Anak Kiram III Seorang Kristian?
Dalam kecoh masing-masing menuntut dan mendakwa bahawa merekalah pewaris
kesultanan Sulu yang sebenarnya, tersingkaplah sejarah lama yang tidak
mungkin akan dikenang kembali oleh keturunan Kiram.
Penderhakaan yang dilakukan keturunan sultan Sulu terhadap rakyat
Malaysia dan juga Yang Dipertuan Agung menyebabkan penulis juga rasa
terpanggil untuk menunujukkan sedikit rasa derhaka kepada mereka.
Disebalik pendakwaan bahawa mereka merupakan keturunan sultan Sulu yang
beragama Islam, mereka sembunyikan fakta...mereka cuba melupakan bahawa
ada keturunan kesultanan mereka yang menjadi mubaligh kristian.
Keturunan mereka yang memeluk kristian ini telah menggelarkan diri
mereka sebagai The Christian Sultan of Jolo. Putera sulung Sultan
Badaruddin I dengan gelaran Sultan Alimuddin I inilah yang telah masuk
kristian. Pembaptisan Sultan Alimuddin I dilakukan oleh paderi Sepanyol
di Manila. Sejurus masuk kristian beliau menggunakan nama Don Fernando
de Alimuddin. Dan berdasarkan undang-undang kesultanan Islam yang
dipersetujui, hak Don Fernando termansuh secara otomatik kerana beliau
kristian.
Sesuatu yang telah berlaku lama dulu mungkin tiada siapa lagi yang
mengingati adanya keturunan sultan Sulu yang kafir. Dalam suasana yang
serba tidak kena di bawah pentadbiran Jamalul Kiram III, muncul pula
seseorang yang mendakwa sebagai puteri Kiram yang cuba menunjuk pandai.
Jacel Kiram Ramos...beliau dipercayai berasal dari salah silah keturunan
Don Fernando yang beragama kristian. Ingat...keturunan Don Fernando
tiada hak langsung untuk menyentuh tentang kesultanan Sulu kerana beliau
seorang kafir.
Penampilannya yang berjilbab sekadar mengaburi mata kesultanan Islam
Sulu. Hidup dalam serba kemewahan, sedangkan Jamalul Kiram III nak makan
pun terpaksan minta ihsan rakyatnya.
Bagaimana dia mampu hidup serba mewah?
Siapa yang taja beliau?
Penasihat Jacel Kiram Ramos adalah seorang paderi Sepanyol. Sedia maklum
gerakan kristian memang menjadikan Islam sebagai sasarannya. Islam
harus dihancurkan apa cara sekali pun.
Jadi adalah sesuatu yang bukan mustahil gerakan kristian menggunakan
Jacel Kiram Ramos bagi memecahbelahkan kesultanan Islam Sulu. Jacel
Kiram Ramos adalah agen kristian dalam keturunan Kiram dan beliau
dikhabarkan masih lagi menganuti agama keturunan Don Fernando.
Benarkah Jacel Kiram Ramos seorang kristian?
Cubaan beliau untuk campurtangan dalam isu kesultanan Sulu ini adalah
sebahagian misi membalas dendam akibat keturunan nenek moyangnya yang
berasal dari Don Fernando dinafikan haknya. Jika keturunan Don Fernando
diketepikan, jadi biarlah Kiram III juga terpaksa menggigit jari.
No comments:
Post a Comment