Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, May 30, 2018

Ahmad Zahid jumpa hantu penderma arab dana RM2.6 bilion @ 'Zahid mungkin jumpa hantu, bukan penderma Arab'


 

'Zahid mungkin jumpa hantu, bukan penderma Arab'

Annabelle Lee  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

WAWANCARA | Pada 2015 ketika
berita tentang skandal 1MDB mula didedahkan, perdana menteri ketika itu
Datuk Seri Najib Razak mendakwa RM2.6 bilion yang ditemui di akaun
peribadinya adalah daripada penderma Arab.


Dakwaan itu disokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - yang baru
menjadi timbalan perdana menteri - yang berkata beliau sendiri bertemu
dengan penderma itu.


Identiti penderma Arab itu tidak pernah didedahkan.


Tiga tahun berlalu dan siasatan terhadap 1MDB semakin giat di bawah
kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN). Dakwaan Zahid kini disangkal bekas
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.


"Itu pastinya berlaku dalam mimpinya. Zahid nampaknya melihat hantu
Arab, sebab tiada seorang pun yang boleh mengenal pasti Arab mana (yang
menderma).


"Arab mana yang ada duit dan aset sebanyak itu untuk derma RM2.6
bilion?" kata pemimpin yang pernah mendapat gelaran 'wanita besi' itu
dalam wawancara bersama Malaysiakini.


Rafidah turut menyangkal dakwaan Zahid bahawa derma itu sebagai "penghargaan" terhadap usaha Malaysia melawan keganasan.


"Tolonglah, jangan mengarut. Mari kita selesaikan cerita ini kerana
ia menjengkelkan semua...Mari kita cari dari mana sebenarnya duit ini,"
katanya.


Selepas bersara daripada politik pada 2013, Rafidah yang terkenal
dengan ketajaman dan kelantangannya kembali ke pentas politik dalam
menjelang PRU ke-14.


Pada mulanya beliau hanya menyuarakan pandangan melalui laman Facebooknya "Rafidah Aziz Malaysian Citizen", sebelum menyokong HARAPAN secara umum dalam kempen PRU.


Terjumpa Equanimity


Antara kritikannya terhadap BN adalah kegagalan mencari kapal pesiar
mewah bernilai RM1 bilion - Equanimity - apabila beliau sendiri
terserempak dengan kapal itu ketika bercuti tahun lalu.


Rafidah - seorang penyelam aktif pada usia 75 tahun - menceritakan
kembali pertemuannya dengan kapal itu ketika berada di Laut Andaman,
Thailand pada Februari 2017.


"Dalam perjalanan pulang (daripada menyelam), saya sepatutnya
melabuhkan kapal di pengkalan ketika pengajar saya melihat pengesan
kapal di telefonnya dan berkata 'Eh, Equanimity ada di sini'.


"Ketika itu jam 12:30 tengahari dan saya ingin tengok bagaimana kapal itu. Ini peluang sekali dalam seumur hidup.


"Kami lihat kapal itu dan mengelilinginya...Saya berhenti dan berkata
'Saya perlu ke satu tempat untuk ambil gambar tanpa disedari mereka',"
katanya.


Beliau berkata tidak memikirkan sangat tentang peristiwa itu
sehinggalah ia dirampas pihak berkuasa Indonesia dan Amerika Syarikat di
Bali tiga bulan lalu.


"Jika mereka mencari kapal itu, kenapa tak cari sekitar negara? Pengajar saya boleh kesan menggunakan telefon saja.


"Jadi bagaimana pihak berkuasa kita, polis marin atau lain-lain, dengan segala peralatan mereka gagal?" soalnya.


Kapal itu milik ahli perniagaan Low Taek Jho - lebih dikenali sebagai
Jho Low - dan diburu Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) atas
dakwaan ia dibeli menggunakan wang berkaitan 1MDB.


Tamak dan rakus


Mengimbas kembali pengamalan 44 tahunnya dalam politik, Rafidah
berkata bapa Najib iaitu perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein,
yang melantiknya sebagai senator.


Ketika itu, katanya, beliau berusia 31 tahun dan merupakan pensyarah ekonomi di Universiti Malaya.


Empat tahun kemudian, pengganti Abdul Razak, Tun Hussein Onn melantiknya sebagai timbalan menteri kewangan.


"Mereka tunjukkan kepada kita tentang integriti, bagaimana untuk jadi
jujur. Saya sangat hormat mereka dan banyak belajar daripada mereka,
saya belajar melakukan perkara dengan betul.


"Kemudian Dr Mahathir Mohamad. Saya tak akan bertahan begitu lama -
21 tahun (sebagai menteri perdagangan antarabangsa dan industri) - jika
pemimpin ini tidak berguna," katanya.


Membandingkan zamannya dan zaman Najib, beliau berkata pentadbiran
Najib dipenuhi dengan sikap "tamak dan rakus" yang akhirnya menyebabkan
skandal seperti 1MDB.


"Sikap tamak dan rakus - ia menjadikan orang berfikir wang boleh beli segalanya, kuasa boleh diperoleh dan dikekal dengan wang.


"Mereka lupa tentang demokrasi, tentang kehendak Tuhan. Saya bukan
ustazah tetapi ibu mengajar saya 'manusia punya asa, Tuhan punya kuasa'.


"Anda mungkin ada pelan terbaik tetapi jika niat negatif, jika anda ada niat jahat, Tuhan tidak akan izinkan," katanya lagi.


Rafidah kecewa dengan Najib yang tidak mengikut jejak langkah legasi sebelumnya.


"Beliau mahu legasi baru dan kini legasinya adalah 1MDB," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...