Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, July 20, 2018

Rais: Apa pentingnya murid tukar kasut hitam?

Rais: Apa pentingnya murid tukar kasut hitam?: Bagi bekas menteri itu, keputusan berkenaan pastinya menggembirakan gudang kasut kerana terdapat 7 juta murid sekolah.



 Utk pengetahuan dato2 yg berhormat sekarang anak2 sekolah ada dua pasang kasut berwarna putih dan hitam. Selalunya pd hari ahad ( minggu 1,2,4) kasut putih, hari khamis atau jumaat kasut putih jika sk itu gunakan baju melayu atau baju kurung putih. Kasut hitam pula digunakan pada hari kokurikulum, pengawas sekolah. Antara hari Isnin hingga rabu , jika pendidikan jasmani 2 hari, guna kasut sukan atau kasut hitam. Hari kokurikulum , pakai uniform guna kasut hitam. Secara keseluruhan anak2 kita guna kasut putih cuma hari Ahad sahaja. Fikirkalh ibu bapa kena beli tiga pasang kasut putih, hitam dan kasut sukan (yg mampu) atau dua pasang kasut hitam dan putih. Jika sepasang sahaj warna kasut memudahkan ibu bapa. 





Diterbitkan  | 
Dikemaskini




   

Bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim keputusan
Kementerian Pelajaran yang membuat peraturan baru bahawa mulai tahun
depan murid-murid tidak lagi perlu berkasut putih.


“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam? Takda
hal ehwal yg lebih pentingkah?” soalnya dalam ciapnya di Twitter.


Bagi Rais yang juga adalah bekas menteri, kerajaan Pakatan Harapan
(HARAPAN) seharusnya memberi tumpuan kepada perkara atau masalah yang
lebih mendesak.


“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? Bukan kasut hitam,” katanya.


Secara sinis beliau juga menyindir Menteri Pelajaraan Dr Maszlee
Malik yang semalam mengumumkan bahawa mulai penggal 2019 pelajar akan
dibenarkan memakai kasut hitam.


“Gudang kasut tentu gembira - 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350-400 juta,” kata Rais.




Semalam, Maszlee dilaporkan berkata keputusan berkenaan dibuat hasil maklum balas yang diterima kementerian daripada ibu bapa.


Menurut beliau, keputusan itu dibuat kementeriannya selepas menerima
banyak aduan daripada ibu bapa mengenai kerumitan yang dihadapi
disebabkan penggunaan kasut putih.


"Ramai ibu bapa meminta agar anak-anak mereka tidak lagi menggunakan kasut putih,” katanya.


Sementara itu ciapan Rais itu mendapat sambutan daripada pengguna warga maya yang menyokongnya.


Antaranya, adalah Senator Dr Syed Husin Ali yang juga adalah bekas
pemimpin PKR yang berpendapat keputusan itu bakal membebankan golongan
miskin.


“Lagi pun tukar kasut ini menjadi beban kepada keluarga miskin. Patut buat kajian mendalam dulu di kalangan ibubapa,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...