Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, May 17, 2013

Gelombang Boikot BaRANGAN Cina DAP Cauvis!!



Jurucakap NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka bukan mahu bersifat rasis memboikot produk-produk berkenaan, namun sudah sampai masanya rakyat sedar dan bangkit.





"Adakah mereka dianiaya? Selama selepas merdeka siapa yang kaya? Bukan Melayu yang kaya, namun kita tidak pernah mempersoalkannya. Kenapa bangsa lain nak mempersoalkannya pula?"  dakwanya dalam satu sidang akhbar di Jalan Tun Ismail di sini hari ini.
.
Dalam pada itu, Nadzim berkata, pemboikotan yang dilakukan terhadap beberapa produk itu juga mengambil kira kepentingan kesihatan rakyat negara ini.

"Ada produk yang kita kesan mempunyai kimia yang boleh merosakkan kesihatan dan tidak ramai yang tahu mengenai perkara berkenaan," katanya.

Setakat ini, ada lima produk yang akan diboikot oleh gabungan NGO Islam dan akan ditambah dari semasa ke semasa.
.
Senarai penuh produk yang diboikot oleh NGO-NGO Islam itu boleh didapati dengan melayari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di http://www.ppim.org.my



SENARAI BARANGAN MILIK ORANG ISLAM

1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar Bukhary)
2. Bihun Jati Bernas (Syed Mokhtar Bukhary)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA)
4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Manis Pekat Saji (FELDA)
6. Susu Manis Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA)
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA)
10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12. Jem Peanut SunBear (FELDA)
13. Sardin Agromas
14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah
16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi
18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi
20. Sos Lada Hitam Sufi
21. Sos Cili/Tomato Sufi
22. Kicap Masin/Manis Sufi
23. Tepung Goreng Sufi
24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap Sufi
26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel
28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara
30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina
32. Syampoo D'herbs
33. Mydin
34. MyMart (kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung

BOIKOT BARANGAN GENG DAP

SENARAI BARANGAN SEKUTU DAP
1.Tepung Gandum Cap Sauh
2. Sri Murni Minyak Masak
3. Sri Murni Nugget
4. Marina Nugget
5. Marina Tuna
6. Aminah Hassan Sos Cili
7. Aminah Hassan Sos Tomato
8. Aminah Hassan Bihun
9. Roti Massimo
10. PowerRoot Ali Cafe
11. PowerRoot Oligo Cereal
12. PowerRoot 9SPOT ISOTONIK
13. Malta
14. NutriMalt
15. Teh Cap Masjid
16. Teh Guru Cap Masjid
17. Pau Ahmad
18. Old Town White Coffee
19. Pasaraya EconSave
20. Pasaraya KK mart
21. Pasaraya 99 SpeedMart
22. Minyak Knife
23. Minyak Buruh
24. Minyak Naturel
25. Minyak Daisy
26. Drinho ALL DRINKS
27. Isomax Isotonic
28. HomeSoy
29. Farm Crows Butter

Sebarkan dan share dalam FB anda

Copy n paste pd kawan2 kita yg lain dan mintak depa pun share dlm fb. . . Gelombang boikot ni dah nak berjaya! Tgu apa lg?  Share! Share! Share!

ANWAR DAN LIM KIT SIANG PEMBOHONG TENTANG PENIPUAN PRU13. PENJELASAN SPR....


Untuk sound yang lebih clear dan penjelasan penuh sila klik http://www.mobtv.my/current_affairs-3324.html

Video Penjelasan SPR Dan Apa Lagi Anwar Mahu, 16 September, 6 Kotak Hitam Atau Jahanamkan Negara ?

Kenapa masih ramai yang terpengaruh dengan individu yang gila hendak menjadi Perdana Menteri yang meroyan tanpa sebarang bukti.

Anwar kata seramai 40,000 pengundi bangla menjadi pengundi pada PRU13 yang lalu, tapi mana buktinya, biarpun bukti tiada warna ataupun hitam putih kemukakan bukti jika tuduhan itu benar. Lebih percaya kepada tuduhan tanpa sebarang bukti daripada mempercayai bukti hitam putih adalah tanda-tanda orang tidak waras.

Cukup-cukuplah berpolitik demi kepentingan Anwar Ibrahim yang hendak jadi Perdana Menteri, ia menyusahkan rakyat dan ianya boleh memudaratkan negara. Berapa kali nak kena tipu wahai segelintir orang muda Malaysia ? Jangan terlalu bodoh sehingga terpedaya dengan kata-kata fitnah Anwar Ibrahim.

Apa saja tuduhan yang dibuat kepada SPR mengenai undi hantu atau ketidaktelusan SPR dalam menjalankan proses pilihanraya, kemukanlah bukti, bariskanlah peguam terbaik PR dan lakukan pendakwaan keatas SPR, kenapa perlu kejalanraya ? Apa motifnya ? Secara peribadi cukuplah mempercayai dengan 16 September  dan enam kotak hitam sebelum jahanamnya negara !!! Anda Mampu Mengubahnya.
 

DAP NAK PERDAYA ANAK MUDA MELAYU JOHOR !!

AWAS BAPAK RASIS DAP NAK PERDAYA ANAK MUDA MELAYU JOHOR !! 



Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang akan mula berpantun adat Melayu untuk menawan hati dan jiwa orang Melayu Johor menerimanya sebagai peminpin di negeri itu.


Bapa Komunis Melaya ini akan gunakan pelbagai strategi bagi membeli pengaruh Melayu, sedangkan agenda utama mereka adalah "Berkuasa Secara Total" di negara ini. Berikut adalah antara strategi yang akan dilakukan dan dilancarkan oleh oleh Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah yang antaranya adalah seperti berikut;

 1. Mempengaruhi orang-orang Melayu menerima DAP dengan cara memberi sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di sekitar pekan Gelang Patah dan kampung-kampung sekitarnya. Mereka menganggap dengan cara ini akan membuatkan perasaan marah orang Melayu terhadap DAP akan menjadi kendur.


 2. Mewujudkan banyak kedai runcit yang dijamin lebih murah daripada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang mereka akan namakan sebagai Kedai Rakyat. Kedai rakyat ini akan dimonopoli oleh oarng-orang cina.


 3. Menarik anak-anak muda Melayu menyertai DAP dengan tawaran wang ringgit. Mereka telah mulakannya dengan memberi wang RM100 dengan memakai baju t-shirt yang ada lakaran gambar Lim Kit Siang seramai 100 orang anak Melayu.

 4. Melantik Ketua Pemuda DAP Bahagian Gelang patah dan beberapa jawatan kuasanya dikalangan anak-anak muda Melayu. Cara ini akan membuatkan pertelagahan yang besar dikalangan Melayu Gelang Patah iaitu antara Ketua Pemuda UMNO, PAS dan DAP.

