Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, April 23, 2018

Mahkamah gantung keputusan ROS bubar sementara BERSATU @ Syukur, BERSATU belum terbatal - Muhyiddin


 

Mahkamah gantung keputusan ROS bubar sementara BERSATU

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menggantung keputusan Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang membubarkan sementara pendaftaran
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).


Hakim Datuk Azizah Nawawi membenarkan permohonan parti itu sehingga
permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan BERSATU diputuskan.


Beliau membuat keputusan di kamar selepas mendengar hujah kedua-dua
pihak. Azizah kemudian menolak bantahan awal yang dikemukakan Jabatan
Peguam Negara yang diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsol Bolhassan.
BERSATU diwakili peguam Rosli Dahlan.


Dengan kebenaran itu, merit penuh cabaran semakan kehakiman BRERSATU
termasuk membatalkan sebarang keputusan oleh ROS untuk membubarkan parti
itu kini boleh dibicarakan.


Rosli ketika dihubungi mengesahkan bahawa perintah kebenaran dan
penangguhan telah diberikan dan berkata Azizah juga memutuskan bahawa
Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shahruddin Md Salleh mempunyai kes untuk
dibicarakan.


BERSATU memberi alasan bahawa Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan hanya
boleh digunakan sekiranya butir-butir tidak dikemukakan dalam masa yang
ditetapkan, selaras dengan surat ROS bertarikh 28 Feb.


Pada 13 April lalu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Shahruddin Md
Salleh memfailkan permohonan semakan kehakiman kali kedua dengan
menamakan Ketua Pengarah ROS, Surayati Ibrahim sebagai responden
tunggal.


Parti itu memfailkan semula permohonan berkenaan selepas Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur sini pada 11 April lalu menolak permohonan kebenaran
memulakan semakan kehakiman atas alasan permohonan itu sudah menjadi
akademik.


Dalam permohonan baru itu, Shahruddin selaku pihak pemohon antara
lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan pendaftar
pertubuhan yang didakwa menyalahgunakan Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan
1966 apabila memutuskan bahawa BERSATU tidak menghantar maklumat di
bawah notis Seksyen 14(2).


[Baca berita penuh]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...