panjang.


Bagaimanapun, Zulkifli berkata perkara itu tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.


“Kita tak bincangkannya. Setakat ini kita tak beri apa-apa (cadangan) lagi (tentang JAKIM).


“Tetapi saya pegang apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad nyatakan sebelum
ini bahawa isunya bukan dibubarkan tetapi isunya melihat peranan dan
juga bagaimana untuk mengemaskini dan memperkasakannya.


"Insya-Allah, tidak ada masalah,” katanya ringkas kepada pemberita di Menara Ilham hari ini.


Zulkifli berkata demikian mengulas apakah pertemuannya hari ini bagi membincangkan tentang peranan JAKIM.


Polemik tentang masa depan JAKIM timbul apabila kerajaan dilaporkan
mahu mengumpulkan sejumlah ilmuan Islam serta cendekiawan lain untuk
membincangkan peranan badan agama tersebut.


Perdana menteri berkata tindakan itu bertujuan untuk melihat semula
peranan badan berkenaan sama ada perlu dikekalkan seperti sekarang, atau
dikembalikan kepada tujuan asal ketika ia ditubuhkan dulu.


Malah, Dr Mahathir dalam sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat kabinet semalam sekali lagi menegaskan peranan JAKIM akan
terus dibincangkan dan dikaji semula.


Sementara itu mengulas pertemuannya hari ini, Zulkifli berkata ia
lebih kepada pencerahan soal agama dan tafsiran ayat-ayat al-Quran.


“Kami bincang berkenaan dengan agama sahaja. Kami bagi pencerahan
kepada isu-isu berkenaan tafsir ayat-ayat al-Quran, isu-isu berkenaan
dengan beberapa ayat al-Quran, surah-surah dalam al-Quran dan juga
(perkara) yang berkait dengan soal-soal masyarakat di negara kita,”
katanya lagi.


Wednesday, June 6, 2018

'Tunggu habis azan'


 
Published on Jun 5, 2018

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menghentikan seketika sidang media bagi memberi laluan kepada azan Zohor yang berkumandang di surau berhampiran bilik sidang media di kementeriannya semalam.

Ketika Lim sedang menjawab soalan wartawan, beliau meminta sidang media itu bersambung selepas azan dilaungkan.

'Bank Negara tak bersubahat dalam skandal 1MDB'

'Bank Negara tak bersubahat dalam skandal 1MDB': Bank Negara hanya berkesan jika diyakini rakyat, kata Muhammad Ibrahim yang meletakkan jawatan sebagai gabenor hari ini.



Bernama  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Kerajaan telah menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhammad Ibrahim
sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa hari ini,
mengesahkan khabar angin yang tersebar dalam media sosial sejak semalam.


Pengganti beliau masih belum dinamakan tetapi bekas Timbalan Gabenor
BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus telah disebut-sebut sebagai calon
pilihan untuk menerajui bank pusat itu.


Dalam jawapannya kepada pertanyaan Bernama menerusi aplikasi Whatsap,
Muhammad berkata semasa beliau mengambil alih jawatan itu pada Mei
2016, beliau berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab pejabat Gabenor
dengan profesionalisme, maruah dan integriti yang tinggi.


Bagaimanapun sejak beberapa minggu kebelakangan ini, katanya lagi,
terdapat persoalan serius yang dibangkitkan sama ada beliau telah gagal
dalam mencapai standard ini dan merisikokan keyakinan orang awam
terhadap bank itu.


“Sebagai bank pusat, kami hanya efektif dengan kepercayaan dan
keyakinan yang diletakkan oleh rakyat Malaysia dan para pemimpin
terhadap kami.


“Saya bersedia melepaskan jawatan sekiranya saya tidak lagi mendapat
kepercayaan dan sokongan daripada orang ramai. Saya tidak dapat
meneruskannya lagi sekiranya ia menjejaskan imej dan reputasi bank.


“Kita dinilai atas keputusan yang kita buat, misalnya seperti
pembelian Lot 41 baru-baru ini, yang dibeli pada harga RM850 sekaki
persegi yang mana telah menarik perhatian umum,” katanya.