 5. Mewujudkan ramai agen DAP dikalangan anak-anak muda Melayu dengan menawarkan ganjaran wang yang besar kepada mereka. Agen-agen ini akan menyebarkan cerita2 tentang kebaikan Lim Kit Siang untuk mempengaruhi minda orang-orang Melayu di pekan dan kampung-kampung di Gelang Patah supaya percaya dan sayang kepada DAP.

 6. Mengumpulkan beberapa anak muda Melayu yang mahir dalam ICT untuk mewujudkan satu pasukan khas seperti Red Bean Army untuk perang saraf di Parlimen Gelang Patah. DAP tidak akan gunakan mereka di kalangan ahli Pas lagi. Kumpulan anak muda ini akan berada terus di bawah DAP.


 7. Mewujudkan golongan pemikir dari Singpura yang akan memantu setiap perkembangan di Parlimen Gelang Patah dan mereka akan merangka strategi untuk dilaksanakan oleh Lim Kit Siang untuk terus DAP mencengkam kemenangan di Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang manakala Lim Kit Siang akan bertanding di Parlimen lain pula.


Strategi ini bagi memastikan pertambahan kemenangan kerusi Parlimen buat DAP. Perlu diingat, ketika ini Lim Kit Siang sedang sibuk meracau mengadakan ceramah bersama Anwar Ibrahim ke seluruh Negara. Selepas ini Kit Siang, Dr. Bo dan Salahudin Ayub akan tumpukan perhatian sepenuhnya untuk melancarkan beberapa strategi di Parlimen Gelang Patah.

 Saya berpendapat Wakil Rakyat DUN Nusajaya perlukan bantuan yang komprehensif daripada peringkat BN Negeri mahupun Pusat untuk berhadapan dengan mereka dan agen-agen yang akan mereka wujudkan.

In Sha Allah, pihak Johor Bangkit bersama rakan di Gelang Patah akan membantu apa yang terdaya. 

Mohon raka-rakan FB yang dimuliakan di sini dapat memanjangkan doa ke hadrat Allat agar ADUN Nusajaya sentiasa diberi kekuatan dan otak yang cerdas serta kesihatan yang baik menghadapi tentera-tentera kafirun dan talibarutnya.

 Tolong share dan sebarkannya kepada Saudara-Saudara Islam kita yang lain supaya tidak mudah terpengaruh dengan habuan yang ditawarkan oleh Lim kit Siang dan koncu-koncunya.

 INGAT.....LIM KIT SIANG GUNAKAN WANG RINGGIT SEBAGAI HABUAN UNTUK MENUNDUKKAN ORANG-ORANG MELAYU......INI SATU PENGHINAAN YANG WAJIB KITA ELAKKAN. PADA MEREKA "CASH IS KING", TAPI TIDAK PADA ORANG MELAYU.


Sumber: GAP

 

Wednesday, May 15, 2013

Apa Lagi AZRAN Mahu ? Melayu Bangkit Melayu Bersatu..

Zul Nordin CABAR MELAYU BANGSAT !!

Nampaknya isu Melayu bangsat yang dah lupa asal usul dan adab budaya orang Melayu masih belum selesai.Orang besar Air Asia ini rasanya dah melampau kerana tindakannya bukan sahaja mengguris hati ramai orang Melayu di luar sana tetapi membuktikan beliau adalah produk yang tersilap acuan.Kesilapan itu kerana acuan yang sedia ada di tinggalkan demi sebuah perjuangan yang kononnya lebih sofistikated maka lahirlah Azran , Melayu yang kononnya berjaya dan maju tetapi jauh tertinggal dan lupa sejarah asal usul sendiri.Baca Sini 
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu AirAsia membuat kenyataan rasmi bahawa syarikat penerbangan murah itu menarik semua iklannya daripada disiarkan di Utusan Malaysia.
Sehubungan itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin meminta Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz membuat penjelasan segera selepas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani mencemuh Utusan Malaysia dan menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di akhbar tersebut melalui akaun Twitternya.
Sekiranya itu yang berlaku beliau berkata, pihak Perkasa akan menasihatkan semua ahlinya serta orang Melayu memboikot AirAsia dan meminta mereka menggunakan perkhidmatan penerbangan lain. ‘‘
Pihak Perkasa juga akan mendesak kerajaan menarik balik semua keistimewaan yang diberikan kepada AirAsia dan meletakkan syarikat penerbangan itu sama seperti syarikat-syarikat penerbangan swasta lain,’’ katanya di sini hari ini.
Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.
Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7 Mei lalu.
Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan)."
Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia.
Laporan Utusan Malaysia itu bagaimanapun dianggap banyak pihak tidak rasis kerana sekadar melontarkan pertanyaan, malah Perdana Menteri turut mempertahankan laporan tersebut.
Dalam pada itu Zulkifli mengutuk keras tindakan Azran yang menuduh akhbar Utusan Malaysia dan Perkasa sebagai rasis.  
‘‘Ini adalah sikap neo-liberal Melayu yang dangkal tentang sejarah dan perjuangan bangsa sendiri.
Sumbangan Utusan Malaysia kepada perjuangan Melayu Islam sejak dahulu sudah terbukti.
‘‘Utusan Malaysia sentiasa istiqomah dan konsisten dalam membawa isu Melayu Islam walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmah dan fitnah,’’ katanya.sumber 
Psst semalam sahaja sudah semakin ramai mereka-mereka diluar sana yang sudah pun mengaku untuk memboikot Air Asia selagi mana manusia bernama Azran masih lagi terlibat dengan mereka.Kepada Tony dan sesiapa saja dalam Air Asia sendiri mau ingat !!
 

Anak Cina Peserta Himpunan 505 Untuk Anwar!


Himpunan membantah PRU-13 yang diberi nama ‘Himpunan 505’ terus berjalan walaupun calon-calon yang menang telah pun mula masuk ke pejabat untuk bekerja. Himpunan yang disertai oleh majoriti Cina ini turut mengadakan ‘Silent Walk’ atau berjalan senyap dengan berbaju hitam konon berkabung atas kematian demokrasi di Malaysia. Jelas sekali anak-anak muda Cina ini bukanlah dari golongan yang bijak.

Mereka tidak tahu apa itu demokrasi, mereka tidak tahu apa itu ideologi, mereka tidak tahu sistem pilihanraya, undang-undang, perlembagaan dan apa-apa jua. Kejahilan mereka ini membuatkan kita tertanya-tanya mengenai apakah yang diajar sekolah-sekolah vernakular Cina selain sikap perkauman?

Jika inilah produk sekolah vernakular, apakah layak kaum Cina mempersoalkan kualiti sekolah kebangsaan?
Kaum Cina sentiasa menganggap mereka lebih bijak dari Melayu tetapi sebenarnya anggapan itu salah. Melayu cukup bijak malah jauh lebih bijak dari kaum Cina sekiranya mereka memilih untuk menjadi bijak.
Ramai dari golongan tua Cina sebenarnya cukup maklum akan hal ini kerana itu mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan peluang untuk kaum Melayu maju, dihadkan. Mereka bimbang sekiranya kaum mereka pula yang ketinggalan di belakang.

