Zul Nordin CABAR MELAYU BANGSAT !!
Nampaknya isu Melayu bangsat yang dah lupa asal usul dan adab budaya
orang Melayu masih belum selesai.Orang besar Air Asia ini rasanya dah
melampau kerana tindakannya bukan sahaja mengguris hati ramai orang
Melayu di luar sana tetapi membuktikan beliau adalah produk yang
tersilap acuan.Kesilapan itu kerana acuan yang sedia ada di tinggalkan
demi sebuah perjuangan yang kononnya lebih sofistikated maka lahirlah
Azran , Melayu yang kononnya berjaya dan maju tetapi jauh tertinggal dan
lupa sejarah asal usul sendiri.Baca Sini
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu AirAsia membuat
kenyataan rasmi bahawa syarikat penerbangan murah itu menarik semua
iklannya daripada disiarkan di Utusan Malaysia.
Sehubungan itu, Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin meminta
Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz membuat penjelasan segera
selepas Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani mencemuh
Utusan Malaysia dan menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di
akhbar tersebut melalui akaun Twitternya.
Sekiranya itu yang berlaku beliau berkata, pihak Perkasa akan
menasihatkan semua ahlinya serta orang Melayu memboikot AirAsia dan
meminta mereka menggunakan perkhidmatan penerbangan lain. ‘‘
Pihak Perkasa juga akan mendesak kerajaan menarik balik semua
keistimewaan yang diberikan kepada AirAsia dan meletakkan syarikat
penerbangan itu sama seperti syarikat-syarikat penerbangan swasta
lain,’’ katanya di sini hari ini.
Baru-baru ini, Azran menerusi akaun Twitter serta Facebook miliknya
menyatakan pendirian meluatnya terhadap Utusan Malaysia yang dilabel
sebagai tidak mewakili Melayu Malaysia.
Ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun
laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana
menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk Apa lagi Cina mahu pada 7
Mei lalu.
Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: I am Malaysian. I am
anti-racism. I am disgusted by Utusan‘s editorial stance. (Saya rakyat
Malaysia. Saya anti-perkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang
Utusan)."
Dalam akaun Twitter pula, Azran turut menyatakan pihaknya menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia.
Laporan Utusan Malaysia itu bagaimanapun dianggap banyak pihak tidak
rasis kerana sekadar melontarkan pertanyaan, malah Perdana Menteri turut
mempertahankan laporan tersebut.
Dalam pada itu Zulkifli mengutuk keras tindakan Azran yang menuduh akhbar Utusan Malaysia dan Perkasa sebagai rasis.
‘‘Ini adalah sikap neo-liberal Melayu yang dangkal tentang sejarah dan perjuangan bangsa sendiri.
Sumbangan Utusan Malaysia kepada perjuangan Melayu Islam sejak dahulu sudah terbukti.
‘‘Utusan Malaysia sentiasa istiqomah dan konsisten dalam membawa isu
Melayu Islam walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmah dan fitnah,’’
katanya.sumber
Psst semalam sahaja sudah semakin ramai mereka-mereka diluar sana yang
sudah pun mengaku untuk memboikot Air Asia selagi mana manusia bernama
Azran masih lagi terlibat dengan mereka.Kepada Tony dan sesiapa saja
dalam Air Asia sendiri mau ingat !!
No comments:
Post a Comment