Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, May 4, 2013

KENYATAAN TERBUKA KEPADA PENGUNDI PRU13 : ANDA, BN ATAU PR KAH AKAN MAUT ATAU KE TIGA-TIGANYA SEKALI??

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak, selamat menjalankan tanggungjawab kepada negara. Besok, 5 Mei 2013 hari penentuan kepada siapakah yang bakal tuan-puan beri mandat untuk menjaga kepentingan diri dan keluarga serta masyarakat tuan dan puan.

Besok juga adalah hari penentuan kepada siapakah tuan dan puan akan serahkan tanggungjawab menjaga kesucian agama dan bangsa tuan puan terus terbela dan terjaga dalam keadaan aman dan harmoni.

Besok juga adalah hari di mana tuan-puan akan membuat keputusan dan meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada Barisan Nasional untuk menerajui negara ataupun menyerahkannya kepada pakatan pembangkang untuk menjalankannya.

Besok, 5 Mei adalah hari di mana tuan puan akan menggunakan hak tuan puan sepenuhnya sebagai seorang warganegara untuk meenentukan nasib diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara tuan-tuan dan puan-puan seterusnya di masa hadapan.

Pujangga Parsi ada menyebut, "tangan-tangan kamu adalah pemimpin-pemimpin kamu. Baik tangan (perbuatan) kamu, maka baiklah pemimpin yang bakal dizahirkan buat kamu. Buruk tangan (perbuatan), maka buruklah pemimpin yang bakal memimpin kamu."

Masa depan tuan-tuan dan puan-puan, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara terletak sepenuhnya di tangan tuan puan, di antara jam 8 pagi hingga jam 5 petang, besok, 5 Mei 2013.

Tempoh tersebut tidak ada sesiapa yang berkuasa selain dati Allah swt, melainkan tuan-tuan dan puan-puan.

Tempoh keramat tersebut adalah tempoh ujian paling getir terhadap kemampuan tuan-tuan dan puan-puan untuk menggunakan pertimbangan akal dan kewarasan di dalam membuat keputusan untuk masa depan anda sendiri.

Berpegang teguhlah kepada pegangan kepercayaan, pengakuan dan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah Jalajalaluh, raja segala raja, kerajaan kepada segala kerajaan dan penguasa kepada segala penguasa yang ada di alam ini.

Berpegang teguhlah kepada keyakinan, keikhlasan dan kejujuran yang sebenar-benarnya terhadap diri anda sendiri dan terhadap apa juga perbuatan (tangan-tangan) anda.

Jika tangan-tangan (perbuatan, pertimbangan dan keputusan) anda kekal dan tidak terpesong dari keyakinan, keikhlasa dan kejujuran terhadap diri dan penuh dengan penghormatan adap dan tertib kepada Allah swt, penguasa kepada segala penguasa, maka, pasti anda akan beroleh berkat, hikmah dan khasiat hasil dari keputusan dan pertimbangan anda.

Itu adalah "janji pasti" yang tidak mungkin dimungkiriNya kerana Allah bersih dari sifat lalai, yakni bebas dari nafsu yang sombong, riak dan takbur, bohong, fitnah dan dusta.

Sesudah anda membuat pertimbangan dan keputusan, maka Allah akan memuktamadkannya bersandarkan "hak" sebagai pengundi yang anda telah laksanakan.

Dugaan terbesar untuk anda adalah sejauh mana "mampu menerima" hakikat, ketentuan dan kenyataan takdir yang akan dimuktamadkan oleh Allah swt buat anda.

Takdir Jodoh, Pertemuan, Rezeki dan Maut buat diri anda dan seluruh keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan tanah air anda pasti akan berlaku pada malam 5 Mei.

Jika ada jodoh dan pertemuan, rezeki akan datang.
Jika ada pertemuan tapi tiada jodoh, maka mautlah yang akan datang.

Takdir jodoh, pertemuan, rezeki dan maut pasti akan berlaku buat anda, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Jika anda, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menerima hakikat takdir yang bakal ditentukan ini, negara pasti akan beroleh berkat, hikmah dan khasiat dari "penerimaan" hakikat takdir tersebut.

Tetapi, jika anda dan Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat tidak mahu menerima hakikat takdir yang bakal terjadi hasil dati pertimbangan dan keputusan yang anda sendiri tentukan, maka anda, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan tanah air tuan-tuan dan puan-puan pasti akan menerima musibah yang lebih buruk dari keadaan sediada yang telah ditakdirkan buat anda dan negara ini.

Gunakanlah hak anda seikhlas dan sejujurnya demi masa depan anda, keluarga, agama, bangsa dan tanah air.

Selamat mengundi dan selamat menerima hakikat takdir.
 
Kenyataan Ikhlas dari 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...