Tahniah
PAS , pada ketika semua pihak mempertikaikan tentang penggunaan kalimah
Allah oleh bukan Islam Majlis Syura PAS bertindak menggugurkan
keanggotaan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura PAS.
Walaupun
Majlis Syura PAS telah membuat keputusan kalimah Allah tidak boleh
digunakan oleh bukan Islam namun di peringkat Pakatan Haprak ianya masih
kekal dengan keputusan yang dibuat oleh Hadi bersama kepimpinan DAPigs
dan PKR.
Persoalannya
mengapa Majlis Syura PAS langsung tidak mengambil sebarang tindakan
susulan supaya keputusan diperingkat Pakatan Haprak itu ditarik balik
sebaliknya boleh pula mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang
kedudukan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura ?
Alasan
pengguguran Ustaz Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura kerana
melanggar peraturan berjamaah dilihat cukup memalukan lebih-lebih lagi
dalam keadaan penggunaan kalimah Allah masih menjadi teka teki dalam
Pakatan Haprak.
Dalam
hal ini dimana kredibiliti anggota Majlis Syura PAS yang dianggotai
oleh ulama PAS sekiranya urusan parti diletakkan lebih penting dari
membetulkan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ?
Majlis
Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah
memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai
anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar
peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis
Syura Ulama PAS, lapor 'Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013
pada muka belakangnya.
Setiausaha
Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu,
Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin
kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat
bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana
yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.
Majlis
Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan
ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan
kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada
Harakah 25 Januari lalu.
Bagaimanapun,
tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan,
tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang
juga Ketua Penerangan Dewan Ulama
PAS
Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS
hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya
menggugurkan beliau daripada parti.
Bersyukur kepada Allah Ustaz nasarudin kerana tidak bersama2 dengan mereka yang merosakkan agama. Renunglah, banyak fatwa majlis syura yang menyimpang seperti harus mengundi orang kafir dalam pilihanraya, melantik orang kafir sebagai ketua (calon wakil rakyat dlam PRU13), bekerjasama dengan orang kafir dan parti yang tidak berlandaskan islam. Banyak istilah yang disalahgunakan. Ulama dalam pas sebenarnya bukanlah orang yang dikategorikan layak untuk berijtihad kerana syarat dan disiplin ilmu tidak ada pada mereka dan ustaz2 pada zaman ini. Allahuallam
ReplyDeletepas parti sesat. umno sah sah terdiri dari orang islam dikatakan kafir tapi dap yg sah sah kafir dijadikan kawan karib.. sah sah parti dap yg kafir menjadi ikutan pas.
ReplyDeleteaku kesian kat ustaz nasharuddin ni,xpasal2 jadi mangsa kekufuran PAS
ReplyDelete