Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, December 30, 2011

Wang Zakat : 48 Jam Untuk Jamil Khir Mohon Maaf - Jingga 13

Post Pic
SHAH ALAM, 30 DIS : Jingga 13 hari ini memberi tempoh 48 jam kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk membuat permohonan maaf secara terbuka bersabit dakwaan menggunakan wang zakat bagi tujuan pembayaran kos guaman.

Sekiranya gagal berbuat demikian, pihaknya akan meminta Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Jamil daripada pentadbiran negara.

Menurut Setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhammad,selaku ketua agama negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memecat menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang menggunakan RM63,650 untuk membiayai kos guaman.

"Jingga 13 mendesak agar Jamil memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam terhadap tindakan biadap dan tidak berakhlak termasuk Che Mat serta Shamsuddin yang telah menggunakan wang zakat demi kepentingan diri mereka dalam tempoh 48 jam. Jika tidak Jingga 13 akan membawa isu tersebut kepada DYMM Yang Dipertuan Agong yang merupakan ketua agama Islam terhadap salah laku mereka yang secara jelas menghina hukum Islam,"katanya.

Gesaan itu dizahirkan selepas badan bukan kerajaan pro pembangkang itu memfailkan satu laporan terhadap Jamil di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Selangor, di sini.

Laporan Audit Negara sebelum ini mendedahkan wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Jamil Khir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, sebagai responden dalam kes permohonan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dakwaan penyalahgunaan wang zakat didedahkan bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim awal minggu ini.

Bekas pegawai siasatan jenayah Kuala Lumpur itu mendakwa Jamil dan dua pegawai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat untuk membiayai kos guaman tahun lalu seperti yang disahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Menurut laporan itu, Jamil Khir, Che Mat dan ketua pendakwa MAIWP Shamsudin telah menggunakan RM63,650 dari wang zakat untuk membiayai kos guaman tersebut.

Laporan itu juga mengesahkan wang itu telah dibayar balik selepas agensi itu memperoleh RM70,000 pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun menurut Saifuddin, pihaknya tetap menganggap perbuatan menggunakan wang zakat adalah satu salah guna kuasa kerana ketiga-tiga individu tersebut tidak tergolong sebagai asnaf.

"Jingga 13 meminta agar SPRM menyiasat secara terperinci terhadap penyalahgunaan kuasa yang dilakukan menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam serta tindakan diambil tanpa prejudis berserta dua yang lain,"tegasnya.

Ketua Audit memaklumkan bahawa pada 11 Januari 2010, MAIWP menerima bil berjumlah RM63,000 daripada peguam Tetuan Zainul Rijal Talha dan Amir kerana mewakili ketiga-tiga mereka di atas bagi kes permohonan qazaf Anwar.

Che Mat telah meluluskan bayaran RM31,500 daripada peruntukan am pada 28 Januari 2010. Namun memandangkan geran kerajaan masih lagi belum diterima, bayaran dibuat menggunakan peruntukan zakat pada 9 Februari 2010.

MAIWP membuat pembayaran baki kos guaman RM32,150 pada 29 April 2010 menggunakan peruntukan zakat.

http://antarapos.com/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...