Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, May 15, 2013

Rancang Tawan Putrajaya Guna Kekerasan?

PR Rancang Tawan Putrajaya Guna Kekerasan?

Oleh Nor Azlina Shaari
Agak pening dan bingung sebenarnya memikirkan apa lagi puak pembangkang termasuklah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat tidak puas hati dengan keputusan PRU13.

Sekejap menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekejap kemudian menuduh Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalang kekalahan PR dalam pilihan raya.

Ternyata mata dan hati mereka masih lagi buta untuk melihat dan menilai apatah lagi menganalisis fakta kekalahan atau kemenangan parti-parti politik dalam PRU13. Walhal PR masih berjaya mengekalkan kuasa mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Walaupun PR berjaya menumpaskan BN di beberapa kawasan dan memperlihatkan kemenangan mereka, masih lagi hati mereka penuh dengan perasaan dengki dan dendam. Ibaratnya, tidak berpuas hati, sudah diberi betis nak peha pula.

Selepas keputusan rasmi PRU13 dikeluarkan dimana BN menang 133 berusi Parlimen berbanding PR hanya 89, maka, bermulalah strategi pembangkang untuk menzahirkan rasa protes mereka.

Di sini letaknya kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana mudah melupakan janji beliau di mana mahu bersara sekiranya kalah dan gagal menawan Putrajaya selepas PRU13.
Mungkin kerana langsung tidak punyai rasa malu lagi, Anwar memutar belit kata-katanya sendiri termasuklah mengadakan himpunan protes di Kelana Jaya pada 7 Mei lalu.

Dalam ucapan Anwar sendiri, masih lagi tidak berhenti menabur fitnah dan menyemai rasa benci kepada BN dan kerajaan dalam diri penyokong-penyokong bodoh yang hadir. Dengan berasaskan kata-kata tanpa bukti dan fitnah, mudahlah untuk orang bawahan dan pengikut Anwar mempercayai kata-kata Anwar.

Seperti yang semua tahu, tindakan Anwar dan PR tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka masih lagi merancang pelbagai strategi untuk terus memprotes keputusan PRU13 termasuklah usaha untuk menghuru-harakan keadaan negara.

Buktinya, ketika ini terdapat kumpulan pro-PR sedang merancang dan mengumumkan secara terbuka mahu menawan Putrajaya dengan cara kekerasan melalui cara mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran tidak lama lagi.

Kumpulan Asalkan Bukan UMNO (ABU) mengatakan mahu mengadakan perarakan besar-besaran dan memaksa untuk peralihan kuasa Putrajaya diserahkan kepada PR. Mereka kerap melaungkan niat mahu menumbangkan BN dan memberitahu demokrasi sudah tidak sesuai untuk digunakan dalam isu menawan Putrajaya.

Tindakan mereka ini seperti cakap tak serupa bikin. Mana kemahuan mereka yang mahukan sebuah negara yang demokrasi sedangkan mereka sendiri tidak mahu menggunakan cara yang demokrasi dalam menangani perasaan tidak bijak mereka itu?

Cara mudah untuk memuaskan nafsu dan kepentingan bodoh mereka yang hanya mahukan kuasa semata-mata, mereka memilih jalan sebagai cara untuk menuntut hak yang semestinya bukan milik mereka.
Buat penyokong-penyokong PR, sudah kalah, terimalah kekalahan dengan hati terbuka. Jangan terus menuding jari kepada orang lain seperti apa yang Anwar dan Azmin lakukan.

Seharusnya, mereka perlu bermuhasabah diri dan merenung di mana silap dan salah mereka hinggakan Tuhan menghukum mereka dengan tidak memberikan kemenangan dalam PRU13.

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...