Saya juga marah dengan 1MDB


Muhammad berkata persepsi umum adalah pembelian tanah itu dibuat
bertujuan untuk bersekongkol dalam penyelewengan dana awam berkaitan
rasuah dan skandal yang menyelubungi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


“Ini tidak benar sama sekali. Bank Negara Malaysia tidak akan
terlibat dalam aktiviti sedemikian yang akan mengkhianati kepercayaan
orang ramai terhadap kami. Kami menolak sebarang bentuk rasuah dan
penyalahgunaan kuasa,” tegasnya.


Walaupun ramai yang mungkin meraguinya, beliau berkata BNM tidak
mengetahuinya dan tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas hasil
daripada pembelian tanah itu yang akan digunakan untuk menyelesaikan
obligasi hutang 1MDB.


Beliau berkata adalah tidak munasabah bank pusat itu dikaitkan dengan
entiti kontroversi tersebut yang terlibat dengan tuduhan penipuan dan
salah urus.


“Bukan amalan kami untuk berbuat demikian. Kami turut mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka sebelum ini.


“Skandal 1MDB memberi kesan buruk kepada negara dan sebagai rakyat Malaysia, saya merasa amat marah.


“Ia merupakan perkara yang menjadi tumpuan umum dan saya faham
mana-mana pertubuhan yang terlibat dengan skandal, secara tidak
disengajakan atau sebaliknya, akan menimbulkan kemarahan orang ramai,”
katanya.


Muhammad berkata keutamaan beliau adalah memacu bank pusat itu
hadapan dan terus menumpukan kepada melaksanakan mandatnya untuk memberi
perkhidmatan kepada rakyat Malaysia.


Pembelian tanah sejak dulu


Merujuk kepada pembelian Lot 41, beliau berkata, ia bukan kali pertama BNM melakukan transaksi seperti itu.


Beliau menegaskan bahawa Bank Pusat sejak berpuluh tahun lalu telah
membeli beberapa keping tanah di seluruh negara untuk membolehkannya
melaksana mandatnya.


Malah ibu pejabat sekarang dibina atas tiga pengambilalihan tanah yang berasingan yang dibuat pada tahun 1950-an dan 1980-an.


Contoh lain ialah tanah Bukit Perdana, yang dibeli pada 2013 dengan
harga RM1,235 sekaki persegi berdasarkan penilai profesional bebas, di
mana pembinaan Sekolah Perniagaan Asia dan Pusat Latihan Industri
Kewangan sedang dijalankan.


Muhammad berkata, Bank Pusat sentiasa mahu mewujudkan sinergi yang
lebih besar antara institusi gabungannya dan memastikan pembangunan
tenaga kerja untuk sektor kewangan.


"Dengan objektif ini, kami telah menunjukkan minat kami seawal
September 2016. Kami memulakan pembelian tanah setahun kemudian apabila
kami tahu bahawa terdapat minat oleh kerajaan pada masa itu untuk
menjual tanah ini.


"Kami percaya bahawa ia adalah satu peluang yang baik untuk
memperoleh aset secara munasabah yang akan menjadi teras bagi meneruskan
pertumbuhan jangka panjang kami," katanya.


Katanya lagi, visi untuk Hub Pendidikan Kewangan adalah ia akan
antara lain mempunyai universiti kewangan Islam global, pusat akademi
dan penyelidikan Shariah, perpustakaan perkhidmatan kewangan, makmal
inovasi, pusat operasi keselamatan siber dan pusat kawalan keselamatan
bersepadu.


"Kami telah memastikan segala-galanya dilakukan dengan cara yang
betul, dengan tadbir urus dan akauntabiliti yang baik, termasuk
pematuhan terhadap semua undang-undang yang berkaitan.


BNM sentiasa ikut peraturan


“Di peringkat dalaman, kami membincangkan perkara ini melalui
beberapa mesyuarat lembaga pengarah. Malah kami mencadangkan kepada
kerajaan supaya jualan itu adalah terbaik dilakukan melalui tender awam
yang mana kami amat bersedia untuk menyertainya secara kompetitif dengan
pihak lain yang berminat.


