Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, April 18, 2018

'Kebetulan? AIS Equanimity dimatikan selepas 1MDB disaman'


 
Published on Apr 17, 2018

The Equanimity telah menghantar data lokasinya "banyak kali sehari" sehingga 14 Jun tahun lepas - sehari sebelum Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan saman sivil pelucuthakan yang melibatkan 1MDB, termasuk penyitaan kapal layar mewah itu.

Sejak itu, menurut DOJ, sistem pengenalan automatik Equanimity (AIS) tidak dimatikan sehingga hampir sebulan pada satu masa.

"Selepas tarikh itu, sistem AIS dimatikan untuk beberapa waktu yang lama: hampir sebulan; enam hari; dan dua minggu.

"Sama ada ini satu kebetulan yang luar biasa, atau sistem AIS dimatikan sebagai respons kepada kes pelucuthakan itu," kata Woo S Lee, timbalan ketua unit pengubahan wang haram dan unit antarabangsa pemulihan aset DOJ, dalam pemfailan di mahkamah daerah California Central pada hari Isnin.

Equanimity yang bernilai AS$250 juta itu telah dirampas oleh jabatan itu dua bulan lalu di Indonesia sebagai sebahagian daripada saman sivil pelucuthakan yang bertujuan untuk menyita dana 1MDB yang didakwanya telah disalahgunakan, yang ia percaya telah disalurkan melalui sistem kewangan Amerika Syarikat.

Khususnya, DOJ mendakwa bahawa ahli perniagaan Low Taek Jho adalah pemilik benefisial kapal layar itu - walaupun Low mendakwa tuduhan terhadapnya bermotif politik, sementara 1MDB menegaskan wangnya tidak hilang.

Semalam, mahkamah Jakarta Selatan membatalkan penyitaan kapal layar itu oleh polis Indonesia - sehari selepas DOJ membuat pemfailannya.

Bagaimanapun, pemfailan itu menunjukkan ia tidak akan mempunyai kesan yang signifikan terhadap usahanya untuk merampas kapal itu.

Pemfailan itu menyatakan bahawa DOJ sedang perintah dari mahkamah California untuk memastikan kerajaan AS mendapat hak penjagaan kapal layar itu jika keputusan mahkamah Indonesia memihak kepada Equanimity (Cayman) Ltd.

Lee memetik beberapa duluan undang-undang untuk berhujah bahawa waran AS yang dilaksanakan dengan betul, tidak menjadi tidak sah jika dilakukan di luar negara melanggar undang-undang asing, atau ia mengimunisasi aset dari pelucuthakan.

Beliau berkata demikian dalam menjawab hujah Naeun Rim - yang mengetuai pasukan peguam Equanimity - bahawa memberi kerajaan AS hak menjaga Equanimity akan melanggar kedaulatan Indonesia, terutama mahkamahnya.

DOJ sedang berusaha mendapakan hak perlindungan Equanimity di Indonesia, dengan mendakwa bahawa anak kapal itu tidak boleh dipercayai untuk membawanya ke AS, di mana ia akan dijual.

Antara lain, ia menyebut dakwaan cubaan anak kapal itu untuk menghindari rampasan, yang termasuk mematikan sistem AIS kapal layar itu dan mengelakkan bidang kuasa pihak yang dianggap mungkin membantu menguatkuasakan waran tangkap AS.

Ini sehingga 28 Feb, ketika polis Indonesia, disertai oleh agen Biro Penyelidikan Federal AS, menaiki dan merampas kapal itu.

Peguam yang mewakili Equanimity (Cayman) Ltd, sebaliknya berkata lokasi kapal itu boleh diperolehi melalui talian.

Menggunakan log trek GPS Equanimity, mereka menunjukkan kepada mahkamah bahawa AIS telah menghantar data sejak sekurang-kurangnya Jun 2016, kecuali apabila ia dimatikan di kawasan-kawasan yang dianggap berisiko.

Pasukan peguam Equanimity sebelum ini menunjuk kepada cara lain di mana kerajaan AS dapat menentukan keberadaan kapal layar itu.

Ini termasuk maklumat daripada syarikat yang menguruskan kapal layar itu, atau flag state Cayman Islands long-range identification dan sistem treking LRIT.

Hujah-hujah inilah yang mendorong Lee membangkitkan jurang dalam data lokasi yang dikemukakan oleh piahk yang menuntut Equanimity.

Lee juga menolak dakwaan bahawa kerajaan AS boleh mengakses maklumat lokasi kapal layar itu melalui syarikat pengurusan atau pihak berkuasa Pulau Cayman, sebagai "tidak masuk akal."

"Penegasan bahawa entiti-entiti ini 'lebih daripada bersedia' untuk menyediakan data LRIT jika diminta, adalah tidak masuk akal, memandangkan langkah-langkah luar biasa yang mereka gunakan untuk mengelak penyitaan kapal layar itu.

"Kenyataan dalam perisytiharan yang dilampirkan bahawa 'tidak ada yang menghalang kerajaan daripada meminta pihak berkuasa Kepulauan Cayman memberi maklumat mengenai lokasi Equanimity berdasarkan data LRIT" juga tidak masuk akal," katanya, sambil menambah bahawa mematikan AIS mendedahkan kapal layar itu kepada risiko perlanggaran.

Lee juga menegaskan bahawa hujah itu bukan tentang sama ada mematikan AIS adalah cara terbaik untuk menyembunyikan kapal itu, tetapi untuk menunjukkan bahawa anak-anak kapal Equanimity telah membuat percubaan untuk melakukannya.

"Ini menunjukkan bahawa anak-anak kapal itu sekarang mengikuti arahan Low Taek Jho untuk menjaga kapal layar daripada pihak kerajaan, walaupun ia membahayakan kapal layar itu.

"Krew semasa, tidak boleh dipercayai untuk menjaga kapal layar itu, dan tidak boleh dipercayai untuk membawanya ke Amerika Syarikat," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...