Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, April 23, 2018

Cerita tidak benar mula tersibar @ 'Ketua pengarah JASA akan lumpuhkan jentera Umno'

'Ketua pengarah JASA akan lumpuhkan jentera Umno': ULASAN I Puad berasa dianggap seperti sampah dan berikrar akan menentang sistem yang rosak sekalipun akan tersungkur.



Zainuddin Maidin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

ULASAN I Jika benar ia merupakan
surat dari Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Puad
Zarkashi maka bererti beliau memberi kata dua kepada pemimpin Umno untuk
menentukan kedudukannnya bertanding atau tidak hingga 26 April ini
iaitu sehari sebelum penamaan calon.


Sekiranya tidak maka beliau akan meletakan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA.


Punca kemarahannya adalah kerana ketua wanita bahagiannya, seorang
peguam telah dipilih untuk menjadi calon tetapi beliau sendiri
tersingkir.


Dalam suratnya yang menjadi tular beliau lebih dahulu mengisytiharkan
untuk bertanding bebas di kerusi P150 Batu Pahat dan N24 DUN
Senggarang.


Katanya "Saya akan berperang melawan sistem yang rosak dalam Umno dalam memilih calon untuk PRU14".


Meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah JASA, Puad Zarkashi akan
melumpuhkan jentera propaganda kerajaan dan Umno yang diperlukan untuk
bergerak lebih aktif , terancang dan berkesan dalam menghadapi pilihan
raya umum ke-14.


Ia juga akan memberikan pukulan moral yang hebat pada pandangan masyarakat dan semangat kerja Umno sendiri.


Puad mungkin dianggap tidak berpengaruh tetapi jentera JASA telah pun
mempunyai pengaruh hingga ke akar umbi yang hanya perlu diaktifkan pada
bila-bila masa.


Bagaimana jika generalnya tidak ada.


Jika Puad melakukan apa yang telah dihebahkan menerusi suratnya yang
telah pun ditularkan maka tidaklah keterlaluan beliau boleh dianggap
melakukan sabotaj terhadap jentera pilihan raya Umno dan imej kepimpinan
Umno. Tetapi bolehkah beliau disalahkan?


Korbankan intelektualisme


Bagi saya sendiri walau apa pun dikatakan tentang kelemahan Puad
tetapi ia lebih bersifat peribadi. Beliau telah menjalankan tugas dengan
aktif, berani dan mengorbankan intelektualismenya terutama dalam
merendahkan taraf kepimpinan dan sumbangan bekas PM, Tun Dr Mahathir
kepada negara.


Tetapi itulah kerja seorang propagandis zaman yang mahu menjamin
kemenangan parti dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana Mahathir
telah menjadi musuh utama Umno dan perdana menteri.


Jika beliau berasa begitu kecewa, marah dan tidak adil terhadap
dirinya kerana ditolak untuk menjadi calon parlimen bagi Batu Pahat
sebaliknya seorang wanita Umno yang pernah menjadi kontroversi dipilih
maka beliau berhak untuk merasakan demikian.


Siapa pun akan melakukan apa sahaja jika pengorbanannnya tidak dinilai malah dimalukan.


Puad berasa dianggap seperti sampah dan berikrar akan menentang sistem yang rosak sekalipun akan tersungkur bagi kali terakhir.


Barangkali masih ada masa bagi pucuk pimpinan Umno untuk memujuknya.



TAN SRI ZAINUDDIN MAIDIN bekas menteri penerangan dan bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu.


Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...