Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, January 17, 2013

SOALAN : Zulkifli Nordin KEPADA Ahli Majlis Syura PAS

Ahli Majlis Syura ditampar Zulkifli Nordin!



Salam 2 all.

Teman mengalu-alukan keputusan Majlis Syura PAS yang bermesyuarat semalam Ahad 01 Rabi'ul Awal 1434 bersamaan 13 Januari 2013 dan membuat keputusan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh dipakai oleh umat Islam, dan tidak boleh dipakai dalam bentuk bertulis atau bercetak oleh non-Muslim.



Cuma beberapa persoalan yang timbul daripada keputusan ini iaitu:



1. Mengapa larangan hanya kepada penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim dalam bentuk tulisan atau bercetak? Bagaimana dengan lisan, adakah ianya dibenarkan. Kalau alasan keputusan Syura adalah kerana kalimah ALLAH hanya khusus untuk Muslim, sudah pasti ianya tidak boleh digunapakai oleh non-Muslim dalam semua bentuk samada bertulis, bercetak mahupun lisan!



2. Mengapa Majlis Syura mengambil masa begitu lama untuk berbincang dan membuat keputusan? Setelah Guaneng mencetuskan isu ini mendesak kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible semasa perayaan krismas 25 Dis 2012, sudah lebih tiga minggu isu ini berlalu.



Sudah banyak bantahan dan protes dibuat oleh umat Melayu-Islam. Sudah berbuih mulut para ulama', termasuk Majlis Fatwa membuat bantahan terhadap kenyataan Guaneng itu, malah setelah Presiden PAS sendiri membuat kenyataan bersama DAP-PKR bersetuju kalimah ALLAH digunapakai oleh kristian, barulah Majlis Syura' nak berbincang dan membuat keputusan?



Adakah keputusan ini sekadar cuba mengalih kemarahan umat Melayu-Islam kepada kepimpinan PAS, atau untuk meraih sokongan dan undi umat Melayu-Islam yang semakin merosot kepada pembangkang termasuk PAS?



3. Mengapa Majlis Syura' tidak menasihatkan dan mengarahkan Presiden PAS supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan yang dibuat bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH?



4. Mengapa Majlis Syura' tidak menegur dan menasihatkan rakan sekutu PAS iaitu Anwar Ibrahim dan Guaneng supaya menghentikan polemik penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian ini? Dan menasihatkan mereka supaya menarik balik dan membatalkan cadangan itu?



5. Adalah jelas keputusan Presiden PAS bersetuju dan membuat kenyataan bersama Anwar dan Kitsiang membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH dibuat tanpa merujuk kepada para ulama' dalam PAS dan Majlis Syura PAS. Sedangkan Majlis Syura' adalah badan tertinggi didalam hiraki kepimpinan PAS yang mempunyai kuasa muktamad dalam hal ehwal dasar dan hala tuju PAS.



Bermakna Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS telah membelakangkan Majlis Syura' dalam isu yang sangat asas, fundamental dan penting ini. Bukankah ini satu penghinaan kepada Majlis Syura' dan bercanggah dengan slogan "Kepimpinan Ulama" yang dilaungkan oleh PAS?



Apapun, adalah jelas keputusan Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS bersetuju bersama DAP-PKR untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH jelas kini bercanggah dengan keputusan dan pendirian Majlis Syura'.



Sebab itu teman mencabar Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS supaya menarik balik dan membatalkan persetujuan bersama DAP-PKR membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH tersebut.



Teman juga mencabar Presiden dan kepimpinan eksekutif PAS supaya menegur dan menasihatkan GuanEng supaya menarik balik desakan untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH. Kalau Guaneng enggan, Presiden dan kepimpinan eksekutif serta Majlis Syura' PAS tidak ada pilihan selain daripada bermufaraqah dengan DAP-PKR.



Ini bukan soal siasah, ini soal aqidah! Ini bukan soal politik, ini soal iman! Ini bukan soal menang undi, ini soal tauhid! Ini bukan soal menang pilihanraya, ini soal syurga-neraka!



Moga ALLAH memberikan keampunan dan hidayah kepada kita semua. Yang baik datang daripada ALLAH, yang tidak adalah daripada kelemahan teman sendiri!
Tq YB Kulim, moga disahut cabaran YB oleh kepimpuinan tertinggi PAS serta kepimpinan tinggi PAS membatal persetujuan DAP-PKR dalam membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah.

1 comment:

  1. saya hairan kenapa PAS pulak yg nak menentukan kalimah allah.... kan kita ada kerajaan yg memerintah dimana urusan2 agama di bawah Yang Dipertuan Agong.... PAS hanya la sebuah parti politik. saya rasa benda begini cukup mengelirukan rakyat. Sejak bila kah urusan keagamaan dinegara ini di uruskan oleh PAS?.... Apa yg saya lihat PAS tidak boleh menguruskan kan kedudukan kiblat distadium merdeka ketika himpunan HKL12 baru ini....Disini pun menunjukkan mereka tidak bersatu dalam urusan agama...........

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...