Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, July 19, 2018

PH akan tanggung dosa jika tak tunai, kata Dr M






 

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Pakatan Harapan tidak menganggap janji manifesto pada pilihan raya umum ke-14 sebagai al-Quran atau Bible.


Menjawab soalan tambahan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) mengenai sama
ada janji dalam manifesto akan ditunaikan atau hanya sebagai panduan,
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan mendapati beberapa rintangan
yang perlu diatasi terlebih dahulu sebelum janji-janji dapat ditunaikan.


Menurut perdana menteri, antaranya adalah aspek perundangan.


“Saya tak sedar bahawa Rembau (Khairy) anggap manifesto itu sebagai
buku suci, kalau pun dia anggap demikian kami anggap ini manifesto,
tidak mengikat kita sehingga tidak boleh bergerak, apabila kita cuba
laksanakan kita dapat banyak rintangan.


“Umpamanya undang-undang lama yang digubal bekas kerajaan..., semua ini mejadi halangan kepada pelaksanaan janji-janji kami.


“Kalau kami berdosa, kami tanggunglah. Tapi tidak anggap manifesto sebagai al-Quran atau Bible,” kata beliau.


Walau bagaimanapun, kata beliau, tumpuan kerajaan Pakatan Harapan
(HARAPAN) bukan sekadar melaksanakan janji-janji mereka, tetapi usaha
turut dibuat untuk memperbaiki semula pentadbiran kerajaan.


“Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu dilaksanakan
kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan daripada
kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda
jentera kerajaan terdahulu," kata Dr Mahathir.


Menurutnya, usaha itu ntaranya menerusi tindakan undang-undang
terhadap jenayah yang dikesan dalam kerajaan, usaha mengesan dan membawa
balik wang milik kerajaan yang hilang, menyusun semula jabatan dan
seumpanya.


Dr Mahathir hari ini kembali menjawab soalan pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan dalam sidang Dewan Rakyat selepas 15 tahun.


Beliau dilihat masih ‘berbisa’ dan belum ‘hilang sentuhan’ meskipun kini sudah mencecah usia 93 tahun.


Seperti lazimnya, beliau tetap bersikap sinikal, dan memberi jawapan sinis.


Soalan pertama yang diajukan kepada Dr Mahathir adalah berkaitan 10
janji dalam 100 hari pentadbiran kerajaan HARAPAN yang diutarakan oleh
Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).


Beliau mengakui selepas 70 hari selepas mereka membentuk kerajaan
baru sejak Mei lalu, dua daripada 10 janji itu telah dilaksana, enam
lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksana.


“Kerajaan komited untuk realisasikan kesemua janji itu atas dasar accountability kami kepada rakyat,” kata beliau.


Contohnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
sedang melihat untuk melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) untuk golongan suri rumah.


Janji yang tidak melibatkan kos juga telah dilaksana seperti
penghapusan senarai hitam melibatkan peminjam Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), katanya.


“Tumpuan bukan hanya pada 10 janji ini. Dalam 100 hari banyak kerja perlu dilaksanakan kerajaan.


“Yang utama tindakan bersihkan kerosakan hasil rasuah, salah guna
kuasa yang dilakukan jentera kerajaan terdahulu,” kata Dr Mahathir.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...