05 September 2014
POLITIK 69!
Ah Foo, betulkah cerita Tun Mahathir pecat
Anwar sebab dia ingat Anwar mau lantik Jijah jadi TPM? Aiya ..lu dudok
diam-diam lah. Lu sudah jadi Ketua Menteri kira sudah bagus!!!
Salam 2 all.
Parti suami lantik isteri jadi Menteri Besar!
Parti bapak lantik anak jadi Ketua Menteri!
Suami Ketum parti!
Bapak penasihat parti!
Bapak penasihat parti!
Isteri Presiden!
Anak Setiausaha Agong!
Isteri ADUN Kajang!
Laki bakal banduan Kajang!
Isteri ADUN Kajang!
Laki bakal banduan Kajang!
Agaknya kalau DAP dapat lagi satu negeri,
adakah Betty menantu Kitsiang jadi Ketua Menteri?
Eh...cuba cari didunia ni ada tak parti politik cacamerba macam ni -
main celah-celah laki bini anak bapak? Kalau ini bukan nepotisma, tak
tau nak bagi label apa lagi kat dema ni! Rasanya kalau Allahyarham Tan
Sri P.Ramlee masih hidup - mau ada filem komedi terbaru Politik 69!
Tetapi itulah hakikatnya! Rakyat Malaysia sedang melihat satu sejarah
lawak yang akan menyebabkan Mr. Bean mati tercekik - menjadi negara
pertama didunia yang ada parti politik anak beranak!
Nasib baiklah masih ada insan-insan waras didalam PAS!
Tetapi PAS lah menjadi bahan punching-bag kedua-dua parti DAP-PKR ini.
Dihina, diperlekeh, diperkaldaikan, disepak terajang, dipaksa pecat ahli
sendiri yang tidak senang dipandang oleh kedua-dua pengkaldai ini.
Mana ada dalam dunia Presiden parti komponen disaman oleh rakan
sekongkol. Tapi Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang disaman RM2 juta oleh
ahli PKR; dan langsung tidak ada sebarang tindakan oleh PKR terhadap
ahli tersebut!
AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Temerloh disaman oleh Setiausaha
Agong DAP Lim Guan Eng; dan langsung tidak ada nasihat diberikan oleh
Kitsiang bapak Guan Eng yang juga penasihat DAP supaya anaknya jangan
saman rakan sekongkol.
Setelah dikencing sampai hancing, akhirnya golongan ustaz-ustaz dalam PAS telah membuat satu korner baring yang menyebabkan kedua-dua pengkaldai terkedu merah padam muka!
Walaupun DAP-PKR bersetuju mengemukakan hanya nama Wan Azizah sebagai
calon Menteri Besar, namun PAS bijak menggunakan titah Tuanku Sultan
dengan mengemukakan tiga nama lain yang dipercayai anggota Exconya
sendiri untuk menjadi calon MB.
Alasan PAS mudah. Ini titah Tuanku Sultan yang mahukan lebih daripada
dua nama. Ilmu hisab PAS lebih hebat - PAS faham lebih daripada dua
maknanya sekurang-kurangnya tiga. Dan tiga nama lah yang dikemukakan
oleh PAS.
Bermakna PAS telah mematuhi dan mentaati titah Tuanku Sultan.
Tetapi PKR yang mempunyai Penasihat lulusan Pengajian Melayu, bukan
sahaja tidak faham bahasa Melayu, ilmu hisab mereka pun gagal! Mereka
tidak faham lebih daripada dua maknanya bukan satu. Tetapi itulah yang
mereka buat - mereka hanya hantar satu nama!
Mereka dengan sengaja ingkar titah Tuanku!
Bermakna sekarang dihadapan Tuanku sekarang ada 3 nama dikemukakan oleh PAS yang mempunyai 15 ADUN.
Sebaliknya hanya ada satu nama dihadapan Tuanku dikemukakan oleh PKR yang ada 13 ADUN.
Bermakna sekarang kedudukan 15 lawan 13.
Tetapi parti anak beranak Kitsiang menyokong PKR. Dan mereka ada 15
ADUN. Bermakna calon tunggal PKR sudah mendapat sokongan 28 ADUN.
Bermakna sekarang bergantung kepada ADUN BN dan Bebas. Mereka ada 12 BN
dan 1 Bebas - menjadikan jumlah 13. Jika mereka menyokong calon PAS,
bermakna calon PAS juga mendapat sokongan 28 ADUN!
Bermakna stalemate - 28 (ADUN PAS/BN/Bebas) melawan 28 (ADUN DAP-PKR)!
Kalau dibuat undi dalam Dewan, sudah pasti calon PKR akan bungkus -
sebab salah seorang ADUN mereka terpaksa mempengerusikan mesyuarat
sebagai Speaker, dan dia tidak boleh mengundi. Bermakna tinggal 27.
Kalau begini keadaannya, apa kemungkinan yang akan atau boleh berlaku?
1. Baginda Tuanku Sultan boleh meminta Tan Sri Khalid terus menjadi MB jika mendapat sokongan PAS-BN;
2. Baginda Tuanku Sultan boleh melantik mana-mana ADUN PAS menjadi Menteri Besar dengan syarat disokong oleh ADUN BN dan Bebas;
3. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan diadakan sidang khas Dewan
Undangan Negeri Selangor untuk membuat ketetapan siapa ADUN yang
mendapat sokongan majoriti ADUN untuk menjadi MB;
4. Baginda Tuanku Sultan boleh menitahkan supaya Tan Sri Khalid datang mengadap, dan jika Tan Sri Khalid melihat keadaan stalemate ini maka bolehlah beliau menasihatkan Tuanku supaya membubarkan Dewan Undang Negeri dan diadakan Pilihanraya Negeri;
5. Baginda Tuanku Sultan sendiri menitahkan supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan!
Kuasa mutlak dibawah Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor jelas memberikan kuasa penentuan ditangan Baginda Tuanku Sultan. Dan ralyat Selangor seharusnya bersyukur banyak-banyak kerana mempunyai seorang Sultan yang bukan sahaja arif, tetapi juga bijaksana!
Ini adalah perkembangan yang sangat-sangat menarik!
Apa pun keadaan, saya ingin memetik kata Bin Sarjan dalam Ali-Baba & 40 Penyamun, "mari kita tengok siapa yang kena"!!!.
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Zul-Qaedah 1435
05 Sept 2014
No comments:
Post a Comment