Status Agama Isham Rais Apa Sebenarnya
Terima kasih pada rakan blogger KedahKeKL yang mendedahkan perilaku songsang Tukar Tiub. Mungkin dia merasakan tindakan dia tidak salah, tetapi dia tidak sedar negara ini negara Islam!. Inikah orang yang rakyat semua mahu ikut?. Blogger Tukar Tiub ataupun pencacai PR bernama Hishamuddin Rais ini telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.
Dengan apa yang ditulis oleh dia sempena krismas ini boleh merosakkan akidah anak muda Islam yang percaya kepadanya. Bagi orang melayu yang beragama Islam dan mahasiswa khususnya, adakah orang sebegini yang mahu diikut? Yang menjadi kepala tentera Bersih tempohari! Yang mungkin menjadi calon pada PRU13! Lihat petikan entri dari blognya :
Sekarang baru kita tahu mengapa dia tanpa segan silu mempersoalkan Ketua Agama kita iaitu Sultan di SINI.
Mengikut info yang disampaikan Mctheory :
Nabi Isa tak dilahirkan pada 25 december.. 25 december ialah hari kelahiran dewa yunani yg bernama Mithras.. Mithras tu yg disebut sebagai anak tuhan kemudian di asimilasikan ke dalam cerita yesus yg kemudian di sebut kristus..
Kita sebagai umat Islam di Malaysia hanya menyambut Maulidur Rasul iaitu hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Jangan rosakkan akidah anak bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Kurang Ajar! Hishamuddin Rais Hina Sultan Perak!
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Dipetik dari PAGE MAMAT SENGAL NI..
ISLAM DIPERALATA UNTUK DAPATKAN KUASA : RAJA NAZRIN - meloya
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.
Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.
Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.
''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.
''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.
NOTA:
di perak adat istidatnya ada pusingan untuk menjadi sultan
ada raja di hilir
ada raja kecil besar
sultan mengikut giliran
apakah islam telah digunakan untuk menghapuskan sistem pusing ini?
kah kah kah
NOTA:
rakyat pun ingin tahu
bagaimana adat istiadat pelantikan sultan
perak ini berubah
ada yang telah diguna pakai beratus tahun
apakah ini rancangan zionis
atau rancangan obama
kah kah kah
Kurang Ajar!. Siapa dia untuk mempertikaikan sistem giliran Kesultanan Perak?. Lahir pun di Negeri Sembilan, mahu sibuk cerita pasal sultan negeri Perak?.
Keris rasa Isham ni hidup kurang kasih sayang itu pasal jadi macam itu, semua benda silap sahaja di mata dia. Manusia macam Isham Rais ni elok hidup dalam dunia dia sendiri dimana dialah hakim, dialah pesalah dan semuanya dia didalam dunia tersebut. Dah semua orang salah dan dia aje yang betul, baik duduk dalam dunia dia sendiri dan tak menggangu orang lain.
Mungkin kerana terlalu lama 'membuangkan dirinya' ke luar negara dia terlupa akan rukun negara iaitu
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
Keris perhatikan tiada satu pun garis panduan rukun negara yang diikuti oleh Isham Rais, layakkah dia duduk di Malaysia? Sejarah pun dia pertikaikan, kuasa polis diperkotak-katik, cakap memang takde sopan langsung. Dia ni bukan melayu kot. Buat malu bangsa je!
Kepada semua aktivis melayu, apa pandangan anda semua terhadap kenyataan biadap Isham Rais ini terhadap Sultan Perak? Dia menghina dengan meletakkan gambar 'permainan rebut kerusi' sebagai satu simbolik kepada penggiliran tersebut?. ISA ada lagi kan, tangkap jelah dia ini!!
Kepada kerajaan negeri Perak, sila ambil tindakan terhadap mamat kurang kasih sayang itu!
No comments:
Post a Comment