BN TETAP PILIHAN DI HATI PENGUNDI PADA PRU 13 !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!
Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya
(UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan
Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke
13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.Statistik kaji
selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului PR dengan lima mata
peratusan.BN memperolehi 42 peratus berbanding 37 peratus yang
memberikan keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas
saiz sampel 1,409 pengundi.Malah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja
parti pemerintah akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul
kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.Keyakinan ini bukanlah
cakap-cakap kosong kedai kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan
realiti di peringkat akar umbi pengundi.Sikap keterbukaan dan pendekatan
inovatif pentadbiran Perdana Menteri,Datuk Seri Najib merupakan dua
faktor amat penting yang menyumbang kepada keyakinan rakyat kepada
BN.Walaupun pihak pembangkang saban hari membangkitkan pelbagai isu yang
didakwa bersabit dengan rasuah dan penyelewengan tetapi rakyat
terutamanya pengundi bijak memilih di antara kaca dan permata.
Apa yang mereka sekarang lihat dan nikmati adalah hasil pro-aktif
kepemimpinan cemerlang yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dalam
memperjuang serta menjaga kebajikan rakyat.Daripada perbelanjaan isu
rumah,pendidikan,kebajikan pelajar,warga emas,pemandu teksi,golongan
karyawan,agamawan dan nelayan hinggalah kepada golongan peniaga serta
usahawan, semuanya kini sedang menikmati hasil bermacam-macam program
yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib.Boleh dikatakan tidak ada lapisan
masyarakat atau golongan rakyat yang disisahkan daripada menerima
bantuan dalam pelbagai bentuk dan rupa.Program BR1M 1.0 dan 2.0 yang
dituduh pembangkang yang kekeringan isu sebagai rasuah politik menerima
respons yang sungguh menakjubkan. Begitu juga lain-lain program
KR1M,Klinik 1 Malaysia,TR1M,KD1M yang terbit daripada dua program
transformasi kerajaan,Program Transformasi Pentadbiran dan Program
Transformasi Ekonomi.Mentadbir sebuah negara majmuk seperti Malaysia
dengan 1001 kerenah daripada setiap kaum yang berlatar belakangkan
etnik,agama,bahasa,budaya serta pandangan dunia yang berbeza bukanlah
suatu yang mudah.
BN telah berjaya mengangkat serta menobatkan martabat negara dari semua
susut pembangunan ekonomi,politik dan sosial daripada sebuah negara
berasaskan pertanian kepada negara industri yang mennuju kepada status
negara maju menjelang 2020.Segala yang telah dicapai sehingga kini bakal
hancur dan musnah jika negara berada di dalam tangan pembangkang.Ini
kerana asas politik pembangkang adalah kebencian dan perpecahan serta
memporak perandakan negara demi untuk memperolehi kuasa
politik.Pembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara
mahupun kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas
Putrajaya dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara.
Ini terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering
diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak
rakyat.Sebenarnya bukan rakyat yang menjadi fokus gerakan
pembangkang.Rakyat hanya dimobilisasikan sebagai satu gerakan massa bagi
kepentingan politik pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat
yang masing-masing mempunyai halatuju dan ideologi yang berbeza.Walaupun
kajian UMCEDEL menunjukkan sejumlah 78 peratus daripada saiz sampel
pengundi dalam soal selidik yang dijalankan mengatakan,integriti dan
salahguna kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi dalam
pilihan raya umum,namun ini ada hanyalah masalah persepsi yang telah
dicorakkan dalam pemikiran rakyat oleh pembangkang.
Akhirnya rakyat akan menunjukkan kematangan di peti undi bila mana
mereka mampu membandingkan dengan fikiran dan hati yang terbuka
kehidupan yang telah mereka nikmati sepanjang pemerintahan BN.Mereka
juga akan membandingkan janji-janji kosong pembangkang yang tidak mampu
dilaksanakan serta lebih indah khabar dari rupa.Hasil kaji selidik
Universiti Malaya itu yang menunjukkan 53 peratus masyarakat Cina masih “tidak pasti” untuk
memilih parti mana pada PRU 13 juga seharusnya tidak perlu
dibimbangi.Pengundi Cina melihat politik sebagai satu bentuk perniagaan
yang mengutamakan aspek keuntungan lebih daripada unsur yang
lain.Walaupun mungkin wujud beberapa isu yang menjadi kebimbangan kepada
mereka,pengundi Cina perniagaan akan bertindak seperti peniaga yang
akan memastikan kerajaan yang mereka pilih mampu memberi suasana
perniagaan yang stabil,kompetitif dan aman daripada segala halangan yang
membantutkan ekonomi mereka.
Pembangkang mungkin boleh bermulut manis menabur segala macam janji
termasuk ada yang tidak masuk akal sama sekali tetapi rakyat akan tetap
memilih BN yang rasional,komited,berwawasan serta sentiasa menepati
janjinya.
sumber daripada
No comments:
Post a Comment