Perlu diingatkan bahawa kaum Cina tidak mempunyai pemikiran seperti Melayu yang santai, enggan bersusah payah dan bahagia asalkan selesa. Sifat semulajadi kaum Cina itu ialah suka bersaing dan amat takut kalah. Pengasingan anak-anak Cina dari kaum lain di peringkat sekolah membuatkan daya pemikiran mereka dengan sendirinya menjadi sehala serta terhad sehingga akhirnya membentuk produk yang tidak berkualiti.

Akibatnya, mereka mudah dipengaruhi dan diperalat oleh pihak-pihak tertentu. Hari ini, kita melihat bagaimana mudahnya Anwar Ibrahim memperalatkan anak-anak muda produk sekolah vernakular yang lemah pemikiran ini dengan mengheret mereka ke dalam drama pemberontakan yang dirancangnya sekian lama.

Beliau menyogokkan ilusi kononnya rakyat, terutama kaum Cina telah dinafikan hak di bumi Malaysia dan kononnya mereka berhak mendapat lebih lagi dan akan mendapatkannya sekiranya beliau memerintah. Hakikatnya, kita semua tahu bahawa anak-anak Cina ini bukannya menyokong sangat Anwar Ibrahim. Mereka tahu bahawa Anwar hanya diperlukan untuk mendapatkan kerusi Perdana Menteri untuk DAP. Anwar hanya perlu duduk di kerusi itu sebentar sahaja, sementara membolehkan ia ‘ditukar-milik’ kepada DAP.

Sangka anak-anak Cina ini, mereka tentulah bijak kerana berjaya mempergunakan Anwar. Apa yang mereka tidak tahu ialah, Anwar sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan kerusi itu. Untuk apa beliau mengheret mereka ke perhimpunan demi perhimpunan dengan ucapan-ucapan yang semakin hari semakin ganas menghasut dan menaikkan kemarahan mereka? Untuk apa? Sedangkan rakan-rakan seperjuangannya yang menang telah pun mengangkat sumpah dan mula bekerja?

Anwar sebenarnya sengaja mencabar kerajaan dan Yang DiPertuan Agong secara terbuka. Tujuannya adalah untuk mengumpan pihak berkuasa agar menangkapnya agar anak-anak Cina yang telah ‘dirasuk’ itu akan marah dan membuat kecoh. Dalam kata lain, anak-anak Cina peserta himpunan itulah benteng, senjata dan sasaran dalam pertembungan dengan pihak berkuasa.

Bayangkan, kecederaan atau kematian walau seorang sahaja anak Cina dalam pertembungan itu pasti akan menaikkan kemarahan rakan-rakannya serta kaum Cina keseluruhannya. Ia kemudiannya akan digembar-gemburkan sebagai kekejaman polis dan seterusnya perkauman. Dalam sekelip mata sahaja, pemberontakan dan pertembungan antara kaum akan merebak sebelum anak-anak Cina itu sedar yang mereka telah terperangkap dalam satu permainan yang merbahaya. Inilah yang Anwar mahu iaitu mencetuskan anarki sehingga ia menjadi berita gempar ke seluruh dunia.

Berita ini kemudiannya akan dijadikan alasan untuk Anwar memohon bantuan asing, menjatuhkan kerajaan dan akhirnya melantik diri sebagai Perdana Menteri sebelum terpaksa melepaskan jawatan itu kepada DAP. Apapun, tidak mustahil juga yang anak-anak Cina itu sebenarnya cukup tahu akan strategi Anwar dan mereka sendiri rela menjadi kamikaze demi perjuangan ke arah Ketuanan Cina di Malaysia.

Jika benar mereka adalah ‘pejuang yang sedar dan rela’, maka sekiranya anarki benar-benar berlaku, pihak berkuasa wajib dan berhak untuk melayan mereka sebagai pemberontak dan bukannya rakyat yang tidak bersalah.

PENERANGAN KEPADA ANJING-ANJING ANWAR DAN LIM KIT SIANG TENTANG " FIRST PAST THE POST"

FIRST PAST THE POST

Jah..aku menang badminton final lawan Najib. Aku dapat 59 mata, Najib 45 je!!! Yey yey aku menang! Errmm..Bang Non, Jah fenin ni! Najib menang 2 set, hang menang satu set je. Macam mana Bang Non kata menang pulak ni! Bang Non ni sihat ke? Dah, gi makan ChinaDol sebijik!

Salam 2 all.

Nampak gaya Anwar masih dok meroyan keliling bandar menghasut rakyat yang sebenarnya pembangkang DAP-PKR-PAS yang menang PRU-13 dan dia yang patut jadi PM. Antara alasannya ialah pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat undi terbanyak, atau dipanggil undi popular.
Ramai jugak rupanya yang sama meroyan macam Anwar dok percaya kelentong dia.
Inilah yang dikatakan cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar!
Maknanya dema tak faham sistem pilihanraya first past the post yang Malaysia telah diamalkan sejak PRU-1 lagi, yang sama saperti diamalkan oleh banyak negara maju dan moden termasuk Britain dan lain-lain.
Apa makna 'first past the post'?
Maknanya siapa yang dapat kerusi 112 yang pertama dalam PRU akan menjadi Kerajaan Malaysia dan ketuanya Perdana Menteri. Sempoi kan? Senang je nak faham!
Pasal apa?
Pasal Parlimen Malaysia ada 222 kerusi. Separuh daripadanya ialah 111. Kalau BN 111, pembangkang DAP-PKR-PAS 111, itu namanya 'hung Parliament' - Parlimen tergantung. Dua-dua tidak menang dan tidak kalah. Tapi mana-mana parti dapat 112, iaitu lebih satu daripada lawannya, dia dikira menang dan jadi gomen!
Ada faham yop?
Kita tidak gunakan konsep 'undi popular' sebab kedudukan geo-politik kita tidak sama. Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen 108 Shah Alam contohnya, keluasan geografinya kecil tetapi padat, iaitu sebanyak 100,076 pengundi.
Pengundi luar bandar contohnya Parlimen 188 Silam hanya ada 51,590, separuh daripada di Parlimen Shah Alam. Tetapi kawasan geografinya terlalu luas!
Walaupun jumlah pengundi tidak sama, tetapi nilai kerusinya tetap sama - iaitu satu kerusi Parlimen daripada 222 kerusi Parlimen!
Jadi kenyataan Anwar menyatakan pembangkang menang PRU-13 kerana undi popularnya lebih walaupun sedikit kerusi adalah satu kenyataan yang bodoh lagi memperbodohkan rakyat!
Kita ambil contoh begini.
Dalam Final Badminton Piala All-Malaysia diantara Najib -lwn- Anwar, keputusannya saperti berikut:
Set 1: Najib 21 - Anwar 19;
Set 2: Anwar 21 - Najib 3;
Set 3: Najib 21 - Anwar 19.
Mike semua tahu dalam game diatas, juaranya ialah Najib yang menang 2 set menewaskan Anwar yang menang 1 set. Itulah peraturannya, first past the post. Najib melepasi post 2 set, sedangkan Anwar 1 set.
Tapi apa kata kalau Anwar melalak satu kampung kata dia menang sebab jumlah mata poin dia 59, sedangkan Najib 45 mata poin.
Nampak, mike pun dah tersenyum senget. Kalau Anwar kata dia menang, dan mengajak satu kampung pergi berlarak ke jalanraya untuk tuntut kemenangan, tentu mike akan cari wad kosong di Hospital Mental Tanjung Rambutan untuk masukkan Anwar dan para penyokong dia, betul kan yop?
Jadi ringkasnya, janganlah perbodohkan diri sendiri dengan mengikut manusia desperado dan bodoh; yang dek kerana terlalu gila meroyan nak ke Putrajaya, sampai sanggup memperbodohkan rakyat!
Bagitahu Anwar kita tidak sebodoh dia; tolak Anwar seratus satu peratus yop!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias senor!
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
05 Rejab 1434
16 Mei 2013
*Ilustrasi badiminton diatas adalah daripada idea kreatif blogger www.rbfonline.net
 

