Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, May 13, 2013

KPN : Elak Provokasi Mencabar Undang-Undang

alt
KUALA LUMPUR 13 MEi - Polis Di Raja alaysia (PDRM) menegaskan agar mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU13) untuk tidak mencabar undang-undang dengan mencetuskan provokasi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, polis enggan melihat negara menjadi kucar-kacir disebabkan perkara sedemikian dan mahukan amalan demkrasi terus dipertahan bagi membolehkan kerajaan pusat dan negeri beroperasi dengan aman.

"Tiap-tiap hari saya berbincang pasal keselamatan negara dan kami ada pelan tindakan serta tahu apa yang hendak buat.

"Saya ingatkan dan saya tahu nak buat apa menerusi bidang kuasa yang ada pada polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bu Pejabat Daerah (IPD) Yan, dekat Kedah hari ini.

Menurut beliau, polis tidak mahu negara lumpuh ekoran tercetusnya himpunan mencetuskan provokasi menentang perlembagaan negara oleh pihak tertentu.

Mengulas mengenai himpunan di Kelana Jaya 8 Mei lalu, Ismail menjelaskan perhimpunan tersebut haruslah mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi mengelakkan huru-hara.

"Kita baru sahaja selesai proses pemilihan demokrasi dan rakyat telah buat pilihan.

"Saya ingatkan orang ramai jangan cuba nak cabar undang-undang kerana polis sentiasa memantau," katanya.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Ketua Polis Johor DCP Datuk Mohd Mokhtar Shariff menegaskan bahawa Himpunan Blackout 505 di Johor Bahru Rabu ini diharamkan.

Katanya, himpunan tersebut tidak menepati syarat di bawah Akta Perhimpunan Awam 2012 dengan memberi notis awal oleh penganjur kepada pihak polis sekurang-kurangnya 10 hari dari tempoh perhimpunan dijalankan.

"Sabtu lalu, memang ada wakil pihak penganjur datang ke balai polis untuk memohon permit bagi mengadakan perhimpunan tersebut...tapi jarak masa tersebut sudah tidak mematuhi syarat yang ditetapkan," katanya.

KLIK DI SINI 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...