Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, June 6, 2018

'Bank Negara tak bersubahat dalam skandal 1MDB'

'Bank Negara tak bersubahat dalam skandal 1MDB': Bank Negara hanya berkesan jika diyakini rakyat, kata Muhammad Ibrahim yang meletakkan jawatan sebagai gabenor hari ini.



Bernama  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Kerajaan telah menerima peletakan jawatan Tan Sri Muhammad Ibrahim
sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) berkuat kuasa hari ini,
mengesahkan khabar angin yang tersebar dalam media sosial sejak semalam.


Pengganti beliau masih belum dinamakan tetapi bekas Timbalan Gabenor
BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus telah disebut-sebut sebagai calon
pilihan untuk menerajui bank pusat itu.


Dalam jawapannya kepada pertanyaan Bernama menerusi aplikasi Whatsap,
Muhammad berkata semasa beliau mengambil alih jawatan itu pada Mei
2016, beliau berikrar untuk melaksanakan tanggungjawab pejabat Gabenor
dengan profesionalisme, maruah dan integriti yang tinggi.


Bagaimanapun sejak beberapa minggu kebelakangan ini, katanya lagi,
terdapat persoalan serius yang dibangkitkan sama ada beliau telah gagal
dalam mencapai standard ini dan merisikokan keyakinan orang awam
terhadap bank itu.


“Sebagai bank pusat, kami hanya efektif dengan kepercayaan dan
keyakinan yang diletakkan oleh rakyat Malaysia dan para pemimpin
terhadap kami.


“Saya bersedia melepaskan jawatan sekiranya saya tidak lagi mendapat
kepercayaan dan sokongan daripada orang ramai. Saya tidak dapat
meneruskannya lagi sekiranya ia menjejaskan imej dan reputasi bank.


“Kita dinilai atas keputusan yang kita buat, misalnya seperti
pembelian Lot 41 baru-baru ini, yang dibeli pada harga RM850 sekaki
persegi yang mana telah menarik perhatian umum,” katanya.


Saya juga marah dengan 1MDB


Muhammad berkata persepsi umum adalah pembelian tanah itu dibuat
bertujuan untuk bersekongkol dalam penyelewengan dana awam berkaitan
rasuah dan skandal yang menyelubungi 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


“Ini tidak benar sama sekali. Bank Negara Malaysia tidak akan
terlibat dalam aktiviti sedemikian yang akan mengkhianati kepercayaan
orang ramai terhadap kami. Kami menolak sebarang bentuk rasuah dan
penyalahgunaan kuasa,” tegasnya.


Walaupun ramai yang mungkin meraguinya, beliau berkata BNM tidak
mengetahuinya dan tidak mempunyai sebarang kawalan ke atas hasil
daripada pembelian tanah itu yang akan digunakan untuk menyelesaikan
obligasi hutang 1MDB.


Beliau berkata adalah tidak munasabah bank pusat itu dikaitkan dengan
entiti kontroversi tersebut yang terlibat dengan tuduhan penipuan dan
salah urus.


“Bukan amalan kami untuk berbuat demikian. Kami turut mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka sebelum ini.


“Skandal 1MDB memberi kesan buruk kepada negara dan sebagai rakyat Malaysia, saya merasa amat marah.


“Ia merupakan perkara yang menjadi tumpuan umum dan saya faham
mana-mana pertubuhan yang terlibat dengan skandal, secara tidak
disengajakan atau sebaliknya, akan menimbulkan kemarahan orang ramai,”
katanya.


Muhammad berkata keutamaan beliau adalah memacu bank pusat itu
hadapan dan terus menumpukan kepada melaksanakan mandatnya untuk memberi
perkhidmatan kepada rakyat Malaysia.


Pembelian tanah sejak dulu


Merujuk kepada pembelian Lot 41, beliau berkata, ia bukan kali pertama BNM melakukan transaksi seperti itu.


