POK NIK DAH ISYTIHAR JADI TUHAN?
Bila menghukum seseorang itu GERENTI
MASUK NERAKA macam POK NIK buat dalam artikel di atas, bermakna POK NIK
SUDAH ISYTIHAR DIRINYA ADALAH TUHAN ???
Kini mana-mana Menteri yang tak beri
ROYALTI kepada POK NIK menurut POK NIK GERENTI MASUK NERAKA. Hambuih
mudahnya perkiraan Pok Nik.
Hanya semata Pok Nik tak dapat ROYALTI maka dihukumkan semua menteri masuk NERAKA. Macamlah Neraka itu hakmilik Pok Nik.
Seolah-olah Pok NIk beri gambaran bahawa TAK BERI HABUAN DUNIAWI KEPADA PAS ADALAH SUATU DOSA BESAR DAN BAKAL MASUK NERAKA.
Betul ke dalam permasalahan Fiqh ada ijma sedemikian?
Pok Nik cakap ikut sukahati nya bercakap.
Semakin Pok Nik bercakap semakin kejahilannya dan kecetekannya dalam ilmu agama semakin terserlah.
Semakin Pok Nik bercakap semakin kejahilannya dan kecetekannya dalam ilmu agama semakin terserlah.
Ini macam punya orang ka mao di angkat menjadi PEMIMPIN?
Nik Aziz Juga Zalim Terhadap Rakyat Kelantan – Zawawi
PASIR PUTEH, 1 Feb - Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman, membidas kenyataan Datuk Seri Nik Aziz yang mendakwa menteri yang tidak tunaikan amanah akan masuk neraka, yang secara sinis ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, berhubung isu royalti seumpama pepatah menepuk dulang terpercik ke muka sendiri.Menurut beliau, tidak sepatutnya Mursyidul Am Pas itu mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana isu syurga dan neraka bukanlah hak manusia untuk menilai tetapi syurga dan neraka itu adalah hak Allah swt semata-mata.
“Dalam isu royalti minyak ini, ia merupakan isu bukanlah Datuk Seri Najib menggunakan wang itu untuk kepentingan peribadinya. Wang royalti minyak itu jelas digunakan untuk pembangunan negara dan kebajikan rakyat. Lainlah kalau PM kita gunakan untuk kepentingan peribadinya.
“Saya nak tanyabeliau pula, bagaimana dengan tanggungjawab beliau sebagai Menteri Besar Kelantan? Apakah beliau sebagai seorang pemimpin sudah menunaikan tanggungjawab beliau terhadap rakyat Kelantan? Beliau juga dilihat gagal dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemimpin,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya, jelas hari ini beberapa isu asas hak rakyat Kelantan seperti isu air pun masih tidak diselesaikan oleh kerajaan negeri. Sudah hampir 23 tahun Pas memerintah, namun perkara asasi seperti air bersih pun mereka tidak dapat bekalkan kepada rakyat di negeri ini,.
“Itu belum lagi kita ungkit tentang tujuh janji kerajaan Pas kepada rakyat Kelantan yang kini hanya tinggal janji. Begitu juga soal pembangunan, soal pekerjaan dan sebagainya. Bukankah beliau sendiri tidak tunaikan amanah yang diberikan Allah kepadanya sebagai seorang pemimpin?
“Maknanya beliau sendiri menzalimi rakyat Kelantan. Kalau beliau tidak menzalimi rakyat di Kelantan, takkankanlah beliau dikejar oleh penduduk di Gua Musang disebabkan isu tanah penduduk yang dirampas oleh kerajaan negeri.Tapi Menteri Besar tak rasa beliau menzalimi rakyat Kelantan. Sebab itu saya katakan, kenyataannya itu bak kata pepatah menepuk dulang terpecik air ke muka sendiri,” tegasnya.
Katanya lagi, terlalu banyak kenyataan dari kepimpinan Pas yang sebenarnya khususnya soal agama yang telah membuatkan rakyat di negara ini menjadi keliru dan berpecah belah.
“Sebenarnya kepimpinan Pas telah banyak mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang amat-amat bercanggah dengan prinsip dan pendirian Islam sebenar. Amanat Haji Hadi, isu syurga dan neraka telah menyebabkan perpecahan yang amat serius berlaku di kalangan umat Islam di negara ini.
“Kalau Pas bagi duit, itu dikatakannya sedekah. Tetapi kalau UMNO bagi duit, itu dikatakannya rasuah. Apa semua ini? Kalau wayang kulit, bola sepak dikir barat, cara Islam. Pas buat semuanya ikut Islam, tapi UMNO buat tidak ikut Islam. Apa UMNO bukan parti Islamkah? Jelas nampak ada diskrimasi di situ.
“Saya cabar Datuk Nik Aziz, buat satu kenyataan secara jelas, bukan secara sinis, katakan bahawa ahli UMNO ini kafir. Jangan sindir-sindir. Jangan buat kenyataan sinis. Nyatakan terang-terang, bahawa ahli UMNO, penyokong UMNO ini kafir dan tidak ikut Islam. Bawa dalil hujah dari Quran dan Sunnah. Jangan sampai kafir ini berbalik kepada orang yang mengkafirkan nanti,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment