Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, September 3, 2014

Sekarang semua telah meluat dengan kejadian di Selangor itu. – HARAKAHDAILY

KRISIS MB SELANGOR : ANWAR & PAKATAN PERLU INGAT SEJARAH HITAM MAGERAN DI KELANTAN !

DAP dan PKR dilaporkan telah menghantar nama calon MB Selangor kepada pihak istana Selangor. Dan mereka masih berdegil keras kepala hanya menghantar satu nama sahaja walau pun Sultan Selangor mahu lebih daripada 2 nama calon.



PAS pula akan menghantar nama calon mereka pada esok hari.

Akibat kedegilan DAP dan PKR itu boleh digambarkan di dalam artikel yang disiarkan dalam HaprakDaily HarakahDaily.

Sila baca : 
HAL yang saya paling takut kiranya ganti TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tidak dapat diselesaikan segera ialah Selangor dimageran baik oleh Parlimen atau apa-apa juga kuasa yang difikirkan oleh Peguam Negara.

Kalau hasrat Istana bagi mendapatkan lebih dua calon ditolak oleh PKR/DAP, atau beri saja mana-mana nama ADUN PKR, tuan badan menolak atas apa jua alasan, sementara Istana bertegas mahukan tiga nama juga, penggantian itu akan buntu.

Macam-macam boleh dicadangkan bagi mencari jalan keluar tetapi jangan sampai berlaku seperti yang terjadi di Kelantan hujung tahun 70-an. Parlimen mengisytiharkan Mageran mengambil alih pentadbiran negeri untuk ditadbirkan oleh kerajaan persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Mohamad Nasir yang kalah dalam undi tidak percaya di DUN sebelumnya dikekalkan sebagai Menteri Besar yang tidak berkuasa. Pentadbiran dijalankan oleh seorang pegawai kanan kerajaan pusat.


DUN Selangor belum sampai bersidang untuk undi tidak percaya kepada Khalid kerana dia sudah sedia berundur dan sekarang hanya MB sementara bagi meneruskan urusan kerajaan sehingga MB baru dipilih.

Majoriti ADUN PAS Kelantan sudah meluluskan undi tidak percaya kepada MB-nya, tetapi secara gila-gila. Walaupun PAS telah mengikut proses demokrasi dan perlembagaan tetapi Parlimen boleh mengatasinya.

ADUN terus ada dan dapat elaun, tapi tak dapat buat apa-apa kerana kerajaan adalah dalam tangan kerajaan pusat. Empat bulan kemudian kerajaan Mageran Kelantan DUN dibubar, pilihan raya negeri diadakan, PAS kalah teruk.

Janganlah hal yang berlaku di Kelantan itu berulang pula di Selangor kiranya semua pihak berkeras kepala. Sultan tidak rugi apa-apa kalau permintaan baginda tidak dipenuhi, yang tidak dapat buat apa-apa ialah orang yang hendak membuang Menteri Besar dan belum dapat gantikan lagi walau Khalid bila-bila masa sedia kosongkan pejabat.

Kalau sampai sebulan atau beberapa bulan tidak ada Menteri Besar baru, jika ada sidang Raja-Raja, Khalid juga akan mengiring Sultan.

Kita mungkin boleh bincang isu undang-undang dan perlembagaan. ADUN PAS Kelantan tidak langgar undang-undang tetapi Hussein Onn dan Dr. Mahathir boleh minta Parlimen daruratkan negeri itu.

Kalau buntu itu terlalu menyolok mata dan lama, hingga semua orang meluat, jangan salahkan Putrajaya jika ia mengambil langkah seperti di Kelantan dulu.

Banyak yang tahu bukanlah mudah bagi BN mengambil semula Selangor walaupun Pakatan dalam krisis, tetapi apakah peluang yang baik lagi untuk mengambil semula negeri selain daripada membuat apa yang orang tidak terfikir.

Jika Selangor didaruratkan, tidak diketahui berapa lama ia ditadbir oleh pusat. Jika dirasakan BN boleh ambil cepat, ia akan adakan pilihan raya cepat. Jika payah untuk mengambilnya, maka dilamakan pentadbirannya. Yang penting bagi BN ialah bagaimana Selangor boleh ditadbirnya baik melalui pilihan raya atau tidak. 

Jika semua keras kepala, seronoklah Umno.

ADUN PAS Meru dan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani memberitahu saya sebelum meletup isu membuang khalid, dia telah bercakap dalam sidang DUN tentang pelan BN untuk mengambil Selangor seperti Perak. Semua isu yang dicampakkan pada MB itu adalah antaranya. Dia seperti berkata betul.

Apapun jangan tukar Langkah Kajang jadi Langkah Kiri hingga Mageran berulang. Sekarang semua telah meluat dengan kejadian di Selangor itu.HARAKAHDAILY

Toleh Semula Di Sebalik Pentadbiran Mageran (Majlis Gerakan Negara) Kelantan 1977 - See more at: http://www.loyarburok.com/2013/03/22/toleh-semula-di-sebalik-pentadbiran-mageranmajlis-gerakan-negara-kelantan-1977/#sthash.TPACHUb7.dpuf

Toleh Semula Di Sebalik Pentadbiran Mageran (Majlis Gerakan Negara) Kelantan 1977 - See more at: http://www.loyarburok.com/2013/03/22/toleh-semula-di-sebalik-pentadbiran-mageranmajlis-gerakan-negara-kelantan-1977/#sthash.TPACHUb7.dpuf

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...