Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, September 6, 2014

Ustaz Haji Mempertegaskan Pendiriannya , "PAS tidak tunduk kepada PKR dan DAP."

Bila Ustaz Haji Mempertegaskan Pendiriannya …

Hadi AwangApabila Presiden PAS, Ustaz Hadi Awang, bertindak untuk bertegas maka barulah puak-puak DAP dan PKR tahu langit tinggi rendah.
Kalau sebelum ini percaturan Pakatan Rapuh selalunya meletakkan PAS pada “receiving end” yang hanya terpaksa menerima sahaja keputusan yang dibuat oleh orang lain tetapi kali ini Presiden PAS yang turut diherdik oleh pimpinan dalam partinya sendiri dalam isu MB Selangor kini menunjukkan ketegasan serta berani membuat keputusan sendiri.

Utusan melaporkan hari ini bahawa PAS tidak tunduk kepada PKR dan DAP.
Malah, dalam satu rakaman ceramah beliau, Presiden PAS menjelaskan situasi terkini berhubung perlantikan Wan Azizah sebagai MB Selangor dan mendedahkan keadaan sebenar konflik dalaman yang berlaku akibat percaturan yang tamak ini. Pendirian PAS adalah mengekalkan Khalid sebagai MB kerana amanahnya sambil mengguna pemerintahan di Kelantan yang lebih 20 tahun sebagai contoh “amanah” serta menempelak orang-orang di dalam PAS yang lupa daratan (klik video di bawah).



Kuala Lumpur – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemilihan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi mengantikkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bercanggah dengan hukum Islam.

Hadi ketika bercakap di program Dialog dan Penjelasan Isu Terkini berkata, keputusan Majlis Syura PAS tidak bersetuju dengan pencalonan Wan Azizah kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam hukum syarak.

“Syarat hukum Islam, mestilah orang yang layak (untuk) memikul jawatan ketua kerajaan.

“Barangsiapa yang melantik seseorang memegang jawatan bukan kerana kelayakan, (tetapi) atas sebab-sebab kecenderungan sebab puak dia…akan diseret ke dalam neraka jahanam” katanya.

Hadi diawal ucapan berkata, krisis pentadbiran di Selangor bukan berpunca dari PAS tetapi merupakan masalah yang dibuat oleh PKR sehingga memaksa parti itu untuk turut sama menolong memikulnya.

“Tiba-tiba dijadikan masalah, mula-mula dikatakan Menteri Besar kedekut, bakhil dan payah bagi duit.
“Saya jumpa beliau, dan dia (Tan Sri Khalid) kata itu bukan duit beliau tetapi duit rakyat, jadi saya tak boleh keluar seweang-wenang mesti ikut peraturan” ujar Hadi lagi.

Menurut Hadi lagi, Menteri Besar Selangor itu telah dituduh dengan pelbagai salah laku sepeti yang dihebahkan melalui media dan satu majlis dialog telah diadakan yang terdiri daripada ahli-ahli parlimen dan ADUN pakatan rakyat bagi menjelaskan isu yang di bangkitkan itu.

Namun menurutnya ia gagal menyelesaikan masalah apabila majoriti yang bertanya dan membangkitkan isu tersebut bercakap seperti orang bodoh.

“Kebanyakkan ahli politik (yang bangkitkan tuduhan) ini bukan ahli ekonomi dan korporat jadi sepatutnya kita jangan bercakap dengan perkara yang kita tidak tahu.

“Kalau kita bercakap perkara yang kita tidak tahu, (nanti) nampak bodoh kita” ujar Hadi lagi.
Seterusnya beliau berkata, Khalid telah di bawa mengadap ke Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 orang wakil dari setiap parti sedangkan pada ketika itu jadualnya agak padat kerana baru balik dari luar negara dan terpaksa mengadakan kuliah.

“Saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk menjadi ahli panel.

“Wakil daripada PAS terdiri daripada saya Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Salehuddin Ayub (Naib Presiden) manakala wakil PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) dan Rafizi Ramli dan daripada DAP Lim Kit Siang, Tony Pua dan Anthony Loke” ujar Hadi pula.

Walaupun diasak dengan pelbagai soalan yang dibangkitkan oleh ahli panel, Abdul Khalid dikatakan berjaya menjawabnya sehinggakan tiada hujah yang boleh digunakan untuk mensabitkan kesalahan yang dibangkitkan.

“Semua (ahli panel yang hadir) bersetuju dengan jawapaan yang diberikan dan (memutuskan) dia (Abdul Khalid) perlu dibantu untuk menyelesaikan masalah Selangor tetapi tidak lama selepas itu, PAS dikejutkan dengan tindakan PKR untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kajang.

“Tiada mesyuarat (perbincangan) sedar-sedar kita diberitahu dan kita (PAS) menyatakan tidak bersetuju.
“Ini bukan caranya, rakyat baru sahaja mengahadapi pilihanraya (umum) kemudian nak adakan pilihanraya (PRK DUN Kajang) pula, Ini tidak betul1″ tegas Hadi.

Namun PKR bertegas untuk mengadakan PRK dan atas semangat Pakatan Rakyat, PAS akhirnya terpaksa akur dan telah mengarahkan semua jentera parti itu untuk berkerja bagi membantu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang diletakkan sebagai calon.

Hadi berkata walaupun PAS pada awalnya membantu calon PKR menang di Kajang, namun resolusi parti yang ditetapkan sebelum ini menetapkan isu Menteri Besar Selangor tidak perlu dibangkitkan.