“Kami juga memilih menerbitkan siaran akhbar pada Januari 2018 untuk
memberitahu orang ramai berkenaan pembelian itu sebagai usaha terhadap
ketelusan,” katanya.


Melalui pengalaman yang baru saja dialami berhubung Suruhanjaya
Siasatan Diraja mengenai kerugian tukaran mata wang asing tiga puluh
tahun lalu, BNM berhati-hati dalam memastikan segala-galanya mengikut
peraturan, katanya.


“Kami sedar bahawa kami perlu melepasi ujian pemerhatian oleh orang
ramai dalam segala perkara yang kami lakukan bagi mengekalkan reputasi
kami dan keyakinan umum,” jelasnya.


Muhammad berkata,selama lebih 34 tahun, beliau sentiasa berusaha
untuk berkhidmat, melakukan yang terbaik demi kepentingan negara,
nilai-nilainya dan rakyat.


“Pejabat gabenor adalah satu tanggungjawab berat dengan kapasiti
besar bagi kebaikan selain ia juga satu keistimewaan, kerana ia
membabitkan bekerja dengan kemungkinan tenaga kerja yang terbaik yang
ada di Malaysia,” katanya.


Bagi Muhammad, Malaysia berada di peringkat kritikal dalam sejarahnya.


“Adalah penting untuk kita bersatu sebagai sebuah institusi dalam menuju kejayaan


“Rakyat Malaysia mengharapkan sepenuh-penuhnya dedikasi dan iltizam kami.


“Institusi ini lebih besar daripada mana-mana individu dan saya
sesungguhnya percaya hari-hari terbaik kita berada di hadapan. Marilah
kita mengambil keberanian, pengajaran dan kekuatan daripada perkara
ini,” tambahnya.


-Bernama


Tuesday, June 5, 2018

NGO protes bantah pelantikan AG di Istana Negara


 

2018-06-05 15:00:00

Sebuah
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan protes di Istana Negara
berhubung pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara baru pagi tadi.

Pertubuhan
Biru Ber "1" Abata Malaysia mendakwa Yang di-Pertuan Agong, Sultan
Muhammad V, diberi “tekanan” untuk bersetuju dengan pelantikan itu.

Semalam,
Yang di-Pertuan Agong merujuk kepada Majlis Raja-raja Melayu mengenai
pilihan Putrajaya untuk melantik Thomas sebagai peguam negara.

Datuk
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
berkata atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Agong
telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan
Persekutuan.

Read more at https://www.kinitv.com/video/61919O74#Y8Qfs4882DIP3VA7.99

LAPORAN POLIS TERHADAP TUN MAHATHIR KERANA DIKATAKAN MENEKAN SERI PADUKA...

FITNAH BULAN PUASA, BODOH SOMBONG. UMNO JUGA YG PINGGIR IINSTITUSI DIRAJA CONTOH PERLIS


Pandangan Dr. MAZA tentang perlantikan Peguam Negara Bukan Islam



Rosmah beri kerjasama penuh pada SPRM - Peguam


 

2018-06-05 16:19:56

Peguam
Datuk K Kumaraendran memaklumkan isteri bekas perdana menteri Datin Seri
Rosmah Mansor memberikan kerjasama yang baik kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan begitu juga dari pihak SPRM
sendiri.

Bagaimanapun ketika diminta mengulas lanjut apakah Rosmah akan kembali memberi keterangan, Kumaraendran enggan mengulas lanjut.

Beliau berkata demikian pada sidang media ringkas di SPRM hari ini.

Rosmah
menghabiskan kira-kira lima jam di bangunan ibu pejabat SPRM di
Putrajaya, yang mana beliau disoal-siasat mengenai isu syarikat SRC
International.

Rosmah berjalan keluar bangunan SPRM sekitar jam
3.45 petang tadi dan terus masuk ke dalam kereta tanpa bercakap kepada
pemberita.

