RAHSIA BESAR KONSPIRASI ANWAR DI SABAH DIDEDAHKAN ??!! #LahadDatu
Sebelum ini kita didedahkan dengan kaitan pakatan pembangkang dan
penceroboh-penceroboh di Sabah. Media Filipina mengaitkan pembangkang
kerana parti itu mempunyai kepentingan politik untuk menjatuhkan
kerajaan BN di Malaysia.
Ada dua perkara penting yang perlu kita lihat dan persoalkan.
1. Berkemungkinan bahawa pelan asalnya ialah huru-hara di Malaysia akan
menyebabkan rakyat marah kepada kerajaan BN akan tetapi pencerobohan
yang berlaku di Sabah dilihat sebagai strategi ringleaders yang gagal
memalukan kerajaan BN.
2. Malah kerajaan BN tidak goyah dan melakukan yang terbaik untuk
memastikan mereka mengikuti piawai rundingan dan tindakbalas yang tidak
boleh dipersoalkan oleh sesiapa termasuk Setiausaha Agung Bangsa-bangsa
Bersatu.
3. Tetapi apabila pihak penceroboh memerangkap pasukan keselamatan
dengan bendera putih kononnya mahu menyerah diri dan akibatnya, 2
komando VAT 69 terkorban dek helah celaka penceroboh-penceroboh itu, MiM
percaya command and action nya berubah.
4. Sikap berhati-hati dan sabar kerajaan dan pasukan keselamatan
disambut dengan tipu helah yang menyebabkan wira-wira negara kita
terkorban dan rakyat tempatan berasa terancam.
5. Maka strategi awal ringleaders untuk hanya menimbulkan panik dan
sensasi menjadi strategi yang memakan diri sendiri dan menyebabkan
rakyat amat benci dengan pakatan pembangkang dan pemimpin-pemimpin yang
didakwa terlibat di dalam percaturan jahat ini.
6. Pakatan pembangkang menjadi lebih parah apabila muncul suara-suara
sumbang tahap mulut longkang yang memperlekeh-lekehkan pencerobohan di
Sabah kononnya konspirasi atau wag the dog UMNO dan kerajaan BN.
7. Keceluparan mulut pemimpin pembangkang itu membangkitkan kemarahan
setiap warganegara Malaysia yang patriotik dan cintakan keamanan.
8. Strategy gone disastrously wrong. Huru hara dan sensasi pencerobohan
menjadi medan pertempuran dan kematian manakala pemimpin pembangkang
memperbodoh-bodohkan diri sendiri, dua kombinasi yang bakal menjatuhkan
pakatan pembangkang di PRU13 nanti.
9. Dan mengapa Sabah? Mengapa orang Sulu dilibatkan dalam kancah ini?
10. Yang paling penting sekali, jika strategi huru-hara dan sensasi
diakhiri dengan mereka pulang kembali ke perairan Mindanao dan Sulu
tanpa pertempuran seperti hari ini, siapakah orang pertama yang akan
melompat menjadi orang tengah kononnya akan menjanjikan penyelesaian
untuk orang Sulu dan Jamalul Kiram III jika orang ini diberi kuasa
politik?
11. Dari segi political mileage, beliau ini akan dianggap hero oleh kaum ini di Sabah itu sendiri.
12. Terbukti bahawa BN tidak perlu mencipta konspirasi pencerobohan di
Sabah kerana selama ini pun, kaum ini tidak dipinggirkan di Sabah.
Malah, Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin juga
daripada kaum ini.
13. YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, bekas Timbalan
Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu
Bakar Titingan (Tawau) juga berasal dari kaum ini. Pokoknya, kaum ini
menikmati pembangunan dan mempunyai wakil-wakil rakyat yang mewakili
mereka di negeri Sabah.
14. Selain daripada nama Suluk, kaum ini juga disebut sebagai Tausug
yang membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di
kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota
Kinabalu.
15. Malah, MiM difahamkan bahawa jumlah pengundi Suluk di Sabah adalah
seramai 58,808 orang dan tertumpu di hot seats pilihanraya seperti
Sandakan (20,772), Semporna (2,871) dan Tawau (8,886)
16. Jumlah pengundi yang tinggi di kawasan-kawasan hot seats ini adalah
aset yang sangat penting untuk memastikan kemenangan parti yang
bertanding dan selama ini, Barisan Nasional (BN) adalah pilihan utama
kaum ini.
17. Dan pakatan pembangkang sangat mengidamkan kerusi-kerusi wakil
rakyat di Sabah tetapi tidak mungkin akan dapat mengubah senario
sokongan kaum ini kepada BN secara drastik dan impak yang besar dengan
hanya berceramah dan menarik pemimpin-pemimpin Sabah yang hampir senja
dan kecewa dengan kerajaan BN Sabah.
18. Maka timbul perkara kedua iaitu wujudnya anasir jahat yang sengaja
mahu menimbulkan rasa marah kaum ini terhadap kerajaan BN dan
pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu adalah salah satu daripada modus
operandi anasir jahat ini.
19. Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah ( PRESS ) , Mohd Zaki
Harry Susanto telah memberi contoh iaitu seorang saudara adalah orang
Suluk warganegara Malaysia. Seorang anaknya berkahwin dengan keluarga
Kiram. Apabila peristiwa Lahad Datu berlaku, dia kata itu bagus kalau
Sabah diambil balik oleh Sultan Sulu. Dia tanya kenapa? Saudaranya cakap
baguslah sebab mereka kan Suluk. Ini negeri mereka punya, kalau Sultan
Sulu ambil senanglah kita, bangsa mereka memerintah.
20. Zaki membidas dengan berkata cakap negeri ini bukan mereka punya,
bukan milik mana-mana kaum, ini milik bersama. Kalau mahu hidup bersama,
buang persepsi itu.
21. Kenyataan Zaki ini memang benar dan merupakan moto rakyat Sabah sejak menyertai negara Malaysia pada 1963.
22. Media Filipina mengesahkan bahawa Jamalul Kiram III yang miskin dan
mendapat bantuan kebajikan negara untuk dialisis itu di'goda' masuk ke
dalam kancah pencerobohan ini.
23. Tambahan pula, MiM difahamkan bahawa tidak mustahil bayaran pajak
daripada Malaysia sangat menarik perhatian sehingga ada yang mengaku
sultan. Bagi kita RM5,300 setahun tidaklah besar tetapi di selatan
Filipina, jumlah itu sangat besar.
24. Berbekalkan upah sebanyak US600 seorang dan senjata api yang agak
canggih, Kiram III tidak mungkin mampu atau termimpi mahu 'menakluk
negeri Sabah'.
25. MiM juga difahamkan bahawa semasa menjadi pelarian politik dahulu,
kerajaan Malaysia yang menerima Kiram III dan keluarga beliau. Tiada
penindasan dan kezaliman daripada pihak kerajaan Malaysia tetapi layanan
yang baik.
26. Sekarang wujud anasir jahat yang sponsor penceroboh-penceroboh
tersebut. Dan timbul isu NGO dari Malaysia yang sponsor US2 juta untuk
memastikan pencerobohan itu benar-benar berlaku. Dan the rest is
history.
27. Mungkin ada di antara Suluk Sabah yang terguris dengan insiden
pencerobohan di Sabah memandangkan kaitan keluarga, saudara-mara dan
sebagainya. Mungkin juga ada yang berasa kekok kerana kesetiaan mereka
kepada negara Malaysia dipersoalkan oleh sesetengah pihak yang sengaja
mencurah minyak di api.
Tetapi MiM yakin, majoriti kaum Suluk atau Tausug Sabah tidak merasa kesan yang besar dek pencerobohan di Sabah ini.
Kredit Dr MiM
No comments:
Post a Comment