Melayu Islam Hanya Minoriti Dalam PR




Selepas selesai proses penamaan calon sempena PRU-13 pada 20 April 2013 yang lalu, jentera propaganda pakatan pembangkang sibuk mendabik dada mendakwa PR paling layak disokong oleh orang Melayu Islam kerana sebahagian besar calonnya adalah keturunan Melayu dan beragama Islam.
Mereka mengusung angka 139 mewakili calon Melayu Islam dalam PR di peringkat Parlimen berbanding hanya 132 orang sahaja calon BN dari keturunan Melayu Islam bagi menunjukkan suara orang Melayu Islam lebih dihargai dalam PR berbanding BN.
Di lihat dari angka 132 orang calon Melayu Islam dari BN itu memang kecil berbanding 139 calon Melayu Islam dalam PR. Tapi angka 139 itu tidak mencerminkan mencerminkan kesungguhan sebenar PR dalam menjaga kuasa politik dan hak orang Melayu dan Bumiputera Islam, itu hakikatnya.
Angka 139 itu hanya betul dari segi kuantiti yang terbukti tidak berkualiti apabila realiti semasa menunjukkan selepas hari pengundian 5 Mei 2013 akhirnya hanya tinggal 37 orang sahaja wakil Melayu Islam dalam PR yang memenangi kawasan Parlimen yang ditandingi dalam PRU-13.
Dari 37 orang itu pula terbahagi kepada tiga yakni 21 di pihak PAS dan 14 mewakili PKR yang mana sebahagian dari mereka ini adalah Melayu Liberal. Sementara dua orang lagi wakil Melayu Islam datangnya dari DAP termasuklah seorang daripadanya adalah Cina mengaku Melayu iaitu Zairil Khir Johari atau nama betulnya Christopher Ross Lim.
Persoalannya, adakah dengan wujudnya 37 suara Melayu Islam dalam PR itu besar maknanya dalam menentukan hala tuju PR? Tentu sekali tidak, kerana di kira dari sudut mana sekali pun ia tetap minoriti berbanding baki 52 orang wakil PR berbangsa Cina dan India.
Majoriti besar orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera yang lain tidak mungkin menyokong PR selagi mana DAP mendominasi hala tuju pakatan itu apatah lagi dengan dasar liberal PR dalam hal agama Islam. Di tambah pula dengan PR itu sendiri bergerak atas kerjasama rapuh yang berubah-ubah pendiriannya, mana mungkin sanggup orang Islam memberikan sokongan.
Ketika Melayu Islam lebih ramai dalam PR sebelum PRU-13 dulu pun, para pemimpin PR gagal mempertahankan hak Melayu Islam dari sudut agama dan akidah misalnya, apa lagi yang nak diharapkan dari suara kecil minoriti yang berjumlah cuma 37 orang itu? Agaknya makin galak mereka berjuang untuk kepuasan si abang besar DAP.
Berbanding BN yang mana lebih 100 wakilnya di Parlimen adalah kaum Melayu dan Bumiputera Islam, jelas sekali menunjukkan BN lebih mendapat tempat di hati pengundi beragama Islam kerana wujudnya polisi yang lebih meyakinkan mereka berbanding retorik dan propaganda murahan dari PR yang hakikat praktikalnya ditentukan oleh kaum Chauvinis Cina dari DAP.
PRU-13 yang lalu menonjolkan pendirian jelas orang Melayu Islam yang cenderung bersama BN kerana terbukti sama ada ketika susah atau senang, hak majoriti rakyat Malaysia yakni yang terdiri dari kalangan Melayu Islam dan Bumiputera lain tetap terjamin sementara hak kaum lain juga tidak tergugat selagi mana mereka menghormati penduduk majoriti negara ini.

Rancang Tawan Putrajaya Guna Kekerasan?

PR Rancang Tawan Putrajaya Guna Kekerasan?

Oleh Nor Azlina Shaari
Agak pening dan bingung sebenarnya memikirkan apa lagi puak pembangkang termasuklah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat tidak puas hati dengan keputusan PRU13.

Sekejap menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekejap kemudian menuduh Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalang kekalahan PR dalam pilihan raya.

Ternyata mata dan hati mereka masih lagi buta untuk melihat dan menilai apatah lagi menganalisis fakta kekalahan atau kemenangan parti-parti politik dalam PRU13. Walhal PR masih berjaya mengekalkan kuasa mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Walaupun PR berjaya menumpaskan BN di beberapa kawasan dan memperlihatkan kemenangan mereka, masih lagi hati mereka penuh dengan perasaan dengki dan dendam. Ibaratnya, tidak berpuas hati, sudah diberi betis nak peha pula.

Selepas keputusan rasmi PRU13 dikeluarkan dimana BN menang 133 berusi Parlimen berbanding PR hanya 89, maka, bermulalah strategi pembangkang untuk menzahirkan rasa protes mereka.

Di sini letaknya kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana mudah melupakan janji beliau di mana mahu bersara sekiranya kalah dan gagal menawan Putrajaya selepas PRU13.
Mungkin kerana langsung tidak punyai rasa malu lagi, Anwar memutar belit kata-katanya sendiri termasuklah mengadakan himpunan protes di Kelana Jaya pada 7 Mei lalu.

Dalam ucapan Anwar sendiri, masih lagi tidak berhenti menabur fitnah dan menyemai rasa benci kepada BN dan kerajaan dalam diri penyokong-penyokong bodoh yang hadir. Dengan berasaskan kata-kata tanpa bukti dan fitnah, mudahlah untuk orang bawahan dan pengikut Anwar mempercayai kata-kata Anwar.