Beliau hadir untuk memberi keterangan dan bagi
membantu siasatan kes berhubung SRC International Sdn Bhd yang merupakan
anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ia diletakkan di
bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Read more at https://www.kinitv.com/video/61926O74#bURc5mTVFKHIYQqr.99 


SPRM selesai soal siasat Rosmah selepas 5 jam

Shakira Buang  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini




   
Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak
menghabiskan kira-kira lima jam di bangunan ibu pejabat SPRM di
Putrajaya, yang mana beliau disoal-siasat mengenai isu syarikat SRC
International.


Soal-siasat itu berlangsung sekitar tiga jam dengan Rosmah diberikan masa untuk rehat dan solat.


Rosmah berjalan keluar bangunan SPRM sekitar jam 3.45 petang tadi dan
terus masuk ke dalam kereta tanpa bercakap kepada pemberita.


Awal hari ini, beliau tiba ke ibu pejabat SPRM menaiki kenderaan
Mercedes Benz berwarna perak dengan plat pendaftaran WQF 11 sekitar jam
10.45 pagi dan terus masuk ke dalam bangungan.


Ini merupakan soal-siasat pertama isteri bekas perdana menteri itu dengan SPRM.


Rosmah yang hadir lengkap berbaju kurung biru dan berselendang merah
turut diiringi anak perempuan beliau Nooryana Najwa Najib, menantunya
Daniyar Keesibayev dan barisan peguam kanan, Datuk K Kumaraendran dan
Datuk Geethan Ram Vincent.


Beliau hadir untuk memberi keterangan dan bagi membantu siasatan kes
berhubung SRC International Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat
1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan ia diletakkan di bawah
Kementerian Kewangan pada 2012.


Sejak awal pagi, media tempatan dan antarabangsa berada di perkarangan ibu pejabat SPRM bagi membuat liputan.


SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad
(1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.


Pada 26 Jan 2016, media melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed
Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan
Najib berkaitan kes melibatkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.


Sebelum itu Najib hadir dua sesi soal-siasat panjang SPRM mengenai
dana SRC International  yang mengalir masuk ke dalam akaun peribadinya.


"Siasatan (terhadap Rosmah) akan dilakukan secara menyeluruh," kata
bekas penyiasat dan pengarah perisikan SPRM, Datuk Abdul Razak Idris
kepada AFP.


"Dia juga mungkin diminta untuk mendedahkan akaun banknya dan
menjelaskan tentang sumber wang tunai dan barang kemas yang ditemui oleh
polis di dua kondominium baru-baru ini," katanya.


Sementara itu, Datuk K Kumaraendran ketika bercakap kepada pemberita
memaklumkan bahawa Rosmah telah memberikan kerjasama yang baik kepada
SPRM.


“Datin Seri Rosmah telah selesai diambil keterangan selama tiga jam
dan Datin Rosmah telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM, begitu juga
dengan SPRM,” katanya.


Bagaimanapun ketika diminta mengulas lanjut jika Rosmah akan kembali memberi keterangan, Kumaraendran enggan mengulas lanjut.


“Kita tak akan ambil soalan daripada pemberita,” katanya ringkas sebelum berlalu meninggalkan bangunan SPRM.


Monday, June 4, 2018

UiTM, sentimen kaum dan hakikat sejarah

UiTM, sentimen kaum dan hakikat sejarah: ULASAN | Mereka yang mengkaji dasar afirmatif terhadap mana-mana kaum pasti belajar tentang penyalahgunaan dasar oleh golongan kaya kaum itu sendiri.



Mohd Nazim Ganti Shaari  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
ULASAN | Penasihat Undang-undang
UiTM Professor Madya Dr Haidar Dyizauddin telah menukilkan pandangan
bernas dalam isu mengenai UiTM baru-baru ini, bertajuk “UiTM untuk
bumiputera: Kenapa perlu dipolemikkan?”


Tokoh akademik ini berkata, “Kita memandang sejarah bukanlah untuk
melangkah ke belakang tetapi untuk menilai di mana kita berada sekarang
dan mencorak masa hadapan”.


Ini kenyataan terpuji untuk melihat hubung kait seseuatu perkara dengan sejarahnya pada masa lampau.


