Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, May 30, 2012

Nizar : Biadap, Kurang Ajar… HASUT RAKYAT BENCI SULTAN : Rakyat Johor Tersinggung Dan Marah!

Nizar Biadap, Kurang Ajar… Rakyat Johor Tersinggung Dan Marah! 

PLAT WWW 1 : Alhamdulillah...NIZAR disiasat bawah AKTA HASUTAN....

 



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan dakwaan beliau berhubung kejayaan Sultan Johor membuat bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan WWW 1.

Difahamkan, Polis Johor telah menubuhkan satu pasukan petugas untuk melakukan siasatan selepas lima laporan polis dilaporkan di negeri itu berkaitan dengan dakwaan tersebut sejak Selasa.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif mengesahkan mengenai pasukan petugas itu yang telah memulakan siasatan.

“Kami akan menyiasat perkara berkenaan secara telus dan profesional. Kami akan mengendalikan tugas kami tanpa sebarang tekanan bagi memastikan ia berlaku adil kepada kedua-dua pihak,” kata beliau.

Kritikan Nizar mengenai kerabat diraja Johor memperoleh bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 di Twitter membawa padah.

Beliau menulis di Twitter bahawa wang RM520,000 yang dibelanjakan untuk bidaan itu dapat digunakan sepenuhnya untuk membantu golongan miskin.

Beliau diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerabat diraja Johor.-mStar

HE : gua harap PDRM dapat menjalankan tugas dengan BERINTEGRITI...cukuplah sorang bodoh....kita tak mahu lebih ramai bodoh seperti Nizar lilin....
“Kurang ajar… biadap… sangat kurang ajar…. Tak tahu hormat Sultan. Ini semua adalah menghasut rakyat agar bencikan pemerintah. Dia tak baca Rukun Negara ke…. Saya sebagai rakyat Johor amat marah dan tersinggung dengan kenyataan Nizar ini. Dia ni dah melampau dan biadap. Habis semua isu nak dipolitikkan,” itulah luahan hati Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamed Aziz yang jelas berang dengan sikap bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin.

Mohamed yang merupakan rakyat negeri Johor menyelar keras sikap biadap dan derhaka Nizar ke atas Baginda Sultan Johor yang begitu lantang mempertikaikan tindakan Tuanku membeli nombor kenderaan WWW1. Nizar juga begitu lantang menuduh Tuanku telah menyalahgunakan wang rakyat semata-mata untuk membeli nombor kenderaan tersebut yang berjumlah RM520 ribu.


“Nizar patut sedar, Sultan saya ni kaya dari zaman nenek moyangnya lagi. Dia tak guna duit rakyat malah dia banyak tolong rakyat. Cuma ianya tidak diwar-warkan kerana Tuanku seorang yang rendah diri. Lagipun dalam Islam, kita tidak perlu nak kecoh setiap pertolongan yang telah kita hulurkan. Begitulah Sultan Johor.


“Nizar tak payah nak buat tuduhan melulu, Lagipun Tuanku membida nombor kenderaan tersebut mengikut undang-undang dan peraturan. Bukan macam dia orang yang suka cacamarba dan tak reti ikut peraturan. Inilah sikap pemimpin pembangkang. Suka pecah belahkan dan menghasut agar timbul rasa benci di hati rakyat. Mulut celupar…,” ujarnya kepada pemberita!



Sebenarnya jelas Mohamed, pembangkang sudah bankrap idea untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di kala Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sudah semakin hampir maka Dek kerana perasaan terdesak itulah, mereka ini tidak lagi mempedulikan undang-undang dan peraturan sehinggakan sanggup menfitnah Sultan.

Katanya, parti pembangkang kini sesudah semakin melampau terutamanya PAS yang ternyata telah lari daripada etika perjuangan sekaligus memalukan bangsa Melayu dan Islam.


“Orang melayu perlu hindarkan daripada mendekati parti seperti ini. Ini parti yang penuh dengan sifat jahat. Sekiranya pembangkang memerintah negara ini, habis semua ketuanan Melayu akan dihapuskan. Melayu kena jauhkan diri dari parti macam ni,” jelasnya lagi.


Sebelum ini Nizar menerusi laman twitternya telah menghina Baginda Tuanku Sultan Johor ekoran pembelian nombor kenderaan WWW1 yang disifatkan olehnya adalah satu pembaziran. Malah Nizar juga telah menuduh UMNO sengaja memperbesar-besarkan cerita tersebut.


Ekoranya daripada itu, Tunku Ismail Idris menerusi twitternya telah menjelaskan bahawa pembelian tersebut tidak langsung menggunakan wang rakyat seperti yang didakwa ahli Parlimen Bukit Gantang itu.


Baginda yang kecewa turut meminta agar Nizar membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berunsuf fitnah dan menghasut.


Wasabi Oyabun..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...