Seperti yang semua tahu, tindakan Anwar dan PR tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka masih lagi merancang pelbagai strategi untuk terus memprotes keputusan PRU13 termasuklah usaha untuk menghuru-harakan keadaan negara.

Buktinya, ketika ini terdapat kumpulan pro-PR sedang merancang dan mengumumkan secara terbuka mahu menawan Putrajaya dengan cara kekerasan melalui cara mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran tidak lama lagi.

Kumpulan Asalkan Bukan UMNO (ABU) mengatakan mahu mengadakan perarakan besar-besaran dan memaksa untuk peralihan kuasa Putrajaya diserahkan kepada PR. Mereka kerap melaungkan niat mahu menumbangkan BN dan memberitahu demokrasi sudah tidak sesuai untuk digunakan dalam isu menawan Putrajaya.

Tindakan mereka ini seperti cakap tak serupa bikin. Mana kemahuan mereka yang mahukan sebuah negara yang demokrasi sedangkan mereka sendiri tidak mahu menggunakan cara yang demokrasi dalam menangani perasaan tidak bijak mereka itu?

Cara mudah untuk memuaskan nafsu dan kepentingan bodoh mereka yang hanya mahukan kuasa semata-mata, mereka memilih jalan sebagai cara untuk menuntut hak yang semestinya bukan milik mereka.
Buat penyokong-penyokong PR, sudah kalah, terimalah kekalahan dengan hati terbuka. Jangan terus menuding jari kepada orang lain seperti apa yang Anwar dan Azmin lakukan.

Seharusnya, mereka perlu bermuhasabah diri dan merenung di mana silap dan salah mereka hinggakan Tuhan menghukum mereka dengan tidak memberikan kemenangan dalam PRU13.

 

SENARAI PENUH MENTERI & TIMBALAN MENTERI KABINET BARU MALAYSIA TAHUN 2013

Senarai penuh kabinet Menteri dan Timbalan Menteri tahun 2013




PERDANA MENTERI:
YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)

TIMBALAN PERDANA MENTERI:
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)

JABATAN PERDANA MENTERI:

MENTERI:
(1) YB DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (UMNO)
(2) YB DATO’ SRI ABDUL WAHID BIN OMAR (SENATOR -BERKUATKUASA 5 JUN 2013)
(3) YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA (SENATOR)
(4) YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP (PBRS)
(5) YB DATO’ SERI SHAHIDAN BIN KASSIM (UMNO)
(6) YB PUAN HAJAH NANCY BINTI SHUKRI (PBB)
(7) YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN (PRS)
(8) DATUK PAUL LOW SENG KWAN (SENATOR)

TIMBALAN MENTERI:
(1) YB DATUK RAZALI BIN IBRAHIM (UMNO)
(3) WAYTHA MOORTHY PONNUSAMY (SENATOR)

MENTERI KEWANGAN:
(1) MENTERI KEWANGAN I: YAB DATO’ SRI HAJI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK (UMNO)
(2) MENTERI KEWANGAN II: YB DATO’ SERI HAJI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH (UMNO)

TIMBALAN MENTERI:
(3) YB DATUK AHMAD BIN MASLAN (UMNO)

MENTERI PELAJARAN DAN PENGAJIAN TINGGI:
(1) MENTERI I: YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN YASSIN (UMNO)
(2) MENTERI II: YB DATO’ SERI IDRIS BIN JUSOH (UMNO)
(3) TIMBALAN MENTERI I: YB DATUK MARY YAP KAIN CHING (PBS)
(4) TIMBALAN MENTERI II: YB TUAN P. KAMALANATHAN A/L P.PANCHANATHAN (MIC)

MENTERI DALAM NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR (PBB)

MENTERI PERTAHANAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ABDUL RAHIM BAKRI (UMNO)

MENTERI BELIA DAN SUKAN:
(1) MENTERI : YB TUAN KHAIRY JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SARAVANAN A/L MURUGAN (MIC)

MENTERI KERJA RAYA:
(1) MENTERI : YB DATO’ FADILLLAH YUSOF (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ROSNAH BINTI ABDUL RASHID SHIRLIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MUSTAPA BIN MOHAMED (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. HAMIM BIN SAMURI (UMNO)

MENTERI PENGANGKUTAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI HISHAMUDDIN BIN TUN HUSSEIN (UMNO) (MEMANGKU)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB. DATUK AB. AZIZ KAPRAWI (UMNO)

MENTERI LUAR NEGERI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI ANIFAH BIN HAJI AMAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDDIN (UMNO)

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HASAN BIN MALEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD. HANIPAH (SENATOR) (UMNO)

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI AHMAD SHABERY BIN CHEEK (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI (UMNO)

MENTERI SUMBER MANUSIA:
(1) MENTERI : YB DATUK RICHARD RIOT ANAK JAEM (SUPP)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ ISMAIL BIN ABD. MUTTALIB (UMNO)

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SHAFIE BIN HAJI APDAL (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI (PBB)

MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ HAJI ABDUL RAHMAN BIN DAHLAN (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ HALIMAH BINTI MOHD SADDIQUE (UMNO)

MENTERI KESIHATAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI SUBRAMANIAM (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SERI HILMI BIN YAHAYA(UMNO)

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN (SENATOR)

MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI DOUGLAS UGGAH EMBAS (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON (UMNO)

MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI (PBS)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ SRI MAHDZIR BIN KHALID (UMNO)

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
(1) MENTERI : YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN (UMNO)

MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN:
(1) MENTERI : YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ (UMNO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ JOSEPH SALANG ANAK GANDUM (PRS)

MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
(1) MENTERI : YB DATUK DR. EWON EBIN (UPKO)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH (UMNO)

MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
(1) MENTERI : YB DATUK SERI G. PALANIVEL (MIC)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATO’ DR. JAMES DAWOS MAMIT (PBB)

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
(1) MENTERI : YB DATUK ROHANI BINTI ABDUL KARIM (PBB)
(2) TIMBALAN MENTERI : YB DATUK AZIZAH BINTI MOHD. DUN (UMNO)

Monday, May 13, 2013

AKHBAR CINA SALAHKAN DAP ??