Beliau menegaskan bahawa Bank Pusat sejak berpuluh tahun lalu telah
membeli beberapa keping tanah di seluruh negara untuk membolehkannya
melaksana mandatnya.


Malah ibu pejabat sekarang dibina atas tiga pengambilalihan tanah yang berasingan yang dibuat pada tahun 1950-an dan 1980-an.


Contoh lain ialah tanah Bukit Perdana, yang dibeli pada 2013 dengan
harga RM1,235 sekaki persegi berdasarkan penilai profesional bebas, di
mana pembinaan Sekolah Perniagaan Asia dan Pusat Latihan Industri
Kewangan sedang dijalankan.


Muhammad berkata, Bank Pusat sentiasa mahu mewujudkan sinergi yang
lebih besar antara institusi gabungannya dan memastikan pembangunan
tenaga kerja untuk sektor kewangan.


"Dengan objektif ini, kami telah menunjukkan minat kami seawal
September 2016. Kami memulakan pembelian tanah setahun kemudian apabila
kami tahu bahawa terdapat minat oleh kerajaan pada masa itu untuk
menjual tanah ini.


"Kami percaya bahawa ia adalah satu peluang yang baik untuk
memperoleh aset secara munasabah yang akan menjadi teras bagi meneruskan
pertumbuhan jangka panjang kami," katanya.


Katanya lagi, visi untuk Hub Pendidikan Kewangan adalah ia akan
antara lain mempunyai universiti kewangan Islam global, pusat akademi
dan penyelidikan Shariah, perpustakaan perkhidmatan kewangan, makmal
inovasi, pusat operasi keselamatan siber dan pusat kawalan keselamatan
bersepadu.


"Kami telah memastikan segala-galanya dilakukan dengan cara yang
betul, dengan tadbir urus dan akauntabiliti yang baik, termasuk
pematuhan terhadap semua undang-undang yang berkaitan.


BNM sentiasa ikut peraturan


“Di peringkat dalaman, kami membincangkan perkara ini melalui
beberapa mesyuarat lembaga pengarah. Malah kami mencadangkan kepada
kerajaan supaya jualan itu adalah terbaik dilakukan melalui tender awam
yang mana kami amat bersedia untuk menyertainya secara kompetitif dengan
pihak lain yang berminat.


“Kami juga memilih menerbitkan siaran akhbar pada Januari 2018 untuk
memberitahu orang ramai berkenaan pembelian itu sebagai usaha terhadap
ketelusan,” katanya.


Melalui pengalaman yang baru saja dialami berhubung Suruhanjaya
Siasatan Diraja mengenai kerugian tukaran mata wang asing tiga puluh
tahun lalu, BNM berhati-hati dalam memastikan segala-galanya mengikut
peraturan, katanya.


“Kami sedar bahawa kami perlu melepasi ujian pemerhatian oleh orang
ramai dalam segala perkara yang kami lakukan bagi mengekalkan reputasi
kami dan keyakinan umum,” jelasnya.


Muhammad berkata,selama lebih 34 tahun, beliau sentiasa berusaha
untuk berkhidmat, melakukan yang terbaik demi kepentingan negara,
nilai-nilainya dan rakyat.


“Pejabat gabenor adalah satu tanggungjawab berat dengan kapasiti
besar bagi kebaikan selain ia juga satu keistimewaan, kerana ia
membabitkan bekerja dengan kemungkinan tenaga kerja yang terbaik yang
ada di Malaysia,” katanya.


Bagi Muhammad, Malaysia berada di peringkat kritikal dalam sejarahnya.


“Adalah penting untuk kita bersatu sebagai sebuah institusi dalam menuju kejayaan


“Rakyat Malaysia mengharapkan sepenuh-penuhnya dedikasi dan iltizam kami.


“Institusi ini lebih besar daripada mana-mana individu dan saya
sesungguhnya percaya hari-hari terbaik kita berada di hadapan. Marilah
kita mengambil keberanian, pengajaran dan kekuatan daripada perkara
ini,” tambahnya.


-Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...