“Tapi lepas beberapa hari menang, PKR mula membangkitkan isu untuk menukar Menteri Besar” ujarnya.
Disebabkan desakan untuk menukarkan kepimpinan negeri Selangor, beberapa surat mengenai slaah laku Abdul Kahlid mula tersebar, namun menurut Hadi sebagai sebuah parti yang berjuang atas paksi Islam semua pertuduhan yang dilemaprkan perlu diolah dengan adil sebelum dijatuhkan hukuman.

“Kalau tak diolah (pertuduhan yang jelas) dengan adil dan terus hukum begitu sahaja, itu dikira zalim. Kita baca Al-Quran, jangan cnderung kepada orang zalim kalau tidak (dosanya) akan disambar api neraka.
“Kita parti Islam (kena ikut ajaran yang ditetapkan), DAP bukan parti Islam (manakala) PKR kita tak tahulah sama mereka rujuk atau tidak pada ayat al-Quran.” ujar Hadi pula.

Video di atas banyak mendedahkan kepincangan dalam membuat keputusan oleh PKR/DAP dalam memecat Khalid sebagai MB dan percaturan awal sebelum Langkah KEjang yang kini lumpuh.

Dalam sesi berikut, Ustaz Hadi disoal berhubung kenapa menolak Wan Azizah sebagai calon MB. Apa kerana beliau seorang wanita? Di sini Ustaz Hadi sekali lagi berhujah mengikut lunas syariah dan juga kewibawaan Wan Azizah sendiri yang tidak layak untuk memimpin. 


Hadi Awang Dakwa Azizah Tidak Layak Jadi MB Selangor

Bak kata sahabat saya, Sdr. Zul Nordin (zul4kulim.blogspot.com):
Setelah ‘dipermainkan’ bertahun-tahun, akhirnya PAS pulak permainkan Anwar & PKR-DAP!
Semoga tercerna sesuatu yang baik dan menguntungkan ummah hasil dari pergolakan dan ketamakan yang haloba percaturan politik seseorang individu. Amin.

 Wan Azizah Tidak Layak Jadi Menteri Besar – Hadi Awang 

uala Lumpur – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PAS menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wam Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor bukan disebabkan isu gender, tetapi disebabkan kebolehan beliau untuk memimpin.
Menurut Hadi, Islam telah menetapkan beberapa ciri dan syarat dalam melantik seorang pemimpin.
“Nak jadi pemimpin ini banyak syarat-syaratnya, antaranya pemimpin itu sendiri mesti ada kebolehan dan kelayakan untuk memimpin.
“Kalau daripada awalnya lagi dia (Wan Azizah) tidak ada kebolehan, untuk jawab pertanyaan yang dibangkitkan di dalam dewan negeri.
“Nak berdialog dalam dewan negeri pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin (MB Selangor)” katanya.
Seterusnya Hadi mengatakan beliau menggunakan budi bicaranya sendiri berdasarkan perlembagaan PAS ketika menghantar nama calon menteri besar Selangor baru-baru ini.
“Kita dalam parti PAS ni sejak dulu, mengikut perlembagaan.
“Perlembagaan PAS mengatakan presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli-ahli parti, timbalan, naib, ini dia kena dukung keputusan yang dibuat presiden,” kata Hadi.
Beliau berkata demikian menjawab persoalan yang dibangkitkan dalam sesi taklimat khasnya dengan ahli dan pemimpin PAS Terengganu di sebuah dewan terbuka di perkarangan Masjid Rusila pada Khamis.
Menurut Hadi, ia merupakan amalan pemimpin PAS terdahulu termasuk Datuk Fadzil Mohd Nor ketika mahu melantik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar Kelantan.
“Bila kita menang di Kelantan tahun 1990, di mana Ustaz Fadzil telefon kat saya, telefon kepada setiausaha agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar, kita lantik terus, hantar surat, Ustaz Fadzil pun ‘sign’. Presiden yang ‘sign’ surat tu, tak perlu rujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat,” kata Hadi dalam taklimatnya.
Katanya, demikian juga yang diamalkan sepanjang PAS memerintah Terengganu dan Kelantan sejak 1959 hingga 1978.
“Sejak saya ikuti dalam Jawatankuasa PAS Pusat tahun 1978, di mana perlantikan menteri besar ni tak dirujuk kepada Jawatankuasa PAS Pusat. Presiden parti yang buat keputusan.
“Begitulah bila kita menang tahun 1995, tahun 1999, menang Terengganu, tak dibuat Mesyuarat (Jawatankuasa PAS) Pusat. Ini diberi kepada pimpinan-pimpinan utama untuk membuat keputusan kerana kita kena sedar memerlukan masa yang cepat,” katanya.
Pada Khamis, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mendakwa beliau tidak tahu menahu mengenai satu kenyataan PAS menghantar tiga nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar Selangor.
Sedangkan kata beliau, mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos hanya memutuskan dua nama sahaja iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Mohamed Azmin Ali.
Hari ini Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari juga membangkitkan perkara yang sama.
Adly berkata, beliau terkilan dan amat bersimpati dengan AJK PAS Pusat yang dipinggirkan dalam membuat keputusan berhubung kedudukan menteri besar Selangor itu seperti dilaporkan semalam.
“PAS Melaka amat terkejut dengan tindakan tersebut. PAS Melaka akan meminta penjelasan lanjut pimpinan tertinggi dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan esok,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Hadi menghantar tiga nama sebagai calon menteri besar Selangor pada 3 September lalu iaitu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR dan satu Adun PAS.
Ketika memberitahu Utusan Malaysia pula, Mustafa berkata keputusan nama itu dibuat oleh Majlis Syura PAS yang bermesyuarat di Kota Bharu.
The Star pula melaporkan, Hadi pada 2 September menghantar nama tiga exco PAS Selangor kepada istana untuk dilantik menjadi menteri besar. – www.suara.tv


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...