Terbaru dari Che Det
PEMBATALAN
8 Dec 2016
PEMBATALAN
8 Dec 2016
Pada 10 haribulan 11, 2016, saya menerima jemputan dari Penyimpan Mohor
Besar Raja-Raja yang menjunjung titah perintah Majlis Raja-Raja untuk
menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-244 (Khas) di Istana
Negara, Kuala Lumpur pada hari Selasa 13hb Disember 2016 bersamaan 13
Rabiulawal 1438H jam 11.00 pagi sempena Istiadat Melafaz dan
menandatangani Sumpah Jawatan oleh Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad
V, Yang di-Pertuan Agong dan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
Al-Maghfur-Lah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.
Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:
“Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.
Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”
Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.
Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional.
Sekian.
Terima Kasih.
Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menyatakan rasa tidak percaya bahawa jemputan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menghadiri majlis angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong yang baru, telah dibatalkan.
Rafidah bertanya sama ada kehadiran Dr Mahathir dianggap oleh pihak pihak tertentu akan mencemarkan majlis tersebut.
Menurutnya, sesiapa yang berpalit dengan skandal adalah yang sebenarnya membawa 'kesipuan', tetapi beliau tidak menamakan sesiapa.
"Walhal kehadiran sesiapa yang berpalit dan bersalut skandal, rasuah, salah urus tadbir, dsb adalah sebenarnya membawa "kesipuan" kepada apa jua majlis.
"Tidak begitu?" kata Rafidah dalam satu catatan di Facebook.
Dalam surat dari pemegang mohor raja-raja bertarikh 5 Disember, Dr Mahathir telah dimaklumkan bahawa jemputan kepada beliau telah ditarik balik untuk mengelak "kesipuan", kerana tempat duduk tidak disediakan untuknya.
Menurut Rafidah, Dr Mahathir telah dianugerahkan Darjah Tertinggi Negara oleh Yang di-Pertuan Agong dan atas alasan itu sahaja berhak dijemput.

No comments:
Post a Comment