Oleh itu wajar untuk kita melihat sebab-sebab Perkara 153 dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Adakah Perkara 153 ini bertujuan untuk memberikan hak istimewa kepada
semua orang yang mengaku dan diakui berbangsa Melayu, atau adakah hak
istimewa di dalam Perkara 153 ini adalah hanya untuk orang Melayu yang
susah dan miskin?


Ramai yang beranggapan hak istimewa (atau "kedudukan istimewa”) orang
Melayu seperti yang dirujuk oleh Perkara 153 dijanjikan penjajah
British atas dasar Orang Melayu merupakan kaum pribumi di negara ini.


Dalam Laporan Jawatankuasa Kerja Cadangan Perlembagaan Bagi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 (Report of the Working Committee on the Constitutional Proposals for the Federation of Malaya Agreement 1948),
pernyataan “...adalah menjadi tanggungjawab Pesuruhjaya Tinggi British
untuk menjaga kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah
kaum-kaum lain” telah dirangka buat pertama kalinya dalam sejarah.


Maksud dan ruang lingkup peruntukan ini terkandung alam perenggan 143
yang menyatakan jawatankuasa kerja ini mengesyorkan negeri-negeri untuk
menawarkan dan menggalakkan pendidikan dan latihan kepada Orang Melayu,
bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam perkhidmatan kerajaan
dan kehidupan umum di negara ini.


Ramai yang merujuk perkara ini dan juga kepada pernyataan-pernyataan
yang dikeluarkan oleh pegawai kanan British pada zaman penjajahan
bertujuan untuk melindungi kepentingan orang Melayu.


Ia telah dijadikan alasan untuk mengatakan peruntukan “kedudukan
istimewa Orang Melayu” ini adalah satu warisan keistimewaan untuk orang
Melayu sedari zaman penjajahan British.


Tetapi sejarah juga menunjukkan apa yang dilindungi penjajah British
hanyalah kepentingan mereka sendiri dan kepentingan kaum pemodal atau
peniaga kapitalis Barat, dan kaum pemodal lain-lain di Malaya dan juga
kepentingan bangsawan Melayu.


Dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani antara penjajah dan
Istana, tiada langsung tercatat apa-apa pun mengenai keperluan penjajah
untuk menjaga “kedudukan istimewa Orang Melayu”.


Ada juga yang menyalahkan Raja-raja Melayu di zaman tersebut ekoran
perkara ini, tetapi perlu diingat mustahil bagi Raja-raja Melayu untuk
bertindak di dalam zaman tersebut tanpa persetujuan pembesar-pembesar
Istana. Perkara ini dihuraikan dalam buku Palace, Political Party and Power: A Story of the Socio Political Development of Malay Kingship oleh Dr Kobkua Suwannathat-Pian, yang pernah menjadi penyarah tamu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Semasa zaman penjajahan British, orang Melayu terbanyak langsung
tidak dipedulikan asalkan mereka dapat diperah dan dipergunakan bagi
kepentingan ekonomi penjajah.


Bukan sahaja British memaksa orang Melayu untuk tinggal di kampung
untuk bertanam padi, malah ada juga bangsawan Melayu yang menyokong
sikap Penjajah British, contohnya ada yang tidak mahu orang Melayu
terlibat dalam penanaman pokok getah atas alasan orang Melayu perlu
menjaga identiti dan adat resam sebagai penanam padi.


Sistem pendidikan orang Melayu pula hanyalah untuk melahirkan para
petani dan nelayan yang lebih baik daripada orang tua mereka, bukan
wadah pendidikan yang sebenar-benarnya seperti sistem di sekolah-sekolah
Inggeris.


Mereka yang mengkaji sejarah sistem Pendidikan negara dan sejarah
ekonomi bangsa Melayu tidak dapat sekali-kali menafikan perkara ini.


Dasar afirmatif bukan untuk perkauman


Agak menarik apabila kita merujuk pula kepada Laporan Suruhanjaya
Reid 1957 kerana perenggan 163 menyatakan terdapat kesulitan di dalam
memberikan taraf istimewa hanya kepada satu kaum sahaja dan perkara ini
juga diakui oleh wakil parti-parti Perikatan seperti yang terkandung di
dalam perenggan yang sama.


