[Doa KO Nik Aziz Gagal] Saman Hasan Ali: Permohonan Mahfuz ditolak
Pengerusi Jalur Tiga (JATI) Datuk Hasan Ali mengemukakan saman terhadap
dua MP PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Khalid Samad atas dakwaan kenyataan
fitnah yang dikeluarkan ke atasnya.
Hasan berkata saman ke atas
Khalid itu adalah berhubung dakwaan bahawa dana dan program jelajah JATI
dibiayai oleh syarikat tertentu.
Berita Penuh: http://malaysiakini.com/news/197280
Awat doa Tok Guru tak mujarab ? Mampuih aku ! |
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Naib Presiden Pas Datuk
Mahfuz Omar untuk membatalkan saman fitnah Presiden Jalur Tiga (Jati)
Datuk Dr Hasan Ali terhadapnya berhubung satu kenyataan bahawa beliau
menerima bantuan kerajaan.
Peguam Hasnal Rezua Merican yang mewakili Hasan memberitahu media bahawa
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan plaintif (Hasan) mempunyai kausa
tindakan terhadap defendan (Mahfuz).
Hasnal berkata mahkamah menolak permohonan Mahfuz dengan kos RM2,000 dan
menetapkan 28 hingga 30 Oktober untuk perbicaraan kes saman itu.
Pada 12 April tahun lepas, Hasan memfailkan saman itu atas dakwaan
Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang akhbar pada
2 Mac tahun lepas yang kemudiannya diterbitkan di beberapa akhbar serta
laman portal.
Dalam pernyataan tuntutannya, Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi
teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah
tersebut.
Mahfuz memohon membatalkan saman itu atas alasan pertuturannya dalam sidang akhbar itu bukan satu bentuk fitnah. - Bernama
No comments:
Post a Comment