Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, September 8, 2014

‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri dan Menteri Besar telah Gagal


KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

8 September 2014 / 13 Zulkaedah 1435H

Nik Nazmi : Langkah Kajang Yang Sumbang

Saya menggesa supaya Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) merujuk terlebih dahulu punca krisis Menteri Besar Selangor yang bermula daripada Langkah Kajang sebelum membuat kesimpulan melulu terhadap kewibawaan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Langkah Kajang yang dicatur jelas merapuhkan keutuhan Pakatan Rakyat dan menghakis semangat setiakawan yang dihulurkan oleh PAS.

Walaupun PAS telah menyatakan pendirian bahawa Langkah Kajang tidak berkaitan untuk menukar Menteri Besar Selangor, namun jelas pada tarikh 21 Julai 2014, PKR telah mengumumkan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar yang baru. Sila rujuk juga kenyataan Presiden PKR yang disiarkan oleh laman berita Astro Awani bertarikh 5 Ogos 2014.

“Kita merancang strategi ‘Langkah Kajang’ untuk membolehkan Anwar menjadi ahli dewan undangan negeri dan kemudiannya Menteri Besar tetapi telah digagalkan oleh kerajaan Barisan Nasional,”

“Jawatan Menteri Besar sememangnya untuk Anwar pada awalnya, saya tidak akan teragak-agak untuk menjadikan beliau sebagai penasihat sekiranya saya menjadi Menteri Besar,”

Tindakan PKR tersebut memaksa PAS untuk mengadakan mesyuarat di peringkat Majlis Syura Ulama’ dan membuat keputusan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Kemudian, apabila beliau dipecat pada tarikh 9 Ogos 2014, PAS sekali lagi terpaksa bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 untuk membuat pencalonan baru kerana Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang kelayakan asas untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Mengambil kira keputusan PKR (21 Julai 2014), pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim, pihak istana dan perspektif Islam, Presiden PAS turut menamakan YB Azmin Ali untuk jawatan itu selain daripada Wan Azizah. Secara tidak langsung dan diamati dengan cermat, ia menzahirkan pendirian PAS dalam menentukan pemimpin utama untuk mentadbir sebuah kerajaan yang mesti seseorang individu yang berkebolehan, berkelayakan dan memiliki ciri-ciri kepimpinan tertentu.

Isu ini berlanjutan dan sehinggalah pada tarikh 27 Ogos pihak istana meminta setiap pemimpin parti menamakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan oleh Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Menteri Besar. Perkara tersebut telah dipenuhi oleh Presiden PAS dan ia sekali lagi menunjukkan sikap matang dan bijak.

Saya berpendapat, YB Nik Nazmi memulakan langkah sumbang sebagai Ketua AMK yang baru. Beliau harus akur bahawa liabiliti politik yang berlaku pada hari ini di Selangor menimbulkan kegusaran di peringkat akar umbi. Saya menjangkakan kita akan mengambil tempoh masa yang lebih lama untuk memulihkan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Yang Benar,
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin,
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan 

NIK NAZMI AMK KAKI AMPU PROJEK LANGKAH KAJANG DIGELAR SUMBANG OLEH PEMUDA PAS




Rupanya inilah sebabnya dimenangkan Ketua AMK baru Nik Nazmi di pemilihan PKR yang lepas oleh Anwar

Menjadi pengampu tegar bagi menjayakan projek Suami nak lantik isteri jadi MB Selangor ..

Segala prinsip Reformasi iaitu menghapuskan kronisme dan nepotisme  telah digadaikan demi nak ampu Anwar dan Jijah .

Apa standard Nik Nazmi untuk membalun Presiden PAS  dalam krisis MB  Selangor  yang di create sendiri Anwar melalui Langkah Kajang ??

Memang patut pun Langkah Kajang digelar Langkah Sumbang oleh Pemuda PAS yang baru sedaq bila Presiden PAS diperbudakan oleh AMK .

 sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...