Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, June 8, 2018

Manfaat rakyat lebih penting dari hukum pembangkang @ Bebanan Hutang untuk Rakyat.

Manfaat rakyat lebih penting dari hukum pembangkang: KATA MP | Saya gesa kerajaan dedahkan laporan impak ekonomi dan kajian kebolehlaksanaan projek.



Najib Razak  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

 

KATA MP | Satu laporan media
antarabangsa dua hari lalu menyebut, sejak memenangi PRU14, kerajaan
Pakatan Harapan telah mengarahkan kesemua poster dan papan tanda dengan
slogan ‘1Malaysia’ perlu diturunkan manakala perpustakaan kerajaan
diminta tidak meletakkan buku yang ada menyebut tentang saya.


Laporan ini turut menyebut bangunan Exchange 106 di Tun Razak
Exchange (TRX), yang lebih tinggi dari bangunan berkembar KLCC, terlepas
dari pembatalan berikutan pembinaannya semakin hampir siap.


Turut bernasib baik adalah projek infrastruktur awam yang
memanfaatkan berpuluh juta rakyat seperti sambungan LRT1 dan LRT2,
KLIA2, jambatan kedua Pulau Pinang, MRT1 & MRT2, puluhan UTC, RTC,
Lebuhraya Pan Borneo, Central Spine Road (CSR), projek yang sudah
disiapkan atau pada peringkat terakhir untuk siap. Jika tidak, kerajaan
Pakatan mungkin akan turut membatalkan projek-projek rakyat ini.


Saya tidak kisah jika kerajaan Pakatan Harapan berusaha untuk
memadamkan segala legasi ditinggalkan sepanjang sembilan tahun saya
sebagai perdana menteri. Namun, kerajaan perlu lebih telus dan lebih
bertimbang rasa apabila mereka mula membatalkan pelbagai projek atau
inisiatif yang dimulakan untuk manfaat rakyat dan negara, hanya kerana
mahu memadamkan legasi saya atau mempunyai persepsi, ia dimulakan oleh
saya, lantas ia perlu dihenti atau dipadamkan.


Dalam tempoh dua minggu, kerajaan Pakatan Harapan sudah membatalkan
projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura dan MRT3 di sebalik kajian
yang dilakukan mengambil masa bertahun-tahun yang menunjukkan manfaat
ekonomi melampaui kos pembinaannya. Projek MRT3 juga diperlukan bagi
memperlengkapkan jaringan bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam yang
lebih berintegrasi di Lembah Klang dan tanpanya, Lembah Klang akan terus
berdepan dengan peningkatan masalah kesesakan jalan raya.


Satu lagi projek yang mahu dibatalkan oleh perdana menteri dua hari
lalu ialah Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sangat diperlukan
bagi pembangunan jajaran pantai timur Malaysia.


Biarpun Fasa 1 projek ini bagi Gombak hingga Kota Bahru sudah
melepasi status 20 peratus siap dan pembatalannya akan menyebabkan kos
RM22 bilion, kerajaan Pakatan Harapan tetap mahu membatalkannya atau
menangguhkan projek ini.


Saya juga difahamkan, pembayaran pembinaan bagi projek ECRL ini
adalah berdasarkan kepada pencapaian pembinaan dan bukan bersandarkan
kepada tempoh masa sebagaimana didakwa kerajaan Pakatan Harapan.
Bagaimanapun, itu tidak menghentikan Pakatan Harapan untuk menggunakan
maklumat tidak betul itu sebagai alasan untuk membatalkan projek
bermanfaat kepada rakyat ini.


Tidakkah siapa sedar yang tiga negeri yang bakal menerima manfaat
paling banyak daripada ECRL ini iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang,
adalah negeri yang bukan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.


Adakah ini satu kesinambungan daripada amalan menghukum negeri
pembangkang sebagaimana dilakukan Mahathir ketika menjadi perdana
menteri selama 22 tahun apabila Kelantan dinafikan kemudahan asas rakyat
seperti lebuhraya, jalan raya, bekalan air dan pembangunan
infrastruktur pembetungan?


Ketika pentadbiran saya...


Ketika saya sebagai perdana menteri, saya telah memastikan kesemua
negeri, tidak kira negeri di bawah pembangkang sekalipun, menerima
pembangunan infrastruktur asas untuk manfaat rakyat.


Sebab itu, kerajaan persekutuan pada ketika pentadbiran saya telah
menyalurkan berpuluh bilion ringgit bagi membantu penstrukturan bekalan
air di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.


Berikutan Kelantan agak ketinggalan dari segi pembangunan berbanding
negeri lain, saya juga telah memastikan Kelantan menerima lebih banyak
dana pembangunan bagi manfaat rakyat dan projek menaiktaraf lebuhraya,
bekalan air dan infrastruktur pembetungan. Lebuh raya CSR yang tidak
dikenakan tol yang sebahagian besarnya sudah dibuka kepada pengguna
adalah salah satu contoh.


Kerajaan Pakatan Harapan sudah diberi mandat untuk mentadbir, maka
adalah menjadi hak mereka untuk memadamkan legasi saya atau menghukum
negeri pembangkang dengan membatalkan projek bermanfaat untuk rakyat
namun saya menggesa kerajaan hari ini, jika mahu membuat pembatalan
projek bermanfaat kepada rakyat ini, ia perlu dilakukan melalui cara
yang telus dan penelitian yang terperinci dengan mendapatkan pendapat
rakyat.


Sekali lagi, saya menggesa kerajaan Pakatan Harapan untuk mendedahkan
laporan impak ekonomi dan kajian kebolehlaksanaan bagi kesemua projek
manfaat rakyat ini untuk diakses rakyat.


Kerajaan tidak seharusnya membatalkan projek atas motif yang salah
atau memberi alasan sebagaimana mereka lakukan pada kenyataan mengenai
hutang negara yang tidak tepat, tetapi mereka juga perlu mengambil kira
pembangunan positif ekonomi, peluang pekerjaan yang akan hilang serta
manfaat buat rakyat yang akan disumbang projek ini untuk negara.



DATUK SERI NAJIB RAZAK adalah anggota parlimen Pekan dan bekas perdana menteri.


Rencana ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...