Saturday, July 21, 2018
'Calon tu kau yang latih!', kata pemimpin Umno pada Azmin
Published on Jul 21, 2018
Walaupun berlainan parti politik
namun hubungan baik sesama individu masih dapat dilihat. Ini dapat dilihat
apabila Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali mengambil kesempatan
bergurau senda bersama pemimpin-pemimpin Umno ketika penamaan calon Dewan
Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pagi tadi. Antara pemimpin Umno yang
kelihatan ialah Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden
Umno Datul Seri Mahdzir Khalid, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd Sharkar
Shamsudin dan Ketua Penerangan Umno Datuk Shamsul Anuar Nasarah. Kedengaran
pemimpin-pemimpin Umno mengusik Azmin sebagai calon Presiden PKR dan turut
berseloroh mengenai calon BN DUN Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam yang
pernah bersama PKR pada satu masa dahulu. "Calon ni kau yang
'train'," kata Sharkar mengusik Azmin. Lokman pernah menganggotai PKR dan
memegang pelbagai jawatan namun dipecat pada 2004. Untuk rekod PKR akan
mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini dan media minggu lalu memetik
pembantunya sebagai berkata Azmin tidak akan bertanding jawatan Presiden dan
kekal bertanding Timbalan Presiden. Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Kandis
pada 4 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, BN dan
Bebas. PKR, BN dan Bebas. Ia melibatkan calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni,
calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon Bebas, K. Murthy.

Category
Kami.. ahli Umno.. Berasa amat Kesal dan kecewa dengan pembohongan bekas pm Najib Razak
Tulis surat kepada CIA minta sokongan, netizen gelar Najib Razak pengkhianat negara
By
malayakini4
Published on Sabtu, 21 Julai 2018
Semenjak pertukaran kuasa kerajaan pasca PRU-14 itu, satu persatu skandal dan tindakan salah laku kerajaan terdahulu telah didedahkan oleh kerajaan sekarang.
Terbaru, sepucuk surat yang dikatakan ditulis oleh unit perisikan Pejabat Perdana Menteri kepada badan perisikan Amerika Syarikat (CIA) telah jadi tular di media sosial.
Surat yang bertarikh 4 Mei 2018 itu ditulis oleh Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga disebut sebagai unit risikan, Datuk Hasanah Ab Hamid kepada Pengarah CIA, Gina Haspel bertujuan mendapat sokongan daripada kuasa besar ini dalam persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 yang diadakan pada 9 Jun 2018.
Antara isi kandungan surat tersebut yang mendapat perhatian orang ramai adalah permintaan JPM untuk melobi sokongan penuh Amerika Syarikat sekiranya kemenangan berpihak kepada Najib Razak walaupun menang dengan majoriti mudah.
Surat tiga halaman itu meminta AS menyatakan sokongan kepada pentadbiran Najib walaupun cuma menang dengan majoriti mudah atau hanya satu kerusi.
Pendedahan terbaru itu sudah semestinya mengejutkan ramai netizen, baik yang berada di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Rata-rata mereka tidak dapat menerima apa jua alasan yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri itu berkenaan surat tersebut.
Ramai yang berasa tindakan Najib Razak itu seseolah mengkhianati kedaulatan negara kerana meminta sokongan negara luar yang sudah secara terang-terangan menjadi sekutu kuat kepada Zionist Israel.
Kami.. ahli Umno.. Berasa amat Kesal dan kecewa dengan pembohongan bekas pm Najib Razak serta keseluruhan pemimpin umno.
Ini adalah Kerana Najib selaku bekas Perdana Menteri telah mengadai maruah dan kedaulatan negara kepada CIA.. serta sebahagian ejen perisikkan Mosad Israel dari negara kuasa besar di luar negara..
Pembohongan demi pembohongan beliau semakin lama semakin terbongkar.