Seterusnya, apabila kita merujuk kepada Kertas Putih Kerajaan
Malaysia bertajuk “Ka Arah Negara Harmoni” yang diterbitkan pada tahun
1971, perenggan 13 menegaskan bahawa tujuan Perkara 153 adalah untuk
memberikan kekuatan atau lonjakan kepada orang Melayu untuk maju dengan
lebih cepat - kerana diakui kemajuan orang Melayu tidak berkadar dengan
kaum yang lain.


Perenggan ini juga menyatakan kerajaan telah mangambil jalan itu
untuk mempercepat rentak kemajuan orang Melayu agar mereka dapat
bersaing pada tahap yang sama dengan kaum lain.


Bagaimanapun Kertas Putih itu langsung tidak memberi ruang kepada
sentimen perkauman. Jelas bahawa peruntukan “kedudukan istimewa” Orang
Melayu" dalam perlembagaan adalah untuk membantu mencapai keseimbangan
ekonomi, bukannya atas dasar warisan keistimewaan bangsa.


Professor Madya Dr Haidar yang bernas ini seterusnya menulis, “Agak
malang jika ada individu berhujah melihat peruntukan undang-undang
mengenai perkara ini secara tekstual tanpa mengambil kira keseluruhan
aspek secara pandangan prismatik”.


Pendapat ini penting dalam menegaskan kita tidak boleh
sewenang-wenangnya mengatakan Perkara 153 adalah untuk orang Melayu
sahaja, kerana kita juga perlu melihat perkara-perkara lain berhubung
dengan Perlembagaan.


Berkenaan dengan “kedudukan istimewa Orang Melayu”, pelajar berakal
sempurna yang mengkaji sistem sosial dan ekonomi sesuatu kaum yang
berkait rapat dengan keistimewaan yang diberikan kepada kaum itu (dasar
afirmatif) tidak akan dapat lari daripada mengkaji penyalahgunaan
keistimewaan oleh golongan kaya kaum itu sendiri.


Dalam soal ini, banyak buku-buku ilmiah bertaraf dunia contohnya The Wretched of the Earth, Mitos Pribumi Malas dan Konsep Hero Dalam Masyarakat Melayu
merekodkan masyarakat perlu sentiasa memantau “keistimewaan” yang
diberikan kepada kaum yang terpilih kerana ia mungkin disalah guna dan
dibolot oleh golongan kaya dan berpengaruh dari kaum itu sendiri.


Justeru Perenggan 16 dalam Kertas Putih itu jelas menyatakan niat
kerajaan hanya untuk membantu orang Melayu yang layak dari keluarga yang
kurang berkemampuan sahaja.


UiTM diwujudkan melalui akta di Parlimen Malaysia dan ia telah
diselenggarakan dengan menggunakan wang pembayar cukai di Malaysia.
Kemajuan dan kecemerlangan UiTM juga hasil daripada biaya mereka.


Akta UiTM ini juga tidak dapat lari daripada kekangan bawah
Perlembagaan Persekutuan kerana perkara yang bercanggah dengan
Perlembagaan adalah terbatal dan tidak sah.


Justeru dasar untuk kemasukan bumiputera di dalam institusi itu perlu
dilakukan dalam perkadaran yang munasabah - tanpa mengira dalam bentuk
apa dasar itu dirangka dan apa pun tafsirannya.


Banteras sentimen segera


Kuota ini pula perlu dipastikan hanya untuk mereka yang layak
berdasarkan faktor ekonomi. Malang jika anak pembesar negara yang kaya
dibenarkan belajar di UiTM.


Sentimen kaum juga dapat dilihat dari segi keterlibatan kakitangan
universiti dalam politik. Selama ini terdapat undang-undang yang
melarang pensyarah dan pentadbiran tertinggi universiti untuk terlibat
aktif di dalam politik.


Akan tetapi undang-undang ini tidak dipedulikan apabila mereka
terlibat aktif dalam Umno atas alasan “demi perpaduan bangsa Melayu”.


