Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 27, 2018

‘Krisis nasional jika mahkamah benarkan rayuan 16 ahli Umno’ @ Siapa yang tidak tahu tentang perlembagaan parti sendiri??

 Dari segi moralnya tentu ahli UMNO tersinggung dengan hal pemilihan
parti (18 + 18) masih diluluskan oleh Kak SU ROS itu.... Bagi ahli UMNO
dlm kempen nak kata BERSATU tak pandai tentang perlembagaan parti hingga
memerangatkan Azalina Othman bila memberi respon tentang pembubaran
sementara BERSATU. Bagaimana pula dengan UMNO gagal membuat pemilihan
setelah tangguh selama 18 bulan. Kemudian tangguh lagi 18 Bulan (dah 36
bulan tangguh) adakah boleh dikatakan UMNO akur dengan perlembagaan
parti. Segala tuduhan pembangkang terhadap ROS yang merupakan paksi
kerajaan BN begitu nampak ketara sekarang.



‘Krisis nasional jika mahkamah benarkan rayuan 16 ahli Umno’: Keputusan hari ini bercanggah dengan prinsip stare decisi iatu mengikuti peraturan yang ditetapkan, kata peguam mereka.



Hafiz Yatim  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

PRU14 l Peguam Mohd Haniff Khatri
Abdulla memberi amaran Umno berkemungkinan akan mencetuskan krisis
nasional jika rayuan anak guamnya berhubung permohonan mereka
membubarkan Umno dibenarkan manakala calonn parti itu bertanding pada
pilihan raya umum ke-14.


Menurut Haniff, walaupun beliau menghormati keputusan Hakim Mahkamah
Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said yang menolak kes itu hari ini,
beliau berpandangan hakim itu terkhilaf.


Katanya, keputusan berkenaan bercanggah dengan prinsip stare decisi
iatu mengikuti peraturan yang ditetapkan seperti dalam penghakiman kes
Semenyih Jaya dan kes Indira Gandhi di Mahkamah Persekutuan, sebelum
ini.


Justeru, beliau berkata terserah kepada Umno untuk mengambil risiko
dan meletakkan calonnya sebagai wakil BN pada penamaan calon yang
dijadualkan esok.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi adalah pada 9 Mei ini.


"Jika rayuan kami dibenarkan, ini akan membawa negara ke krisis
nasional berhubung kesahihan calon (Umno) (susulan persoalan yang
berkisar tentang status parti itu)," katanya.


"Bagaimanapun terpulang kepada kebijaksanaan Umno untuk mempertimbangkan ini...,” katanya.


Haniff berkata merit cabaran mereka tidak dibicarakan oleh mahkamah susulan penolakan kes itu hari ini.


 
Beliau
berkata merit kes mereka adalah kukuh, kerana terdapat persoalan
mengenai status Umno, memandangkan parti itu gagal mengadakan sebarang
pemilihan selama hampir lima tahun.


Perlembagaan Umno menyatakan bahawa parti itu mesti membuat pemilihan
setiap tiga tahun, dan lanjutan hanya boleh diberikan untuk maksimum 18
bulan.


Haniff berkata mahkamah tidak memutuskan isu yang dibangkitkan itu, yang menjadi merit permohonan mereka.


"Apa yang mahkamah lakukan (adalah) ia melucutkan pihak-pihak
daripada mendengar merit, seperti Seksyen 18C Akta Pertubuhan, yang
menghalang ahli daripada membawa sesuatu perkara ke mahkamah," katanya.


Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 menyatakan bahawa ahli tidak boleh
membawa sebarang pertikaian parti ke mahkamah. Ini dipetik oleh Hakim
Kamaludin sebagai asas untuk mengketepikan cabaran yang difailkan oleh
16 anggota Umno itu hari ini.


[Baca berita penuh]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...