Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, April 23, 2018

Puad Zarkashi 'tetap tabah' walau tak dicalon @ Selamat Tinggal Batu Pahat

Puad Zarkashi 'tetap tabah' walau tak dicalon: PRU14 | Kenyataan pertama ketua pengarah JASA selepas gugur sebagai calon parlimen.



Sebagai ketua propaganda BN, Puad menjadi salah seorang yang lantang membela Perdana Menteri Najib dan parti pemerintah.


Beliau berkali-kali mengeluarkan kenyataan mempertahankan kontroversi 1MDB dan menentang pembangkang.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   

PRU14 | Ketua Pengarah Jabatan
Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Seri Mohd Puad Zarkashi, yang tidak
dilantik sebagai calon di Johor meskipun beliau salah seorang yang
lantang membela Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau
tetap tabah.


"Hari ini walaupun tidak dicalonkan semula tetap tabah ke 15 buah
sekolah menyampaikan sumbangan RM6K kepada setiap Kelab Bilik Guru
(KEBIRU)," kata kenyataan ringkas beliau pada hantaran Facebook hari
ini.


Ini merupakan kenyataan pertama beliau sejak BN negeri mengumumkan senarai calon Johor hari ini.


Cubaan awal Malaysiakini menghubungi beliau bagi mendapatkan maklum balas digugurkan sebagai calon di Johor tidak berjaya.


Sebelum ini, terdapat ura-ura ahli majlis tertinggi Umno itu bakal
bertanding kerusi parlimen Batu Pahat. Beliau ialah ketua bahagian Umno
Batu Pahat.


Sebaliknya, BN meletakkan Ketua Wanita Bahagian Umno Batu Pahat,
Haliza Abdullah, yang kali pertama bertanding di kerusi parlimen
tersebut.


Desas-desus di kalangan penduduk tempatan menyebut Puad mungkin
mempertimbangkan menjadi calon bebas di Parlimen Batu Pahat dan kerusi
DUN Senggarang.


Sebagai ketua propaganda BN, Puad menjadi salah seorang yang lantang membela Perdana Menteri Najib dan parti pemerintah.


Beliau berkali-kali mengeluarkan kenyataan mempertahankan kontroversi 1MDB dan menentang pembangkang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...