PRU-13 memperlihatkan kesumat kaum Cina yang tidak pernah padam kerana terpaksa menerima pemerintahan kerajaan Melayu.Jelas,mereka berada di sini bukan atas kehendak mereka tetapi ‘terpaksa’ kerana nenek moyang mereka telah mengambil keputusan untuk terus tinggal di negara bertuah ini.Semua orang sedia maklum bahawa kaum Cina secara azalinya adalah kaum yang mempunyai sifat perkauman tegar selain kiasu atau chauvinis iaitu tidak mungkin mengaku salah atau mengaku kalah.Di sinilah letaknya perbezaan antara sifat nasionalis dengan sifat assobiyah iaitu dalam mengakui kesalahan yang dilakukan oleh pihaknya.Seorang nasionalis akan mempertahan dan membela kaumnya tetapi tetap bersikap adil dan tidak menindas atau membenci kaum lain.Tetapi,seorang yang mepunyai sifat assobiyah atau perkauman akan mendiamkan kesalahan rakan-rakan sendiri serta membenci sesiapa sahaja yang bukan dari kalangan mereka. Secara dasarnya, tiada siapa dapat menafikan yang kaum Cina merupakan kaum yang paling berjaya di Malaysia. 
Oleh itu,laungan bahawa mereka tertindas dan kerajaan Melayu rasis,dengan sendirinya tidak masuk akal.Bagaimana mereka boleh menyatakan diri mereka tertindas jika di masa yang sama mendabik dada bongkak sebagai kaum yang paling kaya ??? Adakah orang kaya,mewah malah mampu mengugut dan menekan orang lain,dikatakan sebagai golongan yang tertindas ??? Justeru,perjuangan kaum Cina untuk ‘keluar dari penindasan’ melalui PR merupakan satu penipuan terhadap semua termasuk diri sendiri.‘Idea’ bahawa mereka ditindas dicetuskan oleh puak-puak ekstremis Cina seperti Dong Zong dan juga DAP.Kedua-dua pihak ini tidak boleh menafikannya kerana ia sudah jelas terbukti dari ceramah-ceramah dan kenyataan-kenyataan mereka di mana-mana yang sering menuduh ‘kaum Cina dianaktirikan’ kerajaan.Idea ini kemudian disebar dan disemarakkan oleh akhbar-akhbar Cina.Melalui sekolah-sekolah vernakular,kaum ini kini berjaya membentuk generasi yang berpegang kuat kepada ‘idea’ ini. 
Oleh itu,generasi inilah yang kita lihat memegang bendera Malaysia secara terbalik dan yang berhimpun di Stadium Kelana Jaya.Nampaknya,apa yang kaum Cina inginkan iaitu menunjuk kekuatan dan memberi tekanan kepada kerajaan melalui PRU-13 telah pun berjaya.Harapan mereka,ia akan menakutkan kerajaan dan orang Melayu serta semua pihak akan semakin menghormati mereka. Harapan mereka juga agar kerajaan akan semakin tunduk kepada mereka.Namun,sepertimana Lim Kit Siang tersilap hitung akan tindak-balas kaum Melayu dalam Tragedi 13 Mei A.K.A hari ini,begitu jugalah dalam PRU-13.Kaum Melayu tidak tunduk,tetapi kembali bangkit mencabar mereka.Kit Siang gagal mengingatkan kaumnya bahawa sabar Melayu ada hadnya,baik Melayu juga ada hadnya walaupun secara luaran,ia kelihatan seperti tidak terhad.Kaum Cina adalah minoriti,itu hakikat yang tidak boleh dinafi. Sebagai pendokong demokrasi, seperti yang dilaungkan,maka kaum Cina wajib menerima hakikat bahawa suara majoriti adalah lebih utama dari suara mereka. 
Oleh itu,mereka seharusnya bersyukur kerana walaupun hanya minoriti,suara kaum mereka cukup luas,malah terlalu luas sehingga tidak terkawal.Bagaimanapun, dengan penolakan padu dari kaum mereka terhadap kerajaan dalam PRU ini,iaitu sehingga 97%, ia sebenarnya hanya melemahkan lagi kaum Cina, dan bukannya menguatkan lagi suara mereka.Namun,mereka bernasib baik kerana sifat Melayu itu bukanlah kejam dan bukanlah bodoh seperti kaum Cina yang berpegang kepada sifat perkauman membuta tuli.Menafikan terus suara kaum Cina hanya mengundang bencana,tetapi dalam pada itu,kita tidak boleh menafikan bahawa suara mereka kini hanya tinggal 3% sahaja.Apa yang kerajaan amat terkilan dengan keputusan PRU kali ialah hakikat bahawa kaum Cina tidak pernah setia kepada negara ini. Mereka juga tidak pernah ikhlas kepada Barisan Nasional.Semua yang mereka lakukan, kebaikan yang mereka tunjukkan hanyalah untuk kepentingan diri.Mereka menipu,memanipulasi serta menikam belakang kerajaan yang begitu banyak bertolak ansur dan mengalah dengan mereka selama ini.Mereka tidak langsung berkongsi aspirasi muhibbah,1Malaysia, dengan sebenar-benarnya walaupun sering memaksa orang lain berbuat demikian.Malangnya,sehingga ke hari ini juga,kaum Cina masih lagi tidak melihat masalah ini sebagai masalah ‘keikhlasan’ dan ‘pengkhianatan’ mereka kepada BN,kerajaan atau negara. 
Oleh itu,masih ada suara-suara Cina yang menyuruh kerajaan terus mengalah dan mendengar kata mereka konon untuk mendapatkan kembali sokongan mereka.Masalahnya,mereka sudah menerima lebih dari sepatutnya yang diterima oleh minoriti negara lain dan kerajaan tidak boleh terus menerus tunduk semata-mata untuk menjaga sensitiviti mereka.Selama ini,akhbar Utusan Melayu sering diserang sebagai rasis.UMNO dituduh rasis.Perkasa dicop sebagai rasis.Semuanya hanya kerana sering mengingatkan mereka bahawa mereka sudah cukup segala-galanya.Yang rasis adalah mereka yang berdegil ingin memisahkan dan melebarkan jurang antara kaum melalui sekolah vernakular,UEC dan macam-macam lagi dan mereka itu tidak lain tidak bukan adalah akhbar-akhbar Cina, Dong Zong dan juga DAP. 
Kini,setelah menyedari bahawa ‘tsunami’ PRU-13 mereka tidak mampu menumbangkan kerajaan Melayu, malah melemahkan lagi suara kaum Cina,maka mereka mula berpandang-pandang sesama sendiri dan tertanya-tanya, “apa seterusnya ???” Maka,akhbar-akhbar Cina pun menyalahkan DAP atas apa yang berlaku.Mereka menyindir bahawa roket kini terhempas kerana DAP terlalu bermain dengan emosi.Akhbar-akhbar Cina seolah-olah ingin menepis kemarahan Datuk Seri Najib atas tindakan mereka yang sering mengapi-apikan perkauman tetapi di masa yang sama menyalahkan Utusan.saya pesan untuk akhbar cina,tidak perlulah akhbar Cina menyalahkan DAP atau sesiapa kerana kita cukup tahu bahawa akhbar Cina,DAP mahupun Dong Zong dan juga sebahagian besar MCA dan Gerakan bergerak sebagai satu entiti iaitu ; ‘Cina’.Kaum ini tidak mungkin menjadi nasionalis dan tidak mungkin dapat mengubah pemikiran mereka selagi mereka dididik dan dipupuk di rumah dan di sekolah-sekolah vernakular serta disogok pula oleh media-media mereka dengan sentimen dan aspirasi keCinaan.Justeru,apa jua yang mereka lakukan dan fikirkan adalah atas dasar kepentingan kaum mereka semata-mata, bukan negara dan tentu sekali tidak melibatkan masyarakat dari kaum lain dan inilah hakikat yang kerajaan perlu pegang kuat-kuat sebelum menggariskan hala tuju pemerintahan negara pasca PRU-13.
 