Pemerintahan umno dibawah Najib telah terbukti sungguh mengejutkan,
di dlm surat dari Bahagian Agensi Perisikan Rahsia di Jabatan Perdana Menteri (Research Divisyen) kepada Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) menunjukkan seolah olah Negara kita menyembah tunduk kepada mereka hinggakan perlu minta bantuan supaya membantu Umno menang dalam PRU 14 di dalam negara kita sendiri ,Malaysia .
Soal dalaman Parti, dan keadaan semasa negara khususnya dilaporkan terus kepada Agensi Perisikkan di luar negara .
Untuk apa?
Perkara dalam kain baju sendiri pun hendak diceritakan kepada negara kuasa besar diluar yang sememangnya tiada kena mengena langsung dengan soal kesejahteraan dan kemakmuran negara Kita Yang tercinta ini ?
Dengan terang, Najib sahaja yang punyaai kuasa penuh serta arahan terhadap Agensi Perisikan Rahsia ini .(Researh Divisyen)Prime Ministers Office ( PMO ).
Namun apabila tiap kali ditanya soalan ,
Najib sering berbohong dan jawapan yang sering didengari adalah tidak tahu.
Ianya pembohongan yang tiada berkesudahan.
Dengan bukti dokumen surat ini , terbukti Najib dengan jelas telah berbohong lagi.
Ianya sungguh mengejutkan,serta memalukan,,,
Najib yang mengetuaai Umno telah menjatuhkan,menjual maruah seluruh bangsa dan negara Malaysia .
Najib serta Umno telah membuatkan maruah serta imej negara Malaysia dan rakyat keseluruhannya di tahap terendah sekali di mata dunia.
Seluruh rakyat berasa teramat malu dan sangat kecewa terhadap perbuatan umno dan Najib ini ketika berkuasa .
Najib Seorang Presiden Umno,juga merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang sebelum ini telah diberi kepercayaan penuh untuk memimpin di negara tercinta yang merdeka serta berdaulat ini,
Kini seluruh Ahli Umno serta Rakyat berasa amat amat kesal dengan sikap serta perbuatan bekas pemimpin yang begitu dipercayaai dan diharapkan ini.
Pembohongan demi pembohongan kian terbongkar lagi.
Najib serta Umno telah meletakkan situasi umpama negara kita yang tercinta ini seolah dijajah kembali tanpa diketahui oleh rakyatnya .
Ianya suatu pembohongan serta tindakkan menjual negara , tindakkanya itu hanyalah untuk kepentingan dirinya sendiri serta Umno , tanpa memikirkan maruah rakyat serta negara keseluruhannya tercemar.
Apa yang dilihat didalam dokumen surat ini , Najib sebagai ketua negara perlu tunduk dan ikut telunjuk apa sahaja yang kuasa besar dari luar itu mahukan , Segala apa perkara dalaman pun perlu dilaporkan serta minta dari mereka pula.
Pemimpin apa jika macam ini ?
Ianya cukup memalukan,,, Malaysia adalah sebuah negara merdeka yang bermaruah serta berdaulat.
Tindakan seperti ini tidak seharusnya dilakukan oleh Umno dan Najib. Ianya suatu pengkhianatan dan penghinaan yang teramat besar terhadap negara tercinta .
Sumber : ohmymedia.cc
Friday, July 20, 2018
Rais: Apa pentingnya murid tukar kasut hitam?
Rais: Apa pentingnya murid tukar kasut hitam?: Bagi bekas menteri itu, keputusan berkenaan pastinya menggembirakan gudang kasut kerana terdapat 7 juta murid sekolah.
Utk pengetahuan dato2 yg berhormat sekarang anak2 sekolah ada dua pasang kasut berwarna putih dan hitam. Selalunya pd hari ahad ( minggu 1,2,4) kasut putih, hari khamis atau jumaat kasut putih jika sk itu gunakan baju melayu atau baju kurung putih. Kasut hitam pula digunakan pada hari kokurikulum, pengawas sekolah. Antara hari Isnin hingga rabu , jika pendidikan jasmani 2 hari, guna kasut sukan atau kasut hitam. Hari kokurikulum , pakai uniform guna kasut hitam. Secara keseluruhan anak2 kita guna kasut putih cuma hari Ahad sahaja. Fikirkalh ibu bapa kena beli tiga pasang kasut putih, hitam dan kasut sukan (yg mampu) atau dua pasang kasut hitam dan putih. Jika sepasang sahaj warna kasut memudahkan ibu bapa.
Bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim keputusan
Kementerian Pelajaran yang membuat peraturan baru bahawa mulai tahun
depan murid-murid tidak lagi perlu berkasut putih.
“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam? Takda
hal ehwal yg lebih pentingkah?” soalnya dalam ciapnya di Twitter.
Bagi Rais yang juga adalah bekas menteri, kerajaan Pakatan Harapan
(HARAPAN) seharusnya memberi tumpuan kepada perkara atau masalah yang
lebih mendesak.
“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? Bukan kasut hitam,” katanya.
Secara sinis beliau juga menyindir Menteri Pelajaraan Dr Maszlee
Malik yang semalam mengumumkan bahawa mulai penggal 2019 pelajar akan
dibenarkan memakai kasut hitam.
“Gudang kasut tentu gembira - 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350-400 juta,” kata Rais.
Semalam, Maszlee dilaporkan berkata keputusan berkenaan dibuat hasil maklum balas yang diterima kementerian daripada ibu bapa.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat kementeriannya selepas menerima
banyak aduan daripada ibu bapa mengenai kerumitan yang dihadapi
disebabkan penggunaan kasut putih.
"Ramai ibu bapa meminta agar anak-anak mereka tidak lagi menggunakan kasut putih,” katanya.
Sementara itu ciapan Rais itu mendapat sambutan daripada pengguna warga maya yang menyokongnya.
Antaranya, adalah Senator Dr Syed Husin Ali yang juga adalah bekas
pemimpin PKR yang berpendapat keputusan itu bakal membebankan golongan
miskin.
“Lagi pun tukar kasut ini menjadi beban kepada keluarga miskin. Patut buat kajian mendalam dulu di kalangan ibubapa,” katanya.

Diterbitkan |
Dikemaskini

Thursday, July 19, 2018
JPM minta AS sokong Najib jika BN menang tipis
JPM minta AS sokong Najib jika BN menang tipis: EKSKLUSIF | Lima hari sebelum PRU 9 Mei, bahagian penyelidikan Jabatan Perdana Menteri telah menulis surat kepada pengarah CIA.
pilihan raya umum 9 Mei, bahagian penyelidikan Jabatan Perdana
Menteri yang disebut sebagai unit risikan telah menulis surat kepada
pengarah CIA, Gina Haspel.
Surat tiga halaman yang dilihat Malaysiakini itu menyatakan
bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka memenangi pilihan
raya dengan hanya undi secukupnya untuk membentuk kerajaan.
Bagaimanapun, surat itu meminta AS menyatakan sokongan terhadap
pentadbiran Najib walaupun cuma menang dengan 'majoriti mudah atau hanya
satu kerusi'.
"Saya berharap pihak tuan akan dapat melaporkan kepada setiausaha
negara mengenai kerumitan mengurus pilihan raya ini oleh Perdana Menteri
Najib dan keperluan untuk mendapat dukungan AS bagi kerajaan sekarang
walaupun kami memenangi pilihan raya dengan mudah majoriti atau hanya
satu kerusi.
"Sebarang petunjuk bahawa kerajaan AS akan terus menyokong Perdana
Menteri Najib dan kerajaannya pasti akan memperkuat kestabilan kami dan
meningkatkan hubungan mesra sedia ada yang didorong oleh hubungan erat
antara kedua pemimpin," katanya.
Sumber rapat dengan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengesahkan surat berkenaan adalah sahih tetapi enggan mengulas lanjut.
Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam,
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) mendakwa tidak tahu
mengenai surat tersebut dan berkata risikan sepatutnya memastikan
keselamatan negara dan bukan mengenai soal pilihan raya.
"Saya tidak fikir risikan harus terbabit dalam usaha memenangi pilihan raya.
