INTIPATI SESI KHAS YAYASAN JDT UNTUK TATAPAN SEMUA
• Objektif
utama Yayasan JDT adalah untuk mengumpulkan dana dan mengagihkan
bantuan kepada pembangunan JDT melalui Kebajikan, Kesihatan, Pendidikan,
Sukan dan Sosial.
• Sumbangan RM100 seorang untuk setahun atau
bersamaan RM8.33 sahaja sebulan untuk menjadi Ahli Keluarga JDT. Terbuka
kepada semua rakyat Johor dan Malaysia yang merupakan penyokong JDT.
• Penyumbang akan menerima ID atau no. keluarga JDT yang mana merupakan akses untuk menerima kemudahan dari Yayasan.
• Majlis Perasmian Yayasan JDT pada 7hb Disember 2016 di Persada Johor.
Dirasmikan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor. Turut akan memperkenalkan Kad
Yayasan JDT sebagai tanda ahli keluarga besar JDT.
• Perancangan
Yayasan JDT dengan mewujudkan Pusat Dialisis dan Pusat Sukan. Yayasan
JDT menyediakan tabung penyokong untuk kegunaan aktiviti kebajikan
bersama Yayasan.
• Kerajaan negeri bersetuju memberi sumbangan berbentuk sebidang tanah untuk dibangunkan.
• Tidak akan ada orang perseorangan yang akan mewakili yayasan untuk
mengutip dana sumbangan. Semua kutipan akan terus dikreditkan ke dalam
akaun Yayasan JDT dan dipantau sendiri oleh Tunku Mahkota Johor.
•
Akan menjelajah ke seluruh daerah dan luar negeri untuk mendekatkan
diri dengan penyokong. Melalui sistem data yang dibangunkan akan dapat
diakses dimana sahaja dalam dunia.
• Yayasan JDT adalah milik Penyokong JDT
No comments:
Post a Comment