Usaha Menyatukan UMNO-PAS Harus Di Teruskan - Ustaz Nasha


Umno dan Pas harus menjadikan agenda penyatuan kedua-dua parti itu usaha berterusan demi mengukuhkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, kata bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. Katanya, berdasarkan perubahan landskap politik selepas Pilihan Raya Umum 2008, Pas memulakan usaha berkenaan tetapi tidak kesampaian.

"Bagi saya penyatuan Pas dan Umno mesti menjadi agenda berterusan. "Cuma saya tidak boleh terima apabila ada yang hendak usahakan lagi penyatuan Pas dan Umno ada yang mengatakan muka mereka hendak diludah...ini ajaran agama mana?" katanya ketika berucap pada program Wacana Kepimpinan Survival Ummah di sini,semalam.

Nasharuddin berkata, perbezaan pandangan bukan isu utama demi menjayakan penyatuan kedua-dua parti yang mempunyai teras perjuangan sama iaitu mempertahankan agama Islam dan Melayu. "Soal penyatuan ini adakah hendak tunggu dah ranap baru nak bersatu seperti di dunia Islam lain. "Selepas ranap, jadi 'ground zero' baru ada kesedaran untuk perpaduan," katanya.

Selaku seorang yang pernah menduduki kepimpinan tertinggi Pas selama 10 tahun, Nasharuddin turut memberi rumusan mengenai Umno dan Pas. "Berdasarkan pengalaman saya, boleh dirumuskan bahawa tidak semua Umno itu iblis, dan tidak semua dalam Pas itu malaikat," katanya. Mengenai post mortem PRU13, Nasharuddin berkata proses penyatuan semula nasional harus dimulakan dengan penyatuan di kalangan orang Melayu.

"'Reconciliation' di kalangan orang Melayu itu harus menjadi agenda utama," katanya. Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar. Program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM.- Utara News

Pakatan Guna Media Sosial Sebar Penipuan

Media sosial menjadi benteng utama kepada pekatan pembangkang untuk melancarkan serangan terhadap Barisan Nasional bagi memyebarkan segala agenda mereka dan juga fitnah kepada BN.

Antara strategi-strategi mereka ialah dengan menyebarkan cerita berkenaan isu pengundi hantu, gangguan bekalan elektrik dan bermacam-macam lagi fitnah yang disebarkan oleh penyokong PR di serata media sosial.

Segala jenis cerita itu disebarkan bagi memastikan agenda mereka dan fahaman mereka dapat disampaikan dan meresapi segenap lapisan otak masyarakat yang mudah terpdeaya dengan dakyah mereka ini.

Namun malangnya, memang wujud dan ramai rakyat Malaysia yang terus mempercayai semua finah dan penipuan tanpa usul periksa. Tanpa melakukan timbang tara dan penyelidikan terlebih dahulu bagi memastikan kebenaran di sebalik setiap cerita yang direka pembangkang.

Kalau mahu difikirkan, jika benarlah adanya pengundi hantu seramai 600,000 orang, mana buktinya? Kemukakan buktinya agar rakyat tidak terus tertipu walaupun memang ramai sudah maklum niat pakatan rakyat ini hanyalah untuk berpakat menipu.

Cuba difikirkan, adakah masuk akal 600,000 pengundi hantu membantu BN menang tipis dan tewas undi popular? Semak semula keputusan pilihan raya yang masih segar dan belum masuk seminggu lagi berlalu.

Barisan Nasional secara sahnya menang tipis menentang pakatan dengan hanya meraih 5,237,699 undi jika dibandingkan pakatan rakyat iaitu gabuangan PKR, PAS dan DAP yang berjaya memperoleh 5625,984 undi di kerus parlimen,.

Kita dah boleh nampak disitu bahawa sekarang ini SPR telah menjalankan pilihan raya dengans eadilnya dan buktinya mereka berjaya menang dalam meraih kategori undi popular berbanding Barisan Nasional dengan beza sebanyak 386,285 undi.

Itu baru isu pengundi hantu, isu gangguna bekalan elektrik juga tidak kurang kecohnya sehinggakan ramai yang melakukan protes secara simbolik untuk merujuk kepada insiden black out it.

Namun, isu gangguan elektrik telah dinafikan oleh ramai penyokong serta wartawan pro-PR, sendiri. Malangnya, ramai lagi yang masih percaya dengan kejadian tersebut. Rasanya mungkin ramai yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Dekat Facebook, pekerja SPR sendiri telah membidas apa yang digembar-gemburkan oleh Pakatan Rakyat ini, mana taknya, pukul lima, ejen parti pembangkang ini awal-awal lagi dah bersedia dengan lampu suluh dan lampu kecemasan, takut berlaku gangguan bekalan elektrik katanya. Nampak sangat mereka dah ada rancangan mereka sendiri.

Itulah yang sedihnya, sebab ramai rakyat telah tertipu dan tidak nampak perkara-perkara yang sebegini. Tak bolah nak salahkan mereka, sebab mereka sendiri tak ada di tempat kejadian.

Namun, tak mustahil dari kalangan penyokong Anwar sendiri tahu perkara sebenarnya, tetapi mengambil pendekatan untuk menipu berjemaah dengan tok imam mereka iaitu Anwar Ibrahim, sebab takut perjuangan kantoi separuh jalan agaknya. Habis semua dah terjangkit dengan budaya menipu si Anwar ini.

Pemerhati-pemerhati asing memuji perlaksanaan PRU13. Kenapa Anwar dan PR masih kecoh? Mereka itu sendiri terdiri dari agensi pilihan raya dari negara masing-masing. Mereka datang daripada Indonesia, Filipina, Thailand dan beberapa negara lain dan mereka memang memuji dengan sistem PRU negara kita.

Yang tak fahamnya, kenapalah ANwar ini sibuk sangat nak menyalak tak setuju dengan keputusan PRU. Jelaslah perjuangan Anwar hanya untuk jadi PM. Sebab memang itu agenda utama dia, jadi bila dah gagal lagi, meroyanlah.

Dulu, masa disoal wartawan antarabangsa, beliau pernah janji untuk bersara jika gagal jadi PM. Sekali lagi penipu besar ini memungkari janji sendiri. Beliau cakap macam itu sebab yakin nak berjaya kali ini, tapi dah memang takdir beliau gagal sekali lagi.

Nampaknya Tuhan dah bagi petunjuk, cuma Anwar sahaja yang tak mahu terima kenyataan, banyak sangat halangan untuk dia jadi PM. Kalau ingat, dulu dah dekat sangat langkah nak jadi PM, tapi tak jadi juga, sampailah sekarang, masih gagal.