“Kesetiaan kepada kerajaan” telah sewenang-wenangnya disalah tafsir untuk menghalalkan “kesetiaan kepada Umno”.


Terdapat kakitangan universiti yang bertanding memegang jawatan serta
berkempen di dalam dan di luar universiti untuk parti itu. Mereka yang
dilihat menyokong pembangkang pula dizalimi dan dilayan secara tidak
adil.


Ada juga pensyarah yang diminta untuk berjanji tidak akan melawan
mana-mana kakitangan universiti yang aktif dalam Umno. Mereka yang
bergiat aktif dalam politik ini telah diberi pangkat dan keistimewaan
walaupun ia bersalahan dengan undang-undang.


Inilah bahayanya jika sentimen dibiarkan berakar umbi apatah lagi dalam universiti awam.


Saranan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini agar
pegawai kerajaan tulus dan ikhlas bekerja dalam menyokong kerajaan perlu
dilihat secara serius.


Di universiti awam, sudah tiba masa untuk membanteras sentimen ini dan mengenakan tindakan kepada mereka yang terlibat.


Kita tidak mahu lagui mendengar ada professor beralasan “saya tidak
boleh menolong anda kerana parti pemerintah sedang menekan saya. Saya
juga tidak dapat menolong kerana anda tidak menyokong Agenda Perpaduan
Melayu”.



MOHD NAZIM GANTI SHAARI adalah pensyarah undang-undang UiTM.


Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Terus Terang Khas bersama Anwar Ibrahim

Terus Terang Khas bersama Anwar Ibrahim

 

Ada hikmah juga saya bukan PM sekarang - Anwar

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui beliau
terlepas daripada mengalas tugas berat untuk memperbetulkan segala yang
ditinggalkan kerajaan BN terdahulu.


Katanya, segala proses peralihan kerajaan baru yang diusahakan oleh
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi keuntungan kepada
dirinya.


“Ada hikmahnya juga saya bukan perdana menteri sekarang kerana
tugasnya sangat mencabar, terpaksa bertempur hadapi kekuatan lama,
rasuah besar, seluruh sistem kena betulkan, pegawai kerajaan, badan
kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


“Itu tugas berat, saya terlepas, kerja saya sokong sahaja. Kalau Dr
Mahathir berhasil dalam proses peralihan ini, ia menguntungkan saya
juga, tidak merugikan,” katanya ketika diwawancara dalam segmen Terus
Terang yang disiarkan menerusi Facebook Invoke Malaysia hari ini.


Mengikut perancangan Pakatan Harapan yang menumbangkan BN pada
pilihan raya umum 9 Mei lalu, Anwar bakal menggantikan Dr Mahathir
sebagai perdana menteri kelapan.


[Berita penuh menyusul]


Hadi jumpa Dr M di Putrajaya


 

Hadi, MB Terengganu kunjung Dr Mahathir

Diterbitkan  | 
Dikemaskini




   
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Yayasan Kepimpinan Perdana,
di Putrajaya.


Beliau diiringi oleh Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dan pemimpin veteran, Datuk Mustafa Ali.


PAS menawan kerajaan negeri di Terengganu selepas pilihan raya umum 9
Mei ini.Mereka turut kekal sebagai kerajaan negeri di Kelantan.


Walau bagaimanapun, butiran di sebalik pertemuan itu tidak diketahui.
Kunjungan  itu dimaklumkan oleh Dr Mahathir menerusi catatan di laman
Facebook beliau.



Sebelum ini, turut membuat kunjungan hormat kepada perdana menteri adalah Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB).


Berbeza dengan Umno, pemimpin PAS tidak terlalu kritikal terhadap
pentadbiran Pakatan Harapan sejak PRU14, walaupun kedua-dua Hadi dan
Mahathir kerapa bertikam lidah semasa dan sebelum kempen pilihan raya.


[Baca berita penuh]


Najib tenang, yakin pertolongan Allah amat dekat

Najib tenang, yakin pertolongan Allah amat dekat: Bekas PM menciap dengan memetik sebahagian ayat dari surah al-Baqarah sempena Ramadan.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Tidak lagi menjadi sorotan seperti sebelum ini Datuk Seri Najib Razak lebih banyak membuat kenyataan yang kurang ranggi.