"Perisikan tidak sepatutnya melakukan apa-apa dalam pilihan raya.
Pilihan raya adalah mengenai kehendak rakyat, pilihan raya adalah
mengenai demokrasi,"kata Saifuddin.
Surat dialamatkan kepada pengarah CIA yang dilantik pada akhir Mei di
bawah pentadbiran Donald Trump itu turut menyentuh mengenai
Mahathir bekerjasama dengan pembangkang.
"Tuan mesti dimaklumkan dengan baik bahawa Mahathir, pada dasarnya
bukanlah seorang tokoh pembaharuan yang dapat meningkatkan kepentingan
negara kerana beliau menyertai pembangkang untuk kepentingan diri
sendiri.
"Sementara itu, pembangkang berharap dapat mempergunakan kehebatannya
(Mahathir) dalam politik untuk mengalahkan perdana menteri Najib,"
kata surat yang ditulis oleh ketua pengarah bahagian penyelidikan JPM,
Datuk Hasanah Ab Hamid.
'Mahathir anti-barat, Najib pro-AS'
Surat itu turut menyebut Mahathir yang berusia 93 tahun pada masa
lalu merupakan seorang yang "anti-Barat, anti semitik, kuku besi dan
mendiamkan kritikan melalui kekerasan, tidak mempedulikan hak asasi
manusia dan kedaulatan undang-undang. "
"Sepanjang tempohnya, Akta Keselamatan Dalam Negeri disalahgunakan
untuk agenda politiknya sendiri dan membenarkan beliau memerintah
Malaysia selama lebih dua dekad," katanya.
Sebaliknya, surat itu mengatakan sepanjang 9 tahun pentadbiran Najib,
beliau menunjukkan rekod yang baik bukan sahaja dasar asing yang
progresif tetapi juga menyumbang kepada keselamatan melalui penglibatan
aktif dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan di rantau ini .
Walaupun pengkritik termasuk Mahathir (gambar) menuduh Najib
berpaling kepada China, surat tersebut menyatakan bekas perdana menteri
itu akan memihak kepada AS.
"Tidak seperti Mahathir, Najib dikenali sebagai sekutu Amerika yang kuat dan akan terus menyokong kehadiran AS di rantau ini.
"Tanpa Najib yang bertanggungjawab ke atas negara ini, Amerika
Syarikat akan kehilangan rakan kongsi yang boleh dipercayai di Asia
Tenggara memandangkan Filipina telah melepaskan diri dari Washington,
Singapura dan Brunei terlalu kecil untuk membuat impak dan Thailand
serta Indonesia dibelenggu masalah domestik mereka sendiri.
"Sementara itu, negara-negara Indo-China kecuali Vietnam terlalu cenderung ke arah China, "katanya.
Menurut surat itu, Malaysia juga mengalu-alukan kehadiran AS di
rantau ini, terutamanya di Laut China Selatan untuk memberi keseimbangan
terhadap ketegasan maritim China.
Malaysiakini, Sarawak Report turut disebut
Surat itu juga menyebut Malaysiakini dan Sarawak Report dengan mendakwa pembangkang menyebarkan cerita negatif mengenai dasar politik dan sosio-ekonomi melalui portal berkenaan.
"Terdahulu, mereka (pembangkang) telah menubuhkan NGO seperti BERSIH
Global untuk menganjurkan pemberontakan seperti Arab-Spring di Malaysia.
"Pada tahun 2016, harapan pembangkang untuk menjadi kerajaan kelihatan agak menjanjikan kerana Mahathir menyertai mereka.
"Ironinya, selama 20 tahun gerakan 'reformasi' oleh Anwar Ibrahim
adalah untuk menentang dan melawan kezaliman Mahathir," tambahnya.
Saifuddin, dalam temu bualnya dengan Malaysiakini, berkata kerajaan sekarang mempunyai pandangan berbeza mengenai soal risikan.