Sudah-sudahlah tu Anwar, memang bukan rezeki hang nak jadi PM, hang mungkin paling sesuai jadi atok dekat rumah asuh cucu dan anak menantu.

sumber

KPN : Elak Provokasi Mencabar Undang-Undang

alt
KUALA LUMPUR 13 MEi - Polis Di Raja alaysia (PDRM) menegaskan agar mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU13) untuk tidak mencabar undang-undang dengan mencetuskan provokasi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis enggan melihat negara menjadi kucar-kacir disebabkan perkara sedemikian dan mahukan amalan demkrasi terus dipertahan bagi membolehkan kerajaan pusat dan negeri beroperasi dengan aman.

"Tiap-tiap hari saya berbincang pasal keselamatan negara dan kami ada pelan tindakan serta tahu apa yang hendak buat.

"Saya ingatkan dan saya tahu nak buat apa menerusi bidang kuasa yang ada pada polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bu Pejabat Daerah (IPD) Yan, dekat Kedah hari ini.

Menurut beliau, polis tidak mahu negara lumpuh ekoran tercetusnya himpunan mencetuskan provokasi menentang perlembagaan negara oleh pihak tertentu.

Mengulas mengenai himpunan di Kelana Jaya 8 Mei lalu, Ismail menjelaskan perhimpunan tersebut haruslah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi mengelakkan huru-hara.

"Kita baru sahaja selesai proses pemilihan demokrasi dan rakyat telah buat pilihan.

"Saya ingatkan orang ramai jangan cuba nak cabar undang-undang kerana polis sentiasa memantau," katanya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Ketua Polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Shariff menegaskan bahawa Himpunan Blackout 505 di Johor Bahru Rabu ini diharamkan.

Katanya, himpunan tersebut tidak menepati syarat di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012 dengan memberi notis awal oleh penganjur kepada pihak polis sekurang-kurangnya 10 hari dari tempoh perhimpunan dijalankan.

"Sabtu lalu, memang ada wakil pihak penganjur datang ke balai polis untuk memohon permit bagi mengadakan perhimpunan tersebut...tapi jarak masa tersebut sudah tidak mematuhi syarat yang ditetapkan," katanya.

KLIK DI SINI 

Ahmad Maslan mengesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaman pihak-pihak yang menyebarkan fitnah

SPR didesak saman, jangan biar fitnah bermaharajalela


Ahmad Maslan mengesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaman pihak-pihak yang menyebarkan fitnah berkaitan suruhanjaya tersebut. Beliau berkata, tindakan itu perlu untuk membersihkan nama SPR, sekali gus menghentikan fitnah yang disebarkan pembangkang mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). "Apa yang dilakukan pihak ini perlu kita tangani. Saya syor SPR saman pihak-pihak yang buat fitnah. Hanya dengan cara ini dapat bersihkan nama SPR. "Jangan biarkan fitnah bermaharajalela dan rakyat berfikir kerajaan yang ada tidak sah sedangkan kerajaan dipilih secara sah oleh rakyat," 
Beliau ditemui selepas Majlis Penerangan Pasca-PRU-13 di PWTC di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof yang menjawab segala tohmahan terhadap SPR berkaitan PRU-13 yang lalu. Antara yang diterangkan termasuk isu pengundi hantu, blackout, dakwat kekal dan undi popular. Ahmad Maslan berkata, fitnah yang disebarkan pihak pembangkang boleh menjejaskan nama baik negara.
"Bukti tohmahan dan fitnah mudah ditemui kerana ia dilaporkan dalam surat khabar rasmi pihak tersebut," kata Ahmad Maslan. Beliau turut mencabar agar pembangkang memanggil SPR untuk memberi penerangan secara langsung mengenai isu yang ditimbulkan mereka. "Tak ada sebab SPR tidak terima pelawaan, kalau UMNO minta penjelasan SPR boleh datang, tak mungkin SPR tak pergi jika dipelawa oleh pakatan pembangkang. Ini bukan cadangan ini cabaran,"

Sunday, May 12, 2013

PRU13 : 21 Rakyat Malaysia Ditahan Di Singapura

21 Rakyat Malaysia Ditahan Di Singapura

12/05/2013 16:24:00

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya masih lagi berhubung dengan Pegawai Suruhanjaya Malaysia di Singapura bagi membantu 21 rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa republik itu semalam.

Beliau berkata kesemua mereka ditahan setelah melanggar Akta Kesalahan Imigresen Singapura.
Beliau berkata pihaknya juga akan berusaha sebaik mungkin melicinkan sebarang proses pembebasan selain mendapatkan maklumat yang diperlukan dari semasa ke semasa.

Tan Sri Khalid turut memberi nasihat agar semua rakyat malaysia di luar negara tidak terpengaruh sekaligus terlibat dalam aktiviti yang merugikan serta mencemar nama baik negara.

Memetik laporan akhbar Straits Times, polis Singapura telah menahan 21 rakyat Malaysia selepas kesemua mereka didakwa menunjuk perasaan di Merlion Park, Singapura semalam.

Penahanan itu dilakukan selepas amaran dikeluarkan terhadap 9 rakyat Malaysia kerana mengambil bahagian secara aktif dalam perhimpunan haram Rabu lalu.

BANTAH KEPUTUSAN PRU13 !! ANAK CINA DAP MINTA CAMPUR TANGAN SINGAPURA DI BERKAS !!! PADAN MUKA !! #PUIII




Polis Singapura menahan 21 rakyat Malaysia hari ini kerana mengadakan demonstrasi haram di sini sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 di Malaysia (PRU-13).

Seorang jurucakap polis yang dihubungi AFP berkata, kesemua rakyat Malaysia terbabit ditahan di bawah Akta Ketenteraman Awam kerana mengadakan bantahan secara haram di Taman Merlion, walaupun polis berulang kali memberi amaran agar mereka tidak mengadakan sebarang bentuk demonstrasi.

Jelasnya, penganjur demonstrasi itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sebanyak S$10,000 (RM24,115) atau kedua-duanya sekali, sementara mereka yang menyertai bantahan haram itu pula boleh dikenakan denda sehingga S$5,000 (RM12,057).



Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataannya berkata, warga asing yang tinggal atau bekerja di republik ini tidak dibenarkan menyertai demonstrasi haram.

"Mereka tidak sepatutnya membawa isu negara mereka ke Singapura dan mengadakan demonstrasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

"Mereka yang melanggar undang-undang negara ini akan berdepan tindakan serius," jelas kenyataan tersebut.

Kira-kira 100 rakyat Malaysia menyertai demonstrasi haram kelmarin di tempat yang sama bagi membantah keputusan PRU-13 yang memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Daripada jumlah itu, sembilan daripada mereka diberikan amaran oleh SPF. - AFP

Utusan Online

MTK
Kepada anak anak cina Dap, kalau tak suka duk di Malaysia korang pegi berambus laa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...