Pernah menempelak musuh politik Umno dan BN dengan gaya yang tegas,
anggota parlimen pembangkang dari Pekan itu akhir-akhir ini bersikap
lebih sederhana.


Pagi ini beliau menciap di Twitter dengan memetik ayat al-Quran.


"Walau betapa perit dugaan, ingatlah firman Allah SWT dalam Surah
al-Baqarah ayat 214, mafhumnya: Ketahuilah sesungguhnya pertolongan
Allah itu dekat," katanya.


Najib meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN
beberapa hari selepas namanya serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor
disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen sebagai langkah menghalang mereka
meninggalkan negara ini.


Pada 16 Mei pula kediaman pasangan terbabit digeledah oleh sekumpulan
pegawai polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.


Turut digeledah, tiga unit kondominium yang terletak di kawasan segi
tiga emas Kuala Lumpur, Pavilion Residence. Dua daripada kediaman mewah
itu adalah milik anak Najib dan Rosmah, manakala satu lagi kepunyaan
seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri.


Dapat reaksi pelbagai


Penggeledahan polis turut menemukan sejumlah jongkong emas, wang tunai berjuta ringgit serta beg tangan berjenama mewah.


Esok Rosmah dikehendaki hadir
ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi
memberi keterangan dalam siasatan syarikat SRC International Sdn Bhd
yang dikaitkan dengan 1MDB.


Rosmah diarah hadir ke Putrajaya pada jam 11 pagi.


Sebelum ini Najib hadir memberi keterangan di SPRM selama dua hari, masing-masing pada 23 dan 24 Mei lalu.


Beliau menghabiskan masa kira-kira tujuh jam pada hari kedua di SPRM.
Bagaimanapun tidak seperti dijangkakan sesetengah pihak, beliau tidak
ditahan selepas itu.


Kata Najib Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa.


"Bulan Ramadan selain bulan berpuasa dan penuh rahmat, juga adalah bulan penginsafan dan menilai erti kesyukuran," katanya.




Ciapan itu mengundang reaksi yang pelbagai. Walaupun kebanyakannya
bersifat sinis dan mengecam, ada juga pengguna Twitter tampil membela
beliau.


Pengguna dikenali sebagai @Sipotzz misalnya menciap balas: "Datuk
Seri Najib juga yang bantu tahfiz, sekolah agama, program uama &
umara', taja orang kampung pergi haji, pujuk Arab Saudi bagi rakyat
pergi haji dengan cepat dan selesa. Mahathir? Dengan kroninya sahaja.
Setakat bersaf dengan marhaen di masjid, tapi di belakang keji Islam
& rakyat."


Ciapan balas lain ialah: "Semoga dipermudahkan esok... amin. Jika di
pihak benar, tiada apa hendak ditakutkan..." kata pengguna Twitter
@healogix.


Pemaju tanah Felda Jalan Semarak saman Shahrir RM100j

Pemaju tanah Felda Jalan Semarak saman Shahrir RM100j: Synergy Promenade mendakwa bekas pengerusi Felda itu membuat kenyataan mengelirukan terhadap mereka.

Hafiz Yatim  |
Diterbitkan  |
Dikemaskini

  •  
  •  
  •  

  •  
  •  











Synergy Promenade Sdn Bhd - syarikat yang terlibat dalam skandal
penukaran tanah Felda di Jalan Semarak dan projek Kuala Lumpur Vertical
City - hari ini memfailkan saman RM100 juta kepada bekas pengerusi Felda
Tan Sri Shahrir Samad.


Syarikat itu mendakwa Shahrir telah membuat kenyataan yang
mengelirukan (misleading) terhadap mereka antara November 2017 hingga
Mac 2018.


saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Synergy Promenade diwakili peguam Mohamed Reza Rahim.


Sebelum ini, syarikat itu didakwa memiliki tanah Felda di Jalan Semarak bernilai RM270 juta melalui traksaksi meragukan pada tahun 2015 dan 2016.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...