Akhirnya, Nik Aziz dan sekalian dalam PAS akui Allah adalah kalimah suci
yang DIIMANI oleh umat Islam iaitu Allah yang Esa. Tahniah kepada umat
Islam semua. PAS sebenarnya dah lama terpesong dan kalian berjaya
betulkan Nik Aziz dan sekalian dalam PAS dari terjerumus dalam agenda
DAP dan Anwar Ibrahim..
Pakatan Rakyat???..
BERTAMBAH
keliru!! Itulah reaksi pertama sebaik dimaklumkan bahawa Majlis Syura
Ulama PAS sebentar tadi memutuskan untuk melarang penganut agama
Kristian menggunakan perkataan Allah secara bertulis.Anehnya, semua
ini berlaku setelah Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan
oleh pihak gereja, tanpa sesekali menyentuh bentuk penggunaannya sama
ada secara bertulis atau secara oral.
Bagaimanapun kalau pertikaian penggunaan nama Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu dan majalah mingguan gereja, The Herald dijadikan panduan, maka jelas yang dituntut adalah penggunaan kalimah tersebut secara bertulis!!
Dengan keputusan itu, pemahaman semua orang ialah kalimah Allah boleh digunakan oleh pihak Gereja dalam apa bentuk pun yang dimahukan mereka. Tidak timbul persoalan bertulis atau tidak.
Penggunaan kalimah tersebut secara oral juga memang tidak pernah menjadi topik pertikaian oleh mana-mana pihak sebelum ini. Kalau tersilap, sila maklumkan di mana.
Maka itu tidak salah kalau kita melihat keputusan ini akan mencetus satu masalah yang besar kepada Pakatan Rakyat selepas ini.
Suka nak dimaklumkan di sini bahawa beratus ribu Kitab Bible yang menyebut di dalamnya perkataan Allah telah sedia dicetak untuk diedarkan di kalangan orang Melayu/Islam dalam membantu menambah pemahaman mereka mengenai agama Kristian, sebaik Pakatan Rakyat memutuskan untuk membenarkan penggunaannya oleh masyarakat Kristian.
Sebuah gereja di Petaling Jaya juga dilaporkan telah menaikkan papan tanda dengan perkataan Allah di dinding bangunan gereja tersebut minggu sudah, sebaik Majlis Presiden Pakatan Rakyat selesai bersidang dan memutuskan perkara tersebut.
Justeru, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?
Kita difahamkan, Hadi tidak berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Syura Ulama sebelum menghadiri mesyuarat pada 8 Januari lepas. Kebetulan, bantahan dari anggota Majlis Syura berhubung perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama dan Nasharudin Mat Isa, bukan satu rahsia lagi.

No comments:
Post a Comment