"Sekiranya kita mempunyai unit perisikan atau jabatan, yang bukan
perkara luar biasa bagi mana-mana kerajaan, risikan mestilah mengenai
memastikan keselamatan negara dan rakyatnya dan bukan mengenai politik,"
katanya.
Menteri itu juga mendedahkan bahawa kerajaan Pakatan Harapan
(HARAPAN) akan mengkaji semula peranan anggota polis Cawangan Khas
dalam memantau ahli-ahli politik.
"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak (Menteri Dalam Negeri) (Tan
Sri) Muhyiddin (Yassin) tetapi saya percaya beliau melihat aspek ini di
mana urusan utama pasukan polis adalah mengenai keselamatan dan bukan
untuk memastikan pihak tertentu memenangi pilihan raya atau sesuatu
seperti itu," tambahnya.
PH akan tanggung dosa jika tak tunai, kata Dr M
Diterbitkan |
Dikemaskini
Dikemaskini
Menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai sama
ada janji dalam manifesto akan ditunaikan atau hanya sebagai panduan,
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mendapati beberapa rintangan
yang perlu diatasi terlebih dahulu sebelum janji-janji dapat ditunaikan.
Menurut perdana menteri, antaranya adalah aspek perundangan.
“Saya tak sedar bahawa Rembau (Khairy) anggap manifesto itu sebagai
buku suci, kalau pun dia anggap demikian kami anggap ini manifesto,
tidak mengikat kita sehingga tidak boleh bergerak, apabila kita cuba
laksanakan kita dapat banyak rintangan.
“Umpamanya undang-undang lama yang digubal bekas kerajaan..., semua ini mejadi halangan kepada pelaksanaan janji-janji kami.
“Kalau kami berdosa, kami tanggunglah. Tapi tidak anggap manifesto sebagai al-Quran atau Bible,” kata beliau.
Walau bagaimanapun, kata beliau, tumpuan kerajaan Pakatan Harapan
(HARAPAN) bukan sekadar melaksanakan janji-janji mereka, tetapi usaha
turut dibuat untuk memperbaiki semula pentadbiran kerajaan.
“Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu dilaksanakan
kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan daripada
kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda
jentera kerajaan terdahulu," kata Dr Mahathir.
Menurutnya, usaha itu ntaranya menerusi tindakan undang-undang
terhadap jenayah yang dikesan dalam kerajaan, usaha mengesan dan membawa
balik wang milik kerajaan yang hilang, menyusun semula jabatan dan
seumpanya.
Dr Mahathir hari ini kembali menjawab soalan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat selepas 15 tahun.
Beliau dilihat masih ‘berbisa’ dan belum ‘hilang sentuhan’ meskipun kini sudah mencecah usia 93 tahun.
Seperti lazimnya, beliau tetap bersikap sinikal, dan memberi jawapan sinis.
Soalan pertama yang diajukan kepada Dr Mahathir adalah berkaitan 10
janji dalam 100 hari pentadbiran kerajaan HARAPAN yang diutarakan oleh
Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).
Beliau mengakui selepas 70 hari selepas mereka membentuk kerajaan
baru sejak Mei lalu, dua daripada 10 janji itu telah dilaksana, enam
lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksana.
“Kerajaan komited untuk realisasikan kesemua janji itu atas dasar accountability kami kepada rakyat,” kata beliau.
Contohnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
sedang melihat untuk melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) untuk golongan suri rumah.
Janji yang tidak melibatkan kos juga telah dilaksana seperti
penghapusan senarai hitam melibatkan peminjam Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), katanya.
“Tumpuan bukan hanya pada 10 janji ini. Dalam 100 hari banyak kerja perlu dilaksanakan kerajaan.
“Yang utama tindakan bersihkan kerosakan hasil rasuah, salah guna
kuasa yang dilakukan jentera kerajaan terdahulu,” kata Dr Mahathir.
Wednesday, July 18, 2018
Najib, BN tak tolong Melayu, kalau ada cuma Ali Baba, kata DPMM
Najib, BN tak tolong Melayu, kalau ada cuma Ali Baba, kata DPMM: Berapa banyak projek balak diberi kepada Melayu? Soal Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia.
Pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib tidak membantu
orang Melayu dan jika adapun ia dalam bentuk Ali Baba, jelas Naib
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Datuk Fauzi Hassan.
Fauzi memberikan contoh pemberian projek-projek balak sebelum ini.
“Tanya menteri-menteri besar Umno dan PAS, berapa banyak projek balak diberi kepada Melayu?
“Yang memberi balak ini adalah kuasa menteri besar, selama 60 tahun
mereka memerintah di Terengganu, Kedah dan negeri-negeri lain berapa
banyak pembalak Melayu? Kalau ada pun (cara) Ali Baba sahaja,” katanya
menjawab soalan mengenai nasib Melayu tertindas di bawah kerajaan
HARAPAN seperti yang didakwa sesetengah pemimpin Umno.
Mengulas lanjut isu perniagaan Ali Baba ini, Fauzi juga
mendakwa pemimpin Umno sebelum ini bijak dalam memperdayakan orang
Melayu untuk dipergunakan sebagai proksi pihak yang membuat keuntungan
sebenar.
“Ini cara pemimpin Umno. HARAPAN baru pimpin 65 hari dah dipertikai,
kenapa mereka yang pimpin 60 tahun tak dipertikai?" Soal Fauzi.
Siapa dapat tanah di Johor?
Bekas Presiden DPMM Datuk Syed Ali Alattas juga bersetuju bahawa
dakwaan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menindas Melayu adalah tidak
benar.
Sebaliknya, beliau mendakwa pihak yang menindas kaum Melayu adalah
pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan BN.
“Yang menindas adalah Datuk Seri Najib dan kumpulan menterinya.
“Di Johor, siapa yang dapat tanah? Projek pasang papan tanda, siapa
dapat? Seorang Melayu pun tak dapat dan jangan haraplah, kena marah pula
lagi ada.
“Ahli saya, orang Melayu datang ke majlis perbandaran kena marah,
bukan kata nak beri tender kena galah pula lagi. Siapa yang dapat?"
Tanya beliau dalam sidang media di Ampang, Selangor, hari ini.
Bahkan, Syed Ali (gambar, atas) berkata pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat bagi mengenal pasti mereka yang mendapat tender kerajaan.
“Kita juga akan senaraikan nama-nama peniaga yang dapat dan malukan
mereka, siapa pun mereka dan dari atas hingga akar umbi kita akan
namakan mereka,” katanya.
Sebelum ini, Najib yang juga bekas perdana menteri mendakwa Melayu menjadi mangsa penindasan kerajaan baru Pakatan Harapan.
Malah, Najib yang juga bekas presiden Umno menyifatkan, orang Melayu
kini menjadi terbangsat di negara sendiri, sejak parti itu kehilangan
kuasa pada pilihan raya umum ke 14 lalu.
Dalam perkembangan lain, Syed Ali yang juga pengerusi Yayasan Kajian
dan Pembangunan DPMM (YKPD) memaklumkan Kongres Ekonomi Bumiputera kali
ketujuh akan diadakan pada 25 Ogos ini yang bakal dirasmikan oleh
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pelancaran Tabung Untuk Negara Malaysia
Malah, Syed Ali juga berkata YDKP juga akan mengadakan satu majlis
makan malam perdana pada 2 September ini bagi meraikan kemenangan Tun
Mahathir dalam PRU14.
Kata Syed Ali, pada majlis makan malam itu juga YDKP akan melancarkan Tabung Untuk Negara Malaysia atau TUNM.
Menurut Syed Ali, setakat ini pihaknya telah mengumpulkan sejumlah
RM500,000 dalam tabung tersebut dan melalui TUNM pihaknya akan
menyalurkan RM125,000 kepada Tabung HARAPAN.
Manakala baki tiga perempat jumlah tabung tersebut akan dibahagi
kepada fakir miskin, tabung dana pendidikan dan bantuan segera kepada
mereka yang memerlukan.

