Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, November 30, 2016

PAU2016 : Sajak 'Melayu Mudah Lupa' Untuk Dr M Atau Kepimpinan UMNO sekarang

KJ tuju kembali sajak 'Melayu Mudah Lupa' pada Dr M:
Katanya, mereka bukan saja ingat sumbangan Mahathir tetapi juga penghianatannya.


 Hasil carian imej untuk sajak melayu mudah lupa mahathir mohamad 

Sajak Melayu Mudah Lupa menjadi sejarah
Kepimpinan Tun M @ Bapa Pemodenan Malaysia menjadi lipatan sejarah
UMNO Lama dan Semangat 46 juga menjadi sejarah tanah air
UMNO Baru dan Parti Keadilan kesenambungan sejarah 
Kini UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengukir sejarah baru tanah air
DS Najib dan Tun Mahathir menggarap sejarah baru tanah air
Kecurangan , kerakusan kepimpinan UMNO juga menjadi sejarah anak bangsa
Pengkhianatan Kepimpinan UMNO terhadap anak bangsa terus mengukir sejarah

YANG PASTI MELAYU MUDAH LUPA 
ADALAH KEPIMPINAN UMNO BUKAN ANAK BANGSA
ANAK BANGSA TERUS KOMITMEN BERJUANG UNTUK SURVIVAL UMNO
TAPI INGATLAH ANAK BANGSA MERUPAKAN LAMPU AJAIB
ANAK BANGSA TETAP TIDAK LUPA AKAN KEPIMPINAN MELAYU YANG MUDAH LUPA


Lampu Ajaib Berada Dalam tangan Rakyat Jelata - Arwah Tengku Abdul Rahman


 

Sajak “Melayu Mudah Lupa” yang pernah diungkapkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bergema kembali dalam Persidangan Agung Umno (PAU) di PWTC.

Bagaimanapun, bait-bait puitis itu diubah suai oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk menyerang kembali bekas perdana menteri keempat itu.
Menurut Khairy, tindakan Dr Mahathir ketika ini berbeza 180 darjah dengan tindakannya sewaktu memegang tampuk pemerintahan negara.
"Beliau pun sendiri pernah berkata, Melayu mudah lupa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, BERSIH dipertikai. Sekarang, merayu rakyat sertai BERSIH. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Soros dikritik, Sekarang, sertai demo yang dibiayai Soros.
"Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu lempar Anwar pelbagai tuduhan. Sekarang bersalaman bertukar senyuman, entah jujur atau tidak. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu, bila ditanya pasal reformasi. Sekarang mengejar tepukan di pentas lawan.
"Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu Mat Sabu dicaci dihina. Sekarang teman bergelak ketawa. Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu konon pejuang bangsa. Sekarang seganding musuh bangsa.
"Melayu mudah lupa, Melayu mudah lupa. Dulu pertikai kewujudan Keadilan. Sekarang, mesra dengan kepimpinannya, siap sahut Bebas Anwar. Melayu mudah lupa, Melayu Mudah lupa. Dulu, musuh dipersoal. Kini semeja, mengejar kuasa," katanya.
Khairy mempersembahkan puisi itu dalam ucapan dasarnya sebentar tadi.
"Melayu dalam dewan ini ingat sumbangan Tun. Juga ingat solidariti parti mempertahankan Tun. Tetapi Melayu di dalam dewan ini juga ingat hipokrasi Tun.
"Juga ingat diktatorship Tun. Juga ingat kepincangan Tun. Juga ingat penyelewengan di zaman Tun. Juga ingat semua pemimpin yang dihina oleh Tun.
"Dan yang akan kami paling ingat, Melayu dalam dewan ini akan sentiasa beringat, adalah pengkhianatan Tun kepada perjuangan parti ini.
"Keghairahan Tun tubuh parti untuk melawan kami, Kesanggupan Tun menghina parti keramat ini. Kerakusan Tun membunuh parti Umno ini," katanya.
Khairy bagaimanapun mengingatkan saf pemuda supaya tidak memandang rendah parti serpihan Umno iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Suka atau tidak, jangan kita pandang enteng bahawa sasaran Parti Pribumi (BERSATU) adalah pengundi tegar kita dan kubu-kubu kita.
"Parti Pribumi tidak akan bertanding di kawasan seperti Lembah Pantai, Kuantan atau Seremban. Sebaliknya mereka akan menyerang simpanan tetap Umno, kawasan seperti Muar, Langkawi, mungkin Rembau," katanya.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...