Akaun Najib - pendedahan siapa terima, berapa?
Akaun Najib - pendedahan siapa terima, berapa?: Siapa mereka? Berapa banyak mereka terima? Layari laman mikro Malaysiakini untuk jawapannya.
Pada 2 Julai lalu, pasukan petugas penyiasat khas mengumumkan bahawa lebih daripada 400 akaun bank dibekukan kerana disyaki menerima dana yang didakwa berasal dari 1MDB yang berjumlah RM1.1 bilion.
Akaun-akaun berkenaan didakwa menerima dana dari akaun bank peribadi
bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak. Sebahagian daripada jumlah
itu didakwa digunakan untuk kempen BN pada pilihan raya umum 2013.
Malaysiakini dalam laman mikro terkini, meneroka beberapa transaksi berkenaan.
Sejak tahun 2015, laporan antarabangsa telah mendedahkan pelbagai
transaksi yang membabitkan akaun bank Najib ketika kerajaan BN ketika
itu didakwa cuba menutup siasatan 1MDB.
Laporan antarabangsa mendedahkan sekurang-kurangnya empat akaun bank
Najib didakwa menerima dana yang kononnya diselewengkan dari 1MDB dan
SRC International.
Pada 2016, ABC News yang berpangkalan di Australia juga melaporkan
bagaimana sebahagian daripada wang dari akaun bank Najib dibelanjakan.
Ia mendakwa bahawa selain daripada tujuan politik, dana itu juga
digunakan untuk percutian dan untuk membeli kereta-kereta mewah serta
barangan kemas.
Laman mikro Malaysiakini memberi tumpuan khusus kepada penerima politik yang membabitkan satu daripada akaun-akaun itu.
Melalui akaun ini, dana AS$681 juta telah disalurkan pada tahun 2013.
Jumlah ini dirujuk sebagai "RM2.6 bilion" berdasarkan kadar pertukaran
apabila deposit itu pertama kali didedahkan oleh Sarawak Report dan Wall Street Journal pada tahun 2015.
Najib terus membela dirinya degan mendakwa bahawa wang AS$681 juta
itu adalah derma daripada keluarga diraja Arab Saudi manakala Jabatan
Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, dalam saman sivil pelucuthakan mendakwa
bahawa dana berkenaan berasal dari 1MDB.
Transaksi membabitkan SRC International Sdn Bhd tidak didedahkan
dalam laman mikro ini susulan perintah “tutup mulut” oleh Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur selepas Najib didakwa menyalahgunakan RM42 juta
daripada syarikat milik kerajaan itu. Bekas perdana menteri itu mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Secara keseluruhannya, sekurang-kurangnya RM470 juta disalurkan ke
pelbagai entiti politik melalui 102 transaksi, tidak termasuk bayaran
kepada individu, antara April 2012 dan Ogos 2013.
Umno menerima bahagian paling besar, iaitu sebanyak RM417.4 juta atau
88.8 peratus daripada jumlah dana berkenaan. Penerima terbesar
seterusnya adalah MIC yang menerima RM20.55 juta dan MCA pula mendapat
RM16.5 juta.
Wang tersebut diedarkan kepada pelbagai bahagian, sayap dan juga sebuah perpustakaan parti.
Dari segi negeri, entiti politik di Selangor adalah benefisiari
terbesar dengan jumlah RM60.25 juta diikuti oleh negeri Najib iaitu
Pahang dengan RM37.73 juta.
Negeri-negeri lain adalah Perak (RM25.2 juta), Johor (RM27.2 juta) dan Kedah (RM15.8 juta).
Walau bagaimanapun, sebahagian besar dana itu disalurkan ke entiti politik di peringkat persekutuan dengan jumlah RM275.5 juta.
Terokai urus niaga di laman mikro Malaysiakini yang bertajuk "Wang songlap dari 1MDB atau derma? Tangan-tangan politik yang terdedah".

Tuesday, July 17, 2018
Monday, July 16, 2018
